30 May 2011

Duta (belum rasmi) Bolarotan muncul Naib Johan di Dengkil


Bro M atau nama sebenarnya Mohd Khaizir muncul naib johan di sebuah kejohanan di Dengkil hari ini. Bersama regu 'keras' nya Bro M berjaya layak ke peringkat akhir. 

Apa yang menarik, beliau bertarung sambil bersarungkan T-Shirt eksklusif Bolarotan.com yang tertulis dibelakangnya TEKONG

Ramai yang ingin beraksi bersama beliau. Bolarotan.com sudah melamar beliau untuk beraksi di Kejohanan KFC Utusan 2011. Nantikan aksi beliau!

29 May 2011

Perubahan syarat KFC UTUSAN

Assalamualaikum wbt.
Peminat sepaktakraw sekelian, ingin di maklumkan di sini bahawa terdapat perubahan kepada syarat dan kategori. Perkara ini telah pun di putuskan semalam oleh pehak pengurusan kejohanan. Berikut adalah perubahannya

1. Pemain dari IPTA / S yang berbeza boleh membentuk regu dan bersaing dalam kategori IPTA/S
2. Kategori IPTA / S turut dibuka untuk pemain di bawah 18 tahun.
3. Pemain di bawah usia 15 tahun mestilah lahir pada atau selepas 1996 bukannya 1995.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi nombor telefon yang tertera di iklan kejohanan

27 May 2011

Kejohanan KFC-Utusan 2011 Zon Tengah ditunda?

Saya menerima berita tidak rasmi bahawa Kejohanan KFC-Utusan Zon Tengah yang bakal berlangsung di Kompleks Rakan Muda Puchong bakal ditunda ke penghujung Julai 2011. Sekiranya perkiraan saya tidak silap, tarikh itu jatuh pada kira - kira 2 hari sebelum 1 Ramadhan.

Keadaan ini dikatakan berpunca dari pertembungan tarikh kejohanan ini dengan kejohanan anjuran PSM dan ISTAF. Diberitakan pihak PSM dan ISTAF telah bertemu dengan pihak pengurusan Utusan Melayu untuk meminta pihak Utusan Melayu meminda tarikh kejohanan KFC Utusan ini. Alasan yang diberikan bimbang tumpuan kepada kejohanan anjuran PSM - ISTAF bakal berkurangan akibat pertembungan 2 kejohanan besar.

Nantikan maklumat terkini dari Bolarotan.com

26 May 2011

Kejohanan KFC Utusan 2011

Pendaftaran semakin rancak. Begitu banyak panggilan telefon yang diterima oleh saya dan sms bertanyakan tentang kejohanan ini. Namun pengesahan pendaftaran masih belum memenuhi kuota kerana saya rasa ramai yang masih mencongak senarai pemain dan zon yang ingin disertai.

Penyertaan dari kategori bawah 15 tahun dan IPTA/S juga bakal hangat kerana kategori ini baru dipertandingkan dengan hadiah sebegini. Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini! Layari http://sepaktakrawkfcutusan.blogspot.com

21 May 2011

Kejohanan KFC Utusan 2011

Akhirnya iklan kejohanan ini telah siap! Adakah anda berani menyertainya?



Klik imej untuk ke laman selanjutnya

19 May 2011

Liga Tengkorak Hang Cheras Perdana

Liga Tengkorak Hang ini sudah tamat persaingan di peringkat kumpulan. Perlawanan separuh akhir bakal bermula esok dengan regu Sure Johan bakal bertempur dengan regu Tak Goyang. Manakala satu lagi pusingan separuh akhir pada hari Sabtu menemukan 3 Abdul menentang Kita Bakor Je!

Hadiah perlawanan juga telah meningkat dan barang - barang tajaan juga sudah mula diterima oleh pemain. Apa yang menarik ialah, pasukan pilihan seperti regu Tak Dapat Depan, Belakang gagal ke pusingan separuh akhir.

Perlawanan akhir bakal berlangsung pada 29hb Mei 2011 pada jam 6 petang. Kejohanan ini juga memiliki benderanya sendiri! Nantikan keputusan perlawanan seterusnya hanya di Bolarotan.com

En. Nizar bersama bendera rasmi kejohanan

Tenaga Pakar Thailand - Jurulatih atau Perunding?

Langkah PSM mengambil 2 bekas pemain Thailand bagi membantu skuad negara menerima reaksi yang pelbagai. Undian yang di jalankan di laman ini menunjukkan 64% dari undian memihak kepada bersetuju dengan menggunakan khidmat mereka.

Apa yang menjadi persoalan ialah, PSM dalam banyak pernyataan mengatakan 2 bekas pemain Thailand ini bukan menjadi jurulatih - sebaliknya hanya sebagai perunding. Jamaluddin, Iskandar Arshad dan beberapa yang lain masih menjadi teras kejurulatihan skuad negara.

Bolarotan berpeluang menyaksikan sendiri sesi latihan tubi skuad negara yang bakal ke China dalam masa terdekat ini. Bagi saya, kalau ini tugasan yang dilakukan , maka bukanlah perunding jawatan mereka. Sebaliknya jurulatih. Turut bersama melatih skuad ini ialah bekas tekong negara iaitu Ahmad Jais. 

Melihat kepada corak latih tubi ini, saya sangat gembira seandainya inilah sumbangan 2 bekas pemain Thailand ini kepada negara. Mungkin PSM malu mengakui bahawa kehadiran 2 susuk ini sebagai jurulatih sebenar. Susuk badan yang tegap, malah lebih baik dari pemain negara kita, tinggi dan sangat tangkas membuatkan pemain negara perlu bekerja keras membuktikan mereka layak mewakili negara.

Saya yakin kita bakal menyaksikan peningkatan aksi skuad negara. Namun kita harus realistik dengan pencapaian yang diinginkan, Berilah masa untuk mereka buktikan kemampuan mereka. Saksikan 2 klip rakaman yang sempat saya titipkan untuk entri kali ini.



17 May 2011


Media, Marsiling sama handal

KUALA LUMPUR -- Siapa menang, siapa kalah hanyalah sebahagian atau adat dalam mana-mana perlawanan sukan termasuk sepak takraw.

APIT kanan Media Malaysia, Azmi Mansor (kiri) mengadang libasan pemain Kelab Sukan dan Komuniti Marsiling Singapura pada perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan MSN, Taman Keramat, Kuala Lumpur, 23 April lalu. Kedua-dua pasukan seri.

Ciri ini menyerlah  apabila Kelab Sepak Takraw Media Malaysia (Keris) melayani kunjungan Kelab Sukan dan Komuniti Marsiling Singapura dalam aksi persahabatan di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Taman Keramat pada 23 April lalu.

Masing-masing terikat dengan dua kemenangan, dua kekalahan dan tiga seri selepas tujuh perlawanan berformat berpasukan yang kebanyakannya cuma diakhiri dua set selain menggunakan sistem kiraan lama, 21 mata.

PENOLONG ketua pasukan Media Malaysia, Daud Abdullah yang juga pengacara program Titik Sentuhan RTM (kanan) bersalaman dan bertukaran cenderamata dengan wakil kelab Marsiling Singapura sebelum perlawanan sepak takraw persahabatan di Taman Keramat, Kuala Lumpur, 23 April lalu

Sebenarnya yang terpenting ialah bagaimana sebuah pasukan amatur di tengah Semenanjung seperti Keris mampu menjalin hubungan persaudaraan dan membuktikan semangat kesukanan tidak sesekali membatasi walau sejauh mana pasukan dari negara jiran di seberang Tambak Johor itu.

Tempoh hampir tiga jam perlawanan itu juga sudah memadai untuk Keris dan Marsiling terus menyuburkan sepak takraw - sukan warisan budaya bangsa Melayu yang menjadi matlamat utama kedatangan pelawat yang turut disertai beberapa bekas pemain kebangsaan Singapura.

Bukan menang kalah yang kami pentingkan tetapi lebih kepada untuk menikmati sebuah perlawanan sepak takraw dan terima kasih kepada Media Malaysia yang sudi bermain menentang kami, kata Zakaria Ismail, bekas tonggak kebangsaan 70-an dan 80-an Singapura, mewakili Marsiling yang turut membawa segelintir rakan seangkatannya dan jurulatih republik itu, Said Yusop.

Terdapat juga beberapa pemain muda yang kini bermain dengan kelab Home United dan E-Trust dalam Liga Perdana Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) dan Liga SCA (Persatuan Jurulatih Sukan). 

Inilah kali kedua sebuah pasukan luar negara mengadakan perlawanan persahabatan dengan Media Malaysia selepas Oman dalam tiga siri di Bukit Jalil dari Jun hingga Julai tahun lalu.

BARISAN pemain dan pegawai Media Malaysia dan Kelab Marsiling Singapura, melaungkan sorakan semangat sebelum perlawanan sepak takraw persahabatan di Taman Keramat, Kuala Lumpur, 23 April lalu.



15 May 2011

Kejohanan Sepaktakraw KFC Utusan 2011

Mesyuarat teknikal Kejohanan KFC Utusan sedang berlangsung di pejabat Bolarotan.com. Mesyuarat 4 penjuru di antara Utusan, PSM, Teknikal dan Bolarotan.com. Utusan di wakili oleh Puan Azura, PSM diketuai oleh Pak Engku di temani 3 lagi wakil PSM. Jawatankuasa teknikal pula di wakili oleh En. Syahrudin. Manakala Bolarotan.com diwakili oleh saya sendiri dan En. Luqman.

Perbincangan mengenai hampir keseluruhan aspek pertandingan menyaksikan kejohanan kali ini bakal menjadi satu kayu pengukur kepada profesionalisme dalam kejohanan. Semua yang terlibat memerah otak bagi memberi cadangan dan pandangan bagi memastikan kelemahan yang ada pada tahun lalu tidak timbul.

Nantikan maklumat terkini dari Bolarotan.com 

Piala Perdana Menteri - Siri Super PSM


Piala Perdana Menteri - Siri Super PSM

KUALA LUMPUR -- Habuan lumayan yang keseluruhannya bernilai lebih RM150,000 dengan RM30,000 daripadanya, menanti juara Piala Perdana Menteri dalam kemuncak Siri Super Persatuan Sepak Malaysia (PSM) malah kelayakannya sahaja, menjanjikan RM8,000 kepada pemenang tiga pusingan yang bermula bulan depan.


Ia diwajibkan kepada 17 ahli gabungan PSM kecuali di Sarawak, Sabah dan Labuan namun terbuka kepada kelab atau seluruh penggemar sepak takraw seluruh negara di bawah format pertandingan berpasukan yang menetapkan penyertaan dua regu terbuka dan sebuah regu bawah 21 tahun.
 
Turut beraksi tanpa perlu melalui kelayakan ialah skuad elit negara bimbingan Jamaluddin Hassan sekali gus memberikan mereka medan pemanas badan menghadapi Sukan SEA XXVI di Indonesia (November) dan Siri Super Istaf Kedua di Kuala Terengganu (November hingga Disember).

Tiga pusingan kelayakan ini turut menawarkan Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail sebagai rebutan dengan 15 pasukan terbaiknya serta skuad elit akan diletakkan ke Bahagian Satu Siri Super dan selebihnya menyertai Bahagian Dua yang berentap dalam tiga pusingan lagi sebelum memilih lapan terbaik lagi ke Piala Perdana Menteri.
   
Kelayakan pertama dijadualkan di Melaka dari 9 hingga 12 Jun diikuti Perlis sementara gelanggang bagi pusingan ketiga di Pulau Pinang (Julai) manakala sirkit Siri Super PSM ialah di Pulau Pinang (September), Johor (Disember) dan Pahang (Februari 2012).

Yuran penyertaan bagi Kelayakan Siri Super PSM 2011 ialah RM300 sebuah pasukan di samping wang jaminan RM3,000 sebagai prasyarat untuk mereka yang bertanding, menghabiskan kesemua perlawanan yang dijadualkan atau dikira lupus sekiranya gagal berbuat demikian.

Satu majlis taklimat mengenai Siri Super ini bersama Presiden PSM , Datuk Ahmad Ismail di Kompleks Sukan Majlis Sukan Negara, Taman Keramat, Kuala Lumpur dilangsungkan pada pukul 8.30 malam hari Rabu, 11 Mei lalu selain majlis undian Kejohanan Belia Kebangsaan 2011 di Kuala Terengganu

12 May 2011

Maklumat terkini mengnai Kejohanan Sepaktakraw Belia Kebangsaan Tahun 2011 yang telah dilaksanakan di MSN Keramat AU2, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2011 jam 8.30 malam.

Kumpulan A - Terengganu, Sabah, Pulau Pinang dan Pahang.
Kumpulan B - Selangor, Kuala Lumpur, MSSM dan Perak.
Kumpulan C - Kedah, Sarawak, Kelantan dan MASUM.
Kumpulan D - Perlis, Negeri Sembilan dan Melaka.

Surat Siaran Super Siries Piala Dato' Hj Ahmad Ismail

Tarikh: 18hb April, 2011


Ke Majlis,

YDP/Pengerusi Kelab Sepaktakraw
(sepertimana edaran)

JEMPUTAN TERHADAP KELAB-KELAB SEPAKTAKRAW
MENYERTAI KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PRA KELAYAKAN
PIALA YBHG DATO’ HJ AHMAD ISMAIL

Dengan hormatnya kami diarah merujuk kepada perkara tersebut sepertimana di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) akan mengadakan Kejohanan Sepaktakraw Super Siries Piala YBhg Dato’ Hj Ahmad Ismail dengan tawaran hadiah yang lumayan. Namun bagi melayakkan mana-mana pasukan sama ada Pasukan Negeri/Gabungan/Kelab ke dalam Divisyen I atau Divisyen II kesemua pasukan adalah dikehendaki mengambil bahagian dalam Pra Kelayakan dalam beberapa siri yang ditetapkan terlebih dahulu. Manakala Pasukan Malaysia diberi kelayakkan secara otomatis.

3. Peraturan pada kali ini telah menetapkan hanya 15 pasukan sama ada Negeri/Gabungan/Kelab yang menduduki ranking 1 – 15 (termasuk Pasukan Negara) akan menyertai Divisyen I dalam beberapa siri yang akan ditetapkan dan selebihnya akan menduduki dalam Divisyen II jika terdapat jumlah Pasukan yang bersesuaian.

4. Kemudiannya pasukan-pasukan dari Divisyen I yang berkedudukan 1 – 8 akan berpeluang mengambil bahagian dalam Piala Perdana dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan.

5. Bersama-sama ini diedarkan peraturan pertandingan Pra Kelayakan untuk makluman dan dengan perantaraan surat ini pasukan YM Tengku/YBhg Dato’/YBrs Tuan adalah dijemput untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini.

Sekian, terima kasih.



09 May 2011

Disebalik Tabir Stadium Angkasa

Lambat sungguh saya meletakkan entri ini. Puas saya mencari gambar - gambar ini rupanya disimpan dalam SD Card yang berbeza. Saksikan imej dan suasana di Studio RTM ketika siaran langsung rancangan Stadium Angkasa berlangsung.

Kelab TKP bergambar dengan Presiden PSM

Pak Chad ditemuramah

Ahli Majlis Tertinggi PSM

Logo rancangan ini

2 panel lain yang diundang sebagai tetamu

Presiden PSM

Drum Symphony - pemuzik latar program ini; Gitaris itu ialah Anoi, pemain gitar
 kumpulan saya iaitu Kuintet Teranchang

Dari studio mini RTM di Alor Setar

Boss Kelab TKP sedang sibuk mengambil gambar

Pelajar dan pemain dari UPM

Pemain dan kakitangan UPM - Baju kuning itu ialah bekas apit kiri saya ketika SUKSES 1998; saudara Bob a.k.a Selera Tajam

Bersedia untuk masuk ke studio


Liga Tengkorak Hang - Cheras Perdana

Cheras Perdana, salah satu lokasi di mana saya bermain di waktu petang telah mula menjalankan 'Super Siries' nya sendiri dengan menamakan dan Liga Tengkorak Hang!. Perlawanan secara liga 2 kumpulan ini bakal mengambil masa hampir 3 minggu untuk disudahkan. Mengambil pendekatan sukarela, gotong - royong dan kejiranan, Liga yang ditaja oleh Rukun Tetangga dan JKKK ini bakal berakhir pada 22 Mei ini. Setakat ini sudah 2 hari kejohanan berlangsung dan bakal bersambung pada 14 dan 15 Mei ini.

Senarai pasukan bertanding

Regu Kita Bakor Je vs Tak Dapat Depan Belakang

Taklimat kejohanan dari Pak Cik Nizar
Malang sekali Ahmad Sufi (tekong Malaysia) dan Mamat (Selangor) tidak dapat turut serta pada kejohanan kali ini kerana latihan pusat mereka. Saksikan sedutan video di bawah.

07 May 2011

Dengan Izin - Temubual Rizal vs Tok Mat

Dengan Izin, satu rancangan baru kendalian ASTRO Arena yang sempat saya tonton tadi menyaksikan Rizal - Loose Cannon menemubual a.k.a. berdebat dengan Presiden PSM mengenai perkara - perkara yang kebanyakan dari peminat tegar sukan ini telah ketahui. Saya memuji kedua - dua mereka; Rizal dengan soalan berapinya dan Tok Mat atas jawapan pantas yang diberikan. 

Akhirnya keluar dari mulut Tok Mat sendiri mengenai beliau telah terpaksa menjual 8 buah rumah miliknya untuk menampung PSM. Sebelum ini saya hanya mendengar gossip mengenai ini sahaja. Saya rasa, dengan komitmen yang sebegini, mana mungkin ahli gabungan PSM sanggup melepaskan Tok Mat dari memegang jawatan itu. 

Saya kurang bersetuju dengan hujah Tok Mat yang mengatakan mereka ke akar umbi; ke peringkat daerah dan juga kampung. Zon Utara? Barangkali. Tempat lain? Saya belum pernah dengar lagi. Sedangkan kejohanan besar seperti KFC - Utusan sendiri PSM acuh tak acuh, inikan pula kejohanan kecil  - kecilan? Modul? Website? Ini yang dijawab oleh Tok Mat tadi.

Tidak mengapa, bukan niat saya memperkecilkan sumbangan Tok Mat. Malah saya juga suka sekiranya Tok Mat berminat meneruskan usaha murninya. Cuma, ahli majlis PSM yang lain di mana saya rasa sudah tidak relevan dan sangat berumur, silalah berundur. Berilah peluang kepada muka baru. Di Singapura sendiri khabarnya ada persatuan takraw yang diwujudkan atas dasar tidak sehaluan dengan Halim Kadir - persatuan ini di terajui oleh jurulatih - jurulatih di Singapura.

Tahniah sekali lagi Dengan Izin, moga Bolarotan akan muncul dalam rancangan itu pula di masa hadapan.

05 May 2011

Perlawanan Persahabatan KERIS vs Institut Profesional Baitulmal

Semalam, KERIS telah di ziarahi oleh pasukan Institut Profesional Baitulmal dengan 5 regu berentap dalam kiraan 21 mata. Saksikan sedutan perlawanan yang sempat saya rakamkan. Laporan lengkap akan menyusul nanti.



Kejohanan Sepaktakraw di UPM - Video hangat!

Saya sempat merakam pertarungan sengit di antara 2 regu ini. Regu yang dibarisi oleh Bro M, Shahriman dan Budin yang pernah mencetuskan kontroversi semasa kejohanan guru - guru menentang regu yang dikemudi satu - satunya pemain sepaktakraw berambut Rasta - Mat Rock yang diapit oleh Hafiz Rahman dan Ayong. Regu Mat Rock layak ke separuh akhir.

Sayangnya kedua - dua regu ini dikatakan melanggar syarat kejohanan dan menyaksikan regu yang di wakili oleh Zubir muncul juara. Saksikan rakaman ini.


Iklan Kasut Nan Yang

Rakan - rakan Bolarotan menunjukkan saya iklan ini di Youtube. Satu pendekatan bagus dalam meyakinkan pembeli dan pengukuhan jenama. 

Kejohanan Sepaktakraw Parit Amal Muar

Foto oleh Fadzil Daud
Teks oleh Bolarotan dan Fadzil Daud


Kejohanan Tertutup dan Jemputan Parit Amal Muar Johor telah berlangsung pada 3 April 2011 yang lalu. Terdapat 39 regu yang bersaing pada kejohanan ini. Walaupun ianya bersifat jemputan dan tertutup, jumlah penyertaannya amatlah memberangsangkan. Hadiah yang ditawarkan kepada pemain ialah RM500 untuk Johan, RM300 untuk Naib Johan dan untuk regu yang kecundang di peringkat separuh akhir masing - masing menerima RM100. 

Pemain - pemain yang sabar menanti

Peminat pula yang tidak sabar menanti

Undian berlangung

Perlawanan bermula agak lewat iaitu pada 11.00 pagi....terlalu lewat walaupun ada dua gelanggang yang diguna pakai. Kesannya ialah perlawanan peringkat akhir tamat pada jam 12.30 pagi. Kejohanan ini menerima penyertaan kebanyakkannya datang dari sekitar Daerah Muar dan Ledang sahaja....




Barisan finalis



Penonton masih setia walaupun malam menjelma






Satu - satunya pemain keturunan Cina yang beraksi - Ah Soon namanya

Antara pemain berbakat

Hebat gaya servisnya


Codet





Man Bankong yang terkenal di Muar

Kenapa pula killer tu pegang lutut?

03 May 2011

Sepaktakraw di depan Lot 10 dan Sungei Wang Plaza?



Bolarotan telah dihubungi oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan WPKL sebentar tadi di mana penglibatan Bolarotan dalam satu agenda menarik melibatkan sukan ini bakal berlaku. Bayangkan tikar getah hijau bersisi 2 tiang menggantung jaring sambil 6 orang ditengah - tengahnya berpeluh kerana bertarung di tengah - tengah ibukota!!!! Sambil pelancong dalam dan luar negara bersorak melihat libasan bersilih ganti dengan servis deras... Anda ingin melihat ia menjadi kenyataan? Esok 4 Mei 2011, bertempat di Bukit Kiara Bolarotan akan berbincang lanjut mengenai perkara ini. Doakan ia menjadi kenyataan!!! 

Lokasi acara ini dijangka bertempat di Jalan Sultan Ismail...Diantara Sungei Wang Plaza dan Lot 10. Oh...untuk membuatkan anda lebih teruja, tarikh kemungkinan perkara ini berlaku ialah pada 15 Mei 2011... semoga cuaca hujan tidak menjadi penghalang kepada harapan ini.

02 May 2011

Saluran baru ASTRO - ASTRO Ident

ASTRO meneruskan usaha memartabatkan lagi sukan menerusi saluran baru yang bakal menemui anda tidak lama lagi. ASTRO IDENT yang memberi tumpuan kepada sukan bakal mengisi lebih banyak input selain ASTRO Arena. 

MOJO Film Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat produksi yang dipertanggungjawabkan oleh pihak ASTRO untuk menyediakaniklan untuk saluran baru ini. Pihak MOHO Film telah menghubungi Bolarotan untuk menjayakan salah satu iklan yang bakal ditayangkan di ASTRO Ident ini. Sehubungan dengan tujuan ini, Bolarotan sedang cuba mengenalpasti pemain yang dirasakan sesuai untuk 'beraksi' serta lokasi pengambaran yang bersesuaian.

MOJO Film juga bakal menggunakan teknologi Phantom Camera bagi merakam aksi pantas dan hebat ini. Nantikan hasilnya dan yang pasti - CEO Bolarotan sendiri tidak akan muncul dalam iklan itu.