17 February 2015

Jelajah Gelanggang Siri 2 - Kampung Melaka Cheras


Sesi Warm up

Salam..

"Bro..jom main kat Kg Melaka"
"Keras tak situ?"

Itu antara dialog saya dan Syaril melalui Facebook petang semalam. Selepas satu insiden yang kurang seronok untuk diceritakan, Syaril dan beberapa rakan ingin mengubah angin ke gelanggang lain.

Brader Mie yang bersaiz kecil tetapi memiliki libasan yang konsisten masuk

Dalam siri 2 Jelajah Gelanggang ini, saya berkesempatan ke salah satu gelanggang lagenda di Cheras iaitu Kampung Melaka. Berdekatan dengan Pekan Batu 9, gelanggang ini boleh di akses dari Jalan Cheras melalui Taman Suntex atau melalui simpang Batu 9 berdekatan simpang ke SMK Perimbun. Sejak saya kecil, nama gelanggang ini sering menjadi sebutan di mana ketika saya mewakili SMK Tiinggi Kajang, SMK Perimbun menjadi juara peringkat bawah 15 tahun yang diketuai oleh Ipin (bukan Upin dan Ipin) yang bermain diposisi killer) Beliau terkenal dengan lipat tongkatnya dan kepala yang dibalut dengan kain putih. Gaya hayunan tangannya ketika melakukan libas Maniam juga menjadi ikutan. Maka bila di tanya, siapa tu..oo itu Ipin..dia main di Kampung Melaka tu..situ banyak STAR!!!

Black melakukan libasan..khabarnya baru pulih dari kecederaan

Gelanggang yang sudah berusia lebih 25 tahun ini kelihatan mengujakan kerana masih terasa feel kampungnya. Dengan pokok yang merimbun dan persekitaran yang mendamaikan, udaranya sangat baik untuk ahli sukan - dengan harapan tiada yang merokok atau melepaskan angin yang tidak sepatutnya. Setiba saya di gelanggang ini, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah sedang bermain. Dimaklumkan mereka ini dilatih oleh Brader Amir (Coach MPAJ / MPSJ dan beberapa lagi). Seramai lebih kurang 20 pemain yang akan berlatih pada Sabtu dan Ahad setiap minggu berdasarkan kelapangan Brader Amir.

Wak ni tongkatnya tidak bermata..bahaya!!!

Satu ketika dulu, lagenda takraw iaitu Raziman juga pernah bermain digelanggang ini. Selain itu gelanggang ini juga aktif menganjurkan perlawan terbuka dan tertutup. Malahan pada satu ketika gelanggang ini aktif pada waktu malam.

Antara golongan pelajar sekolah yang turut bermain

Menurut brader Wan, kini jumlah pemain sudah agak berkurangan. Rata - rata cuma 4 hingga 5 regu sahaja yang aktif. Selebihnya pemain luar yang kadang kala singgah bermain. Sekiranya anda berminat mengadakan perlawanan dengan mereka atau menjemput pasukan mereka ke tempat anda , anda boleh berhubung dengan Brader Mie di talian 012-324 0848

Lebih gambar di facebook saya - cari Mohsen Amdan

No comments:

Post a Comment