Klik disini

Search This Blog

Loading...

Monday, April 12, 2010

Kasut Sepaktakraw



Kasut terbaru saya..boleh tahan juga



Salam.
Dalam entri kali ini saya akan berkongsi perkara yang penting mengenai permainan sepaktakraw ini iaitu KASUT!!!!

Warrior Hi Cut

Sejak saya kecil, adalah mudah bagi saya mengesan siapa yang bermain sukan ini..dengan hanya melihat kasut mereka. Pengamatan saya mengenai perkara ini ialah kebanyakan pemain zaman 80an dan 90an menggemari kasut Bata tapak hijau untuk posisi Killer dan kasut potongan tinggi (hi-cut) jenama Warrior atau All - Star untuk posisi tekong. Manakala Feeder kebanyakkannya menggunakan Warrior tapak merah.

Bata Tapak Hijau..sedap ni..

Keselesaan dan grip kasut sememangnya penting dalam sukan ini kerana ia menentukan gaya timangan dan juga sepakan. Kasut jogging bukan pilihan popular pemain kerana bibirnya yang tidak rata dan mudah mengganggu timangan..namun, tekong lagenda Singapura iaitu Norhisham amat menggemari kasut jogging dan digunakan secara konsisten dalam pertandingan.

Memasuki era 2000, kasut Diadora mula menjadi piliha kebanyakan Feeder kerana rupanya yang lebih elegen dan lebih tahan lasak berbanding Warrior tapak merah. Mat Bo (Rosli) juga menggunakan Diadora ini ketika dikemuncak karier beliau.

Kasut Warrior tapak merah yang mengalami transformasi

Adidas pula mula memasuki pasaran apabila kasut yang biasanya dipakai oleh pemain papan selaju (skateboard) mula diguna oleh pemain takraw. Tekong dan Feeder juga nampaknya selesa dengan kasut ini kerana sisinya yang agak tebal memudahkan mereka menampan bola (break ball) dengan hanya menahan sedikit sahaja. Namun saya perhatikan fleksibiliti kasut ini agak terhad. Saya juga baru - baru ini membeli kasut potongan ini dan mencubanya. Nyata sangkaan saya tepat kerana saya mampu melakukan servis dengan lebih sedap dan setting yang lebih konsisten.

Nan Yang Lite yang selalu dilihat di mana - mana pertandingan

Namun..bagi saya dan kebanyakan pemain takraw, kasut lagenda ialah Nan Yang..bukan suratkhabar Nan Yang Siang Pao tetapi kasut keluaran Thailand yang sangat popular. Kasut ini walaupun sedikit berat berbanding Bata tapak hijau tetapi memiliki daya tahan yang baik, tapak yang lebih tahan lama dan lenturan yang bagus. Saya masih memiliki Nan Yang yang saya beli 4 tahun lalu dan saya masih selesa menggunakannya.

Nan Yang hitam

Walaubagaimanapun, perkara ini amat subjektif. Tepuk kaki tanya bola ok!

31 comments:

  1. persatuan sepaktakraw kanada ada membuat kasut sendiri...tapi tidak dibenarkan utk jualan diluar dari negara tersebut...cantik dan nampak sedap

    ReplyDelete
  2. Tekong darat..
    itu antara perkara yang sepatutnya Malaysia dah lama lakukan..frust kan?

    ReplyDelete
  3. yg peliknya, jenama rejam dari malaysia lebih mahal dari warrior dari cina...frust memang frust...kita sentiasa ke belakang...samada dari pembangunan, penganjuran dan kebajikan pemain...
    sama je ngan politik...

    ReplyDelete
  4. Dulu memang saya selalu pakai kasut Bata Badminton Master tu. Murah je dulu.

    Kini kasut Warrior pun dah mahal then nak dapatkan Nanyang pun payah.

    Rejam tak pernah try.

    ReplyDelete
  5. ada je kasut2 tu kat muar..saya pakai nanyang

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. kat mna bleh dpt kasut nan yang lite??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg din jual kasut nanyang dan breaker.roger abg din 0122468165

      Delete
    2. agak2 kasut nanyang tu brapa harga?

      Delete
  8. susah betul nak cari kasut warrior hi cut tapak hjau nih...

    ReplyDelete
  9. MANA NAK DPT KASUT NI EK??...SUSA NAK CARI...

    ReplyDelete
  10. nanyang bole dpt kat pekan durian tunggal melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. pekan durian tunggal tu kedai dia nama apa?

      Delete
  11. kasut breaker p0n sdap jgak pkai..rejam pnah pkai tpi b0le tahan la..

    ReplyDelete
  12. nanyang,breaker ,tangnam ade kat durian tunggal mlka...
    warrior tapk ijau kt tamn U skudai..kt mlka ade carefree...

    ReplyDelete
  13. ade x jual kasut nanyang size 5 uk...siap post laju....

    ReplyDelete
  14. Dah 2 tahun saya pakai Nanyang. Memang berbaloi. Tahan lasak berbanding Warrior. Dan ia selesa dipakai utk semua posisi.

    ReplyDelete
  15. kalau ikutkan trend skunk budak2 yang maen sepak takraw memang gilakan NAN YANG ? tp susah dpt .. tmbah2 area2 penang nie .. kalau nak kete pegi PEKAN ALOR SETAR .. tuh pun mahal ckit !! kalau pegi sempadan dapat RM30 cmtoh .. cube larh bwk masuk NAN YANG byk ckit lam area malaysia nie .. tak kesah murah or mahal .. jnji ada :))

    ReplyDelete
  16. mana nak dapat tshirt bolarotan?

    ReplyDelete
  17. baru beli rejam pro sabtu lepas,petang ni nk try..hehehe

    ReplyDelete
  18. mana nak cari kasut netpro kickers (np kickers) ar??ada yang boleh bantu??

    ReplyDelete
  19. abg din ada jual kasut nanyang , sms 0122468165

    ReplyDelete
  20. Abg din kasut breaker ada stok tk?

    ReplyDelete
  21. salam, sy nk tnya, ada tak stokis kasut nanyang hitam di area seberang perai p,pinang? tak pon mna2 yg dkt dgn penang? ,, :)

    ReplyDelete
  22. Saya ada jual kasut Nanyang, GoldCity. E-mail: lavinng@hotmail.my

    ReplyDelete
  23. salam, sy duk PD N9, nk dapatkan kasut warrior xde masalah kat sini tp kasut nanyang susah nk cari, kne tunggu member balik pantai timur baru leh kirim, tu pun mahal..ada x stokis yg dkt area N9?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam bro..kt seremban ade jual kasut nanyang..harga lbih krg RM50..

      Delete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. salam , saya memakai kasot rejam untuk posisi killer .. tapi mcm kurang selesa kenapa ye ? adaa ideaa untuk mencuba kasot lain ? areaa johor ...

    ReplyDelete