Klik disini

Search This Blog

Loading...

Thursday, March 17, 2011

Ulasan Produk - Warrior ala Nanyang / Breaker / Tang Nam

Salam
Kali ini ulasan produk akan menyentuh model terbaru dari Warrior - yang mana semasa saya mula - mula melihatnya saya agak terkejut! Ini adalah kerana rupanya seakan - akan Nan Yang / Tang Nam dan Breaker. Warna merah untuk tapak nampaknya dikekalkan sebagai identiti Warrior.


Saya membeli kasut ini disebuah kedai di Jalan Chow Kit dengan harga RM28. Masih belum banyak kedai kasut yang menjual model ini disekitar kawasan tempat tinggal saya. Saya teruja kerana kebetulan Nan Yang milik saya sudah rosak teruk. Maka sudah ada penggantinya.

Perhatikan rupanya yang tidak jauh berbeza dari model Nan Yang / Breaker dan Tang Nam


Namun satu perkara yang saya dapati ialah walaupun bunga tapak kasut ini mirip kasut keluaran Thailand, tetapi kedudukan tapak kasut ini agak tenggelam dan membuatkan dari pandangan sisi tidak kelihatan tapak merahnya. Malah saya menjangkakan bahagian tepinya akan mudah terhakis / haus memandangkan seretan ke lantai terutama oleh pemain Tekong dan Killer.

Selepas 3 bulan


Satu perkara yang mengecewakan saya tentang kasut ini ialah, jahitan dibahagian tumit kasut tidak kuat. Tidak sampai sebulan saya menggunakannya pada kadar 3 - 4 kali permainan seminggu, jahitan ditumit seperti gambar di atas tertetas. 

Dari satu sudut lain, kasut ini ringan berbanding dengan kasut keluaran Thailand. Maka ia satu kelebihan buat produk ini kerana ia sangat membantu penggunannya mendapat keserasian segera apabila membelinya. Berbanding kasut keluaran Thailand, pengguna memerlukan sekurang - kurangnya 2 minggu untuk mula serasi.

Tapak yang masih utuh

Tekaan saya tepat. Saksikan saja imej di atas dan lihat dibahagian sekeliling kasut itu. Haus dan terhakis. Namun dibahagian tapak merah ianya masih utuh dan mencengkam.


Dibahagian permukaan kasut ini juga masih elok berbanding dengan Warrior tapak merah yang terdahulu (Ulasannya di sini) . Malah tiada kesan haus di bahagian hadapannya.

Sudah di jahit - RM2 sahaja

Secara keseluruhan, saya suka dengan kasut ini. Rasa selesa dan ringan menjadi faktor utama selain masalah koyak dan tapak itu. Maka saya menganugerahkan kasut ini dengan
3.5 BINTANG

2 comments:

  1. siuk pula..mcm mna mau beli kasut ni??sy asal sabah..n skg study d sarawak...

    ReplyDelete