Klik disini

Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 30, 2010

Sepak Takraw di Wikipedia


Salam
Dipetik dari wikipedia;

Earliest historical evidence shows that the game was played in the 15th Century's Malacca Sultanate, for it is mentioned in the famous Malay historical text, "The Sejarah Melayu" (Malay Annals)[2]. The Malay Annals described in details the incident of Raja Muhammad, a son of Sultan Mansur Shah who was accidentally hit with a rattan ball by Tun Besar , a son of Tun Perak, in a sepak raga game. The ball hit Raja Muhammad's headgear and knocked it down to the ground. In anger, Raja Muhammad immediately stabbed and killed Tun Besar, whereupon some of Tun Besar's kinsmen retaliated and wanted to kill Raja Muhammad. However, Tun Perak managed to restrain them from such an act of treason by saying that he would no longer accept Raja Muhammad as the Sultan's heir. As a result of this incident, Sultan Mansur Shah ordered his son out of Malacca and had him installed as the ruler of Pahang.[3].
In Bangkok, murals at Wat Phra Keow which was built in 1785, depict the Hindu god Hanuman playing sepak takraw in a ring with a troop of monkeys. Other historical accounts mention the game earlier during the reign of King Naresuan(1590 – 1605) of Ayutthaya. The game remained in its circle form for hundreds of years, and the modern version of sepak takraw began taking shape in Thailand sometime during early 1740s. In 1866 the Siam Sports Association drafted the first rules for takraw competition. Four years later, the association introduced the volleyball-style net and held the first public contest. Within just a few years, takraw was introduced to the curriculum in Siamese schools. The game became such a cherished local custom that another exhibition of volleyball-style takraw was staged to celebrate the kingdom’s first constitution in 1933, the year after Thailand abolished absolute monarchy.
By the 1940s, the net version of the game had spread throughout Southeast Asia, and formal rules were introduced. In the Philippines the sport was called "Sipa", in Myanmar, or Burma, it was dubbed "Chinlone", in Laos "Kator", "cầu mây" in Vietnam and in Indonesia "Raga."[1]
This sport became officially known as 'sepak takraw.' Sepak is the Malay word for kick and takraw is the Thai word for a woven ball, therefore sepak takraw quite literally means to kick ball. The choosing of this name for the sport was essentially a compromise between Malaysia and Thailand, the two powerhouse countries of the sport.[4]
International play is now governed by ISTAF, the International Sepak Takraw Federation. The King's Cup World Championships are held every year in Thailand.

Sunday, March 28, 2010

Aksi yang menggetarkan kaki....

Salam
Saya sempat singgah ke gymnasium 2 Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan Piala Emas Khir Johari. Saya tiba agak lewat ketika itu kerana bersiap untuk pulang ke Kulim. Saya tidak pernah ke gymnasium ini maka agak terkontang - kanting juga saya dibuatnya untuk mencari lokasi tambahan pula tiada banner atau bunting di letakkan. Kelihatan hanyalah bunting Akademi Fantasia sahaja. Setiba saya ke gymnasium yang agak tersorok ini, kelihatan tuan presiden PSM sedang duduk sambil menyedut rokok kegemarannya di ruang legar bersama teman - temannya; barangkali orang kuat PSM juga agaknya. Saya terus masuk bersama kamera saya dan berlagak ala - ala wartawan sukan dan terus ke tengah gelanggang. Ya..tengah gelanggang!
Bukan tengah di bulatan tekong melakukan servis tetapi tengah antara 2 gelanggang pertandingan. Di satu sudut perlawanan Selangor sedang menentang Melaka dan satu lagi Negeri Sembilan menentang Kelantan. Mata saya tertumpu pada rakan saya iaitu tekong Malaysia saudara Saufi yang sedang duduk di mana saya merasakan dia telah pun bermain..melepas untuk menyaksikan servis kencangnya!
Antara aksi yang membuatkan rasa macam nak pakai kasut dan join je..
Penonton agak ramai juga di tingkat atas tetapi secara peribadi saya agak kecewa kerana lokasi dan promosi yang tidak sehebat dulu. Saya sempat merakam beberapa gambar untuk dikongsi bersama sambil mengetik kamera ala - ala wartawan sukan.
Skuad Negeri Sembilan berdepan Skuad Kelantan
Menonton kedua - dua perlawanan itu, saya melihat banyak wajah - wajah baru dan juga senior yang sudah agak lama dalam skuad negeri masing - masing. Kelantan ketika itu dengan mudah membelasah skuad Negeri Sembilan di mana saya perhatikan tekong Negeri Sembilan tidak sepatutnya berterusan dengan servis kuda padinya kerana saiz badannya yang rendah menyebabkan servisnya selalu sangkut dan mudah diambil. Bukan menidakkan bakatnya kerana saya kenal ramai pemain bertubuh kecil dan rendah tetapi memiliki servis yang berbahaya seperti Usop De atau Ajim (MPAJ). Pasukan Kelantan yang memiliki servis konsisten walaupun kurang berbahaya mudah memungut mata.
Gaya Man melakukan servis kudanya
Skuad Selangor pula ketika itu ketinggalan pada set pertama di mana servis kuda skuad Melaka sangat menjadi dan Mat (Feeder Maybank) pula kurang menjadi break ball nya. Tetapi ditukar pada penghujung set pertama namun mereka tumbang pada set pertama. Set kedua menyaksikan Man (tekong kuda Malaysia) mual mempamerkan servisnya yang sebenar dan dengan mudah mereka memenangi set kedua.

Skuad Melaka bersedia melakukan servis
Saya terpaksa pulang awal kerana perlu meneruskan perjalanan ke Kulim dan di bawah adalah petikan dari bernama.com
Ganas betul misai abang pengadil...kelihatan di gambar ialah bekas tekong kuda Malaysia - Romi Suhendra..jadi jurulatih nampaknya sekarang
Dipetik dari Bernama.com
Sepak Takraw : PDRM Juara Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjuarai Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Piala Emas Khir Johari kali ke-47 setelah menumpaskan Selangor 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, hari Isnin.

Percaturan PDRM yang menurun pemain-pemain kebangsaan iaitu Mohd Normanizam Ahmad, Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Hafizie Manap selaku regu pertama berjaya menghasilkan mata pertama.

Pengalaman Mohd Normanizam dan Mohd Futra yang merupakan pemenang pingat emas Sukan SEA 2005 nyata masih berharga apabila mudah menewaskan trio lawan yang diwakili oleh Mohd Zamzee Mohd Zainuddin, Mohd Ariff Busu dan Afandi Abd Rahman 21-14 dan 21-11, untuk PDRM mendahului Selangor 1-0.

Namun satu lagi trio kebangsaan yang mewakili Selangor iaitu Ahmad Sufi Hashim, Nor Shahrudin Md Ghani dan Farhan Adam berjaya menghidupkan kembali peluang pasukan mereka mereka apabila menundukkan regu kedua PDRM.

Mereka menewaskan trio Mohd Hairul Kaz Oto, Mohd Hasbah Ab Rahman dan Nuk Akmal Firdauz Ahmad 21-11 dan 21-17.



Pada aksi regu ketiga, PDRM jelas lebih bersedia apabila berjaya mengekang asakan regu ketiga Selangor.

Kekentalan Hasrul Anuar Suboh, Mohd Shaifullah Mohd Nor dan Badrul Azli Mohd Ghazali untuk menundukkan gandingan Mohd Zhafran Zharif, Khairul Annuar Ibrahim dan Ariff Ramli 21-16 dan 21-19, membolehkan PDRM memenangi piala berprestij sepak takraw itu dan wang tunai RM5,000.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Ahmad Ismail jelas gembira dengan persembahan dan mutu permainan yang ditunjukkan oleh para pemain.

"Pemain-pemain kebangsaan yang turun beraksi pada tahun ini turut beraksi dengan baik dan mempamerkan peningkatan walaupun baru sahaja menjalani latihan pusat kira-kira sebulan yang lepas.

"Malah sasaran untuk meraih pingat emas di Sukan Asia di China penghujung tahun ini adalah tidak mustahil jika bakat-bakat yang ada pada mereka terus diasah," katanya ketika ditemui pemberita selepas kejohanan itu.

Ahmad berkata keyakinan itu turut disuarakan oleh Ketua Pengarah MSN Datuk Zolkples Embong yang turut meluangkan masa untuk menyaksikan kejohanan itu.

"PSM juga gembira pada tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-50 tahun penubuhan persatuan ini, tiga lagi kategori (wanita, veteran dan belia) yang dipertandingkan turut mendapat sambutan," katanya.

-- BERNAMA

Sepak Takraw!!!!

Salam perkenalan.
Akhirnya dikurniakan juga kudrat dari Allah Taala untuk saya memulakan blog ini.
Setelah sekian lama memendam hasrat kini saya akan cuba mendisplinkan diri untuk menguruskan blog yang ketiga milik saya ini!

Bolarotan.blogspot.com ini akan memberikan tumpuan kepada isu - isu seputar berkaitan sepaktakraw - dari gelanggang, pertandingan, berita terkini dan apa saja yang berkaitan dengannya. Pengalaman saya bermain sepaktakraw hampir 20 tahun ini akan saya kongsikan di sini kerana minat yang mendalam terhadap sukan ini telah membawa saya ke merata tempat untuk bermain, menyertai pertandingan mahupun mencari bakat baru.

Saya mempunyai beberapa perancangan pada tahun ini berkaitan sepaktakraw dan kepada yang telah pun mengenali saya sebelum ini, saya telah pun membuat siri animasi pendek yang bertajuk REGU yang telah terpilih sebagai finalis Intellectual Property Creators Challenge (IPCC) anjuran MDeC.

Nantikan maklumat terbaru dari saya dan teruskan mengikuti laman ini.

Bola Rotan: Sekiranya mahukan liputan mengenai pertandingan atau gelanggang anda, emailkan saja ke mohsenamdan@gmail.com