Klik disini

Search This Blog

Loading...

Friday, March 25, 2011

Piala Emas Khir Johari Sarawak 2011

Seolah - olah ingin membuktikan sesuatu - itu yang dapat saya rumuskan apabila melihat senarai pemain yang bertanding kali ini.
Skuad Selangor yang rata - rata di barisi pemain Malaysia; NorAzman dan Sufi (Tekong), Putra, Norshaharudin dan Azlan Mubin (Apit Kanan), Farhan dan Ariff pula di posisi apit kiri. Sementara itu barisan Kuala Lumpur pula menurunkan bekas pemain negara seperti Nor Hisham Ghani (Apit Kiri), Koyo (Apit Kanan) Saravanan dan Ahmad Ezzat Zaki (Tekong) yang mana kesemua mereka terkenal dengan reputasi tinggi tetapi diketepikan dari skuad atas pelbagai alasan dan kontroversi.

Seandainya mereka ini bertemu di akhir, saya percaya bukan sekadar hadiah kejohanan menjadi buruan, tetapi reputasi dan maruah menjadi taruhan.

Skuad Terengganu pula masih mengekalkan pemain kelahiran anak negeri mereka yang rata - ratanya sudah cukup lama bermain bersama dan dibentuk dalam projek pembangunan sepaktakraw negeri. Kelantan pula banyak menurunkan pemain baru dan barangkali ini merupakan persiapan skuad SUKMA mereka. Begitu juga skuad Kedah yang membariskan pemain SUKMA kebanyakannya. Ini merupakan satu perkembangan sihat bagi memberi peluang kepada muka baru memperoleh pengalaman kejohanan besar sebegini.

Perlis pula seolah - olah diwakili oleh skuad UNIMAP. Azman, apit kanan negara mengepalai skuad Indera Kayangan disamping pemain UNIMAP yang lain. Selain itu,Pahang juga membariskan ramai pemain muda kali ini. 

Pasukan pertahanan dan keselamatan negara, ATM dan PDRM mengekalkan hampir semua pemain lama mereka kali ini. Skuad Wilayah Persekutuan Labuan turut menghantar pasukan selain Sabah dan Sarawak yang membariskan pemain - pemain yang agak kurang dikenali. Keadaan ini pastinya disebabkan publisiti yang kurang buat pasukan dan pemain dari Malaysia Timur itu.

Perlawanan kali ini berlangsung di Stadium Perpaduan Kuching.

1 comment:

  1. X de pun siar kat Astro Arena KSPKJ ni... check dalam laman web Astro Arena pun x de jadual takraw..

    Boring5!!!!

    Mcmana takraw nak maju kalau media elektronik x support. Dlm paper pun jarang2 ade berita tentang takraw...

    Sedih betullah....

    Harap2 bolarotan dapat create majalah/paper tentang takraw ke... Ok jugak tu... sambil dapat generate duit utk bolarotan.

    Harap takraw x terpinggir oleh media elektronik...!!!

    Wassalam.

    ReplyDelete