26 February 2015

Kempen "Jom Tutup Aurat" oleh Regu SMK Seksyen 11 Shah Alam di MSSS 2015

Alhamdulillah dan rasa syukur yang tidak terhingga diucapkan kepada Allah SWT kerana memudahkan urusan bagi hambanya yang ingin menjadi insan yang cemerlang. Kempen "Jom Tutup Aurat" oleh regu SMK Seksyen 11 Shah Alam di Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah Selangor 2015 telah mendapat perhatian dan reaksi positif orang ramai.

Kempen ini telah diilhamkan oleh saudara Mohd Syarudin Nazir dan Mohd Jefry Abd Manap selaku Jurulatih Sepak Takraw di SMK Seksyen 11 Shah Alam. Idea ini timbul setelah mereka melihat selain elemen disiplin, penerapan elemen keagamaan juga memberi impak dan kesan yang positif kepada para pemain. Pembentukan sahsiah dan akhlak para pemain juga penting untuk memastikan mereka ini mempunyai kualiti sebagai seorang ahli sukan profesional.

Kalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?

Berikut merupakan foto yang dikongsikan :

Temubual wartawan Sinar Harian dengan Presiden MBR

Terima kasih diucapkan kepada saudara Subkhi Sudarji selaku wartawan kolum sukan akhbar Sinar Harian kerana telah menemubual pihak MBR. Berikut merupakan beberapa foto yang dapat kami kongsikan bersama anda semua :

Artikel penuh boleh dibaca di : http://www.sinarharian.com.my/sukan/mbr-pencetus-fenomena-1.363654

Ralat :

Mohsen Amdan
www.bolarotan.blogpsot.com
10,600 ahli

20 February 2015

Siri Jelajah Gelanggang - Kulim 2015

Akhirnya Siri Jelajah Gelanggang kembali ke Kedah. Kali ini dalam sehari saya berjaya ke 2 gelanggang di mana bermula dengan revisit ke Pokok Manggis dan selepas itu saya terus je Junjung. Pokok Manggis masih dalam kelasnya yang tersendiri meski hampir separuh yang beraksi tadi tidak saya kenali. Namun, mujur kebanyakan mereka mengenali saya . Oleh itu kurang sikit terasa janggal kerana ketibaan saya sudah lewat dan seperti biasa, mereka bermain dalam format undi setiap hari.

Seterusnya saya dicadangkan ke Air Puteh Junjung. Di sana terdapat 2 gelanggang aktif dengan level yang berbeza. Setiba di sana perlawanan sudah rancak dan lebih kurang 5-6 regu bersilih ganti. Maka saya membuat keputusan untuk tidak menyarung kasut dan sebaliknya merakam video saja.

Saksikan video di bawah

19 February 2015

Mini Trio Impian - Kampung Keladi Kulim

Hari ini sepatutnya saya mahu menziarahi gelanggang Pokok Manggis di Kulim, tetapi mungkin kerana Tahun Baru Cina jadi tiada orang pula. Saya lanjutkan perjalanan ke Kg Keladi dan tidak mengharapkan ada orang muncul selain dari saya pun kerana jam baru 5.15 petang.

Sesampai di sana, ada dua orang pelajar sekolah rendah yang sedang giat berlatih sendirian. Dengan pakaian lengkap saya dapat mengagak yang setidaknya mereka ini  boleh bermain dengan baik  sesuai dengan usia mereka.

Setelah saya memakai kasut hadir lagi seorang yang sedikit berusia berdasarkan saiz badannya. Saya mulakan dengan perlawanan double bagi melihat kemampuan mereka.

Kemudiannya datang seorang demi seorang, maka saya berubah fikiran. Alang - alang pemain otai di Kg Keladi belum sampai kecuali Abg Mat Kapiu, baik saya kongsikan sedikit ilmu yang ada. Maka terjadilah Mini Trio Impian di Kg Keladi.

Saksikan rakaman penuh di bawah.

17 February 2015

Jelajah Gelanggang Siri 2 - Kampung Melaka Cheras

Sesi Warm up

Salam..

"Bro..jom main kat Kg Melaka"
"Keras tak situ?"

Itu antara dialog saya dan Syaril melalui Facebook petang semalam. Selepas satu insiden yang kurang seronok untuk diceritakan, Syaril dan beberapa rakan ingin mengubah angin ke gelanggang lain.

Brader Mie yang bersaiz kecil tetapi memiliki libasan yang konsisten masuk

Dalam siri 2 Jelajah Gelanggang ini, saya berkesempatan ke salah satu gelanggang lagenda di Cheras iaitu Kampung Melaka. Berdekatan dengan Pekan Batu 9, gelanggang ini boleh di akses dari Jalan Cheras melalui Taman Suntex atau melalui simpang Batu 9 berdekatan simpang ke SMK Perimbun. Sejak saya kecil, nama gelanggang ini sering menjadi sebutan di mana ketika saya mewakili SMK Tiinggi Kajang, SMK Perimbun menjadi juara peringkat bawah 15 tahun yang diketuai oleh Ipin (bukan Upin dan Ipin) yang bermain diposisi killer) Beliau terkenal dengan lipat tongkatnya dan kepala yang dibalut dengan kain putih. Gaya hayunan tangannya ketika melakukan libas Maniam juga menjadi ikutan. Maka bila di tanya, siapa tu..oo itu Ipin..dia main di Kampung Melaka tu..situ banyak STAR!!!

Black melakukan libasan..khabarnya baru pulih dari kecederaan

Gelanggang yang sudah berusia lebih 25 tahun ini kelihatan mengujakan kerana masih terasa feel kampungnya. Dengan pokok yang merimbun dan persekitaran yang mendamaikan, udaranya sangat baik untuk ahli sukan - dengan harapan tiada yang merokok atau melepaskan angin yang tidak sepatutnya. Setiba saya di gelanggang ini, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah sedang bermain. Dimaklumkan mereka ini dilatih oleh Brader Amir (Coach MPAJ / MPSJ dan beberapa lagi). Seramai lebih kurang 20 pemain yang akan berlatih pada Sabtu dan Ahad setiap minggu berdasarkan kelapangan Brader Amir.

Wak ni tongkatnya tidak bermata..bahaya!!!

Satu ketika dulu, lagenda takraw iaitu Raziman juga pernah bermain digelanggang ini. Selain itu gelanggang ini juga aktif menganjurkan perlawan terbuka dan tertutup. Malahan pada satu ketika gelanggang ini aktif pada waktu malam.

Antara golongan pelajar sekolah yang turut bermain

Menurut brader Wan, kini jumlah pemain sudah agak berkurangan. Rata - rata cuma 4 hingga 5 regu sahaja yang aktif. Selebihnya pemain luar yang kadang kala singgah bermain. Sekiranya anda berminat mengadakan perlawanan dengan mereka atau menjemput pasukan mereka ke tempat anda , anda boleh berhubung dengan Brader Mie di talian 012-324 0848

Lebih gambar di facebook saya - cari Mohsen Amdan

09 February 2015

08 February 2015

Liga ADTP Siri Shah Alam - Format baru dalam ujian

Akhirnya setelah berbincang secara mendalam dan ujian pertama telah dilakukan bulan lalu, Liga Air Di Cincang Takkan Putus (ADTP) edisi sulung 2015 berjaya dijalankan dengan menggunakan sistem permainan baru dalam sepaktakraw.

Masih diperingkat ujian, sistem baru ini menggunakan time-frame dan servis dibelakang garisan dengan sistem 'Service - Fault' .

Lokasi ADTP kali ini ialah di SMK Seksyen 11 Shah Alam dengan 3 gelanggang beroperasi yang berjaya menarik penyertaan sebanyak 12 regu.

Saksikan video di bawah dan komen dari anda amatlah dihargai.

28 January 2015

Bila Alex dan Daniel beraksi bersama MBR

Sekiranya anda menonton STL dalam versi Live Streaming dengan pengulas berbahasa Inggeris, anda akan mendengar celoteh Alex Newman dan Daniel. Anak muda rakyat Australia yang berusia 26 dan 27 tahun ini pertama kali datang ke Malaysia sempena tugasan mereka bersama STL.

Kagum dengan minat mendalam mereka meski sepaktakraw bukanlah sukan popular di Australia, Alex dan Daniel turut merupakan ahli MBR yang aktif.

Banyak perkara yang sempat kami kongsikan sepanjang hampir 5 jam bersama tadi. Antara fakta yang menarik ialah:

1. Hanya terdapat kurang dari 50 orang rakyat Australia yang aktif bermain sepaktakraw
2. Jarak di antara mereka jauh, Alex dan Daniel terpisah hampir 45km dan mereka hanya dapat berkumpul bermain sepaktakraw dengan kekerapan sekadar 2-3 kali seminggu.
3. Kedua - dua mereka telah menubuhkan perniagaan yang mengendalikan penjualan peralatan sepaktakraw di Australia
4. Mereka sebelum ini belajar bermain sepaktakraw menerusi Youtube
5. Pernah mengambil cuti beberapa bulan dan berkelana ke Thailand bagi mempelajari teknik permainan sepaktakraw.

Evan sempat bergambar bersama Alex dan Daniel

Saksikan rakaman aktiviti kami
http://youtu.be/J5PtASpLqjY

PSM hanyalah persatuan

Kenyataan saya di FB MBR telah menarik minat Harian Metro untuk menemubual saya semalam. Ini berkisar kenyataan ego dari Timbalan Presiden PSM yang juga merangkap Presiden PASTAM yang akan mengambil tindakan undang - undang kepada sesiapa yang ingkar.

Saya tahu ia merujuk kepada 2 perkara.
1. Kejohanan Sepaktakraw Bank Rakyat yang tidak melalui PSM dan akhirnya Bank Rakyat terpaksa juga letak logo PSM.
2. Isu pengadil ini merujuk kepada MBR yang mana salah satu penyokong kuat PSM ialah Persatuan Pengadil Selangor melalui 2 orang kanannya. Untuk pengetahuan semua, PPS sudah pun memberi amaran kepada semua pengadil selangor untuk tidak terlibat dengan mana - mana kejohanan anjuran MBR atau berdepan risiko disenarai hitam.

Maka kenyataan saya hari ini yang tersiar menyebabkan pelbagai respon. Saya sudah membaca beberapa respon termasuk penjelasan dari Akram sendiri. Sudah mula lembut kenyataannya. BAGUS!

Kenapa jadi hangat?

Untuk makluman semua, dari aspek kepengadilan, MBR tidak pernah menyekat sesiapa sahaja yang berminat dan berkebolehan untuk terlibat dalam apa jua kejohanan. MBR juga tidak semberono meletakkan orang tertentu untuk mengadili apa - apa kejohanan.

MBR juga TIDAK PERNAH MENGAMBIL SEBARANG KOMISYEN DARI YURAN PENGADIL. Sebagai contoh, penaja berikan RM100 kepada setiap pengadil tetapi MBR hanya bayar RM80 sahaja - itu tidak pernah berlaku.

Malah, kejohanan yang melibatkan MBR banyak dalam setahun, maka, ia adalah peluang kepada pengadil menambah pendapatan berbanding kejohanan kelolaan PSM dan persatuan negeri naungan PSM. Oleh itu, pengadil mendapat lebih ruang kerja berbanding dengan hanya menanti kejohanan anjuran PSM. Malah PSM dilihat lebih cenderung menggunakan muka sama setiap kali.

MBR turut mengendalikan kejohanan pelbagai agensi kerajaan dan GLC yang mana mereka semua ini datang sendiri kepada MBR meminta kerjasama dari MBR. Bila di tanya kenapa tidak ke PSM? Jawapan mereka seringkali berkaitan dengan perkara negatif mengenai PSM. SALAH SIAPA ITU?

Adakah PSM juga berhajat melantik penguam menyaman mereka?
Atas akta mana PSM mahu guna pakai?
PSM bada induk sepaktakraw, tetapi MBR bukan ahli gabungan PSM.
PSM BUKAN SAMSENG - BOLEH MAIN UGUT - MENGUGUT

PSM tak boleh menyibuk hal MBR
MBR boleh ambil tahu hal PSM
Kenapa?
Kerana PSM menggunakan dana awam dari kerajaan.
Dan PSM kendalikan pasukan negara.
Kami rakyat..kami berhak menyibuk!

Misi Bantuan Banjir MBR - Temerloh

Alhamdulillah
Misi batch ketiga berjaya direalisasikan hasil kutipan dari ahli dan penyokong MBR dari serata tempat. Misi kali ini ke Chenor Temerloh yang mana secara spesifiknya kami ke Sekara.

Keadaan amat teruk di sana di mana Kg Sekara sudah lenyap dari pandangan ditenggelami air.

Bantuan masih diperlukan bagi mangsa yang dijangkakan akan berada di pusat banjir setidaknya 4 - 7 hari lagi.

Saksikan rakaman yang saya sediakan di bawah

http://youtu.be/ZELjUyQVKZE

Misi Bantuan Banjir MBR - Mentakab

Alhamdulillah, MBR telah pun menghantar bekalan ke mangsa banjir di SK Bandar Mentakab seramai 173 orang dari 44 keluarga. Salah seorang mangsanya ialah Faiz Godong - tekong kidal KWSP

Hasil kutipan Uncang Bantuan Banjir MBR 2014 ini telah diagihkan bagi kali kedua dengan nilai keseluruhan setakat ini mencecah RM4000.

MBR juga sudah mula memberikan wang sumbangan kepada ahli MBR yang terjejas dan penerima terkini ialah Emay Spiker dengan wang itu sudah dimasukkan ke akaun beliau.

Terimakasih kepada semua yang sudi menyumbang dan diharapkan kita tidak putus berdoa agar Allah SWT membantu kita semua.

Uncang masih dibuka kerana masih banyak lagi yang perlu di usahakan.

Saya titipkan rakaman video misi ke Mentakab malam tadi.

http://youtu.be/HUup_wIUwkg

Uncang Bantuan Mangsa Banjir MBR 2014

Assalamualaikum wbt
Bagi membantu mangsa banjir yang sedang berdepan dengan suasana kritikal kini, Masyarakat Bolarotan melancarkan stau usaha mengumpul dana dengan nama Uncang Bantuan Mangsa Banjir MBR 2014. Dana ini akan dikumpulkan melalui akaun seperti tertera di poster

Seperti tahun 2013, dana ini akan diagihkan bagi pelbagai keperluan mangsa seperti tilam, pakaian dalam, peralatan pembersihan dan peralatan sekolah. Sebagaimana biasa, bantuan makanan biasanya akan banyak disalurkan oleh pihak lain maka MBR lebih fokus kepada perkara di atas bagi meringakan beban mangsa.

Oleh kerana tahun ini kawasan banjir terlalu luas, maka MBR akan melantik wakil kawasan bagi memudahkan proses mengenalpasti keperluan dan menetapkan proses penghantaran bantuan.

Bantuan dijangka akan mula dihantar pada 30 Disember 2014 dengan harapan air sudah mula surut ketika itu.

MBR juga mengalukan sesiapa sahaja untuk menjadi sukarelawan bagi proses membantu kelak. Apa saja bentuk sumbangan wang ringgit , tenaga dan pengangkutan amatlah diutamakan.
Hubungi 013-3889214 untuk maklumat lanjut.

Siri Jelajah Gelanggang - Majlis Perbandaran Taiping

Saya ke Batu Kurau siang tadi bagi menghadiri majlis perkahwinan salah seorang ahli MBR iaitu Azzrull atau Adek Yo yang berlangsung di pihak pengantin wanita.
Lalu ketika pulang dari Batu Kurau saya dan isteri bercadang ke Taiping untuk jalan santai dan kebetulannya, saya lalu di hadapan Arena Sepaktakraw milik Majlis Perbandaran Taiping.

Sebagai mana ramai yang maklum bahawa gelanggang ini baru saja dinaiktaraf oleh MPT, empunya bama facebook Harry Baba Alya adalah orang yang memainkan peranan penting disebalik nadi sepaktakraw di Taiping khususnya.
Pujian sewajarnya diberikan kepada usaha beliau yang turut menjadi tenaga penting kejohanan tahunan Taiping iaitu MPT Open.
Menurut Shahidan Masri yang ditemubual petang tadi, gelanggang berkenaan sememangnya agak kasar dan akan sering mengakibatkan tapak kasut lekas haus tidak kira apa jua jenamanya.
Saya bersetuju dalam hal ini kerana atas lawatan saya tadi, permukaan lantainya juga boleh mengakibatkan kecederaan terutama kepada killer.
Walau bagaimanapun, dengan kedudukan strategik, berpagar dan berlampu yang cukup membolehkan gelanggang ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Saya sangat berharap langkah baik ini turut diikuti oleh PBT lain.

Saksikan rakaman SJG ini
http://youtu.be/cP0m3i4rOFo