Salam
Saya telah ke Sri Utusan di Seksyen 10 Bandar Baru Bangi bagi menghadiri majlis cabutan undi bagi kejohanan KFC - Utusan yang akan berlangsung 1 Oktober ini. Saya tiba pada jam 8.45 malam namun majlis masih belum bermula kerana tidak ramai yang hadir. Setiba saya di sana, beberapa wajah biasa dalam arena sepaktakraw ada di sana - Rahim MPAJ, Godong (Faiz) Black (bekas Killer Selangor), Saiful P.Ramlee, Khaidir (Johor / UITM) dan ramai lagi.
Taklimat dari wakil Utusan
Selepas mengesahkan kehadiran saya dan mengambil beg cenderamata yang didalamnya berisi minyak rambut Byrlcream, saya terus ke kenderaan segera bagi mendapatkan kamera. Majlis terus dimulakan dengan taklimat kejohanan dari Pak Engku - setiausaha agung PSM (saya perlu semak semula jawatannya). Selesai sahaja taklimat sesi soal jawab berlangsung dan keadaan agak sedikit tegang kerana isu melakukan bantahan. Seperti yang saya jangka, membuktikan bantahan bakal menjadi isu kerana pihak penganjur meletakkan beban pembuktian bantahan di atas bahu pasukan - namun penganjur menyatakan yang mereka mempunyai senarai pemain negeri dan negara. Saiful P.Ramlee dan Khidir mengasak dengan beberapa soalan dan Pak Engku yang mulanya menyatakan yang mereka mempunyai senarai pemain sejak zaman Kejohanan Perillys (1994) menukar kenyataan kepada pemain Khir Johari. Sekali lagi kelemahan PSM dalam sistem simpanan rekod dan database terbarai di sini.
Antara yang hadir
Saiful P.Ramlee ketika bersoal jawab
Khidir juga bertanyakan soalan - agak lama juga saya tidak melihat kelibat beliau
Sesi undian bermula dengan kategori bawah 18 tahun. Hanya 48 regu sahaja yang berdaftar kerana peperiksaan percubaan SPM masih berlangsung di kebanyakan tempat. Dari senarai saya perhatikan ia kurang seimbang kerana kategori ini tidak meletakkan syarat seorang sahaja pemain bertaraf negeri. Ini bermaksud skuad Asean School berpeluang besar mahupun bekas pemain SUKMA di Melaka. Cakap - cakap oleh mereka yang hadir menjangkakan pasukan dari Terengganu bakal menggegar berdasarkan persembahan semasa mereka.
Bunawan kah itu (baju merah)
Seterusnya sesi undian kategori terbuka. 130 regu mengambil bahagian dengan nama - nama besar seperti PDRM, JLJ, MPAJ, MPS mahupun pasukan dari Kelantan, Terengganu dan Johor turut mengambil bahagian. Dari sumber yang boleh dipercayai, Saravanan dan Azman - pemain Malaysia kini juga akan bermain. Jamsari, tekong berpengalaman dari Perak pula dikatakan tidak menyertai kejohanan kali ini.
Mengesahkan pendaftaran
Skuad Bola Rotan pula diundi dalam kumpulan F - bakal bertemu dengan pasukan yang menamakan diri mereka sebagai Berek 12. Maklumat awal menyebut yang mereka ini datang dari Kelantan. Saya menjangkakan pasukan ini agak keras kerana andai benar mereka datang dari jauh, tak mungkin regu biasa - biasa saja bukan? Apa pun Bola Rotan harus mencuba sebaiknya!
Sesi bergambar
8 gelanggang akan digunakan serentak pada 1 Oktober ini di Kompleks Rakan Muda Puchong. Hanya 2 - 3 gelanggang saja yang berbumbung dan selebihnya bermain di luar. Saya agak bimbang kelancaran kejohanan ini terganggu kerana cuaca yang tidak menentu sekarang ini.
Paparan skrin sewaktu undian berjalan - Bola Rotan pada nombor 88 ;
mesti ada ong punya!!
Masih ada sehari lagi untuk berlatih. Maka Bola Rotan mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertanding kepada yang menyertai. Bola Rotan akan membuat liputan sepanjang 3 hari kejohanan itu nanti. Jangan lupa untuk selalu melihat stautus update saya di facebook. Cari Mohsen Amdan