07 May 2011

Dengan Izin - Temubual Rizal vs Tok Mat

Dengan Izin, satu rancangan baru kendalian ASTRO Arena yang sempat saya tonton tadi menyaksikan Rizal - Loose Cannon menemubual a.k.a. berdebat dengan Presiden PSM mengenai perkara - perkara yang kebanyakan dari peminat tegar sukan ini telah ketahui. Saya memuji kedua - dua mereka; Rizal dengan soalan berapinya dan Tok Mat atas jawapan pantas yang diberikan. 

Akhirnya keluar dari mulut Tok Mat sendiri mengenai beliau telah terpaksa menjual 8 buah rumah miliknya untuk menampung PSM. Sebelum ini saya hanya mendengar gossip mengenai ini sahaja. Saya rasa, dengan komitmen yang sebegini, mana mungkin ahli gabungan PSM sanggup melepaskan Tok Mat dari memegang jawatan itu. 

Saya kurang bersetuju dengan hujah Tok Mat yang mengatakan mereka ke akar umbi; ke peringkat daerah dan juga kampung. Zon Utara? Barangkali. Tempat lain? Saya belum pernah dengar lagi. Sedangkan kejohanan besar seperti KFC - Utusan sendiri PSM acuh tak acuh, inikan pula kejohanan kecil  - kecilan? Modul? Website? Ini yang dijawab oleh Tok Mat tadi.

Tidak mengapa, bukan niat saya memperkecilkan sumbangan Tok Mat. Malah saya juga suka sekiranya Tok Mat berminat meneruskan usaha murninya. Cuma, ahli majlis PSM yang lain di mana saya rasa sudah tidak relevan dan sangat berumur, silalah berundur. Berilah peluang kepada muka baru. Di Singapura sendiri khabarnya ada persatuan takraw yang diwujudkan atas dasar tidak sehaluan dengan Halim Kadir - persatuan ini di terajui oleh jurulatih - jurulatih di Singapura.

Tahniah sekali lagi Dengan Izin, moga Bolarotan akan muncul dalam rancangan itu pula di masa hadapan.

5 comments:

  1. assalamualaikum tuan,
    tahniah atas kerajinan menjadi penggiat sukan, khususnya sepak takraw. terima kasih. teguran membina dipelawa. kita juga tabik pada tokmat kerana sudi dibawa ke studio untuk bual balas yang berkonsepkan hard talk...dalam pada itu kita juga tabik semua penggiat sukan, jurulatih, pengurus, ibu bapa yang tidak jemu-jemu bergiat tanpa mengira hujan panas...wassalam

    ReplyDelete
  2. satu je persoalan saya. Kenapa PSM baru nak buat pembangunan sepaktakraw. dimana sepatutnya Malaysia sekarang ni bukan masa nak buat pembangunan. tok mat dah lama dalam PSM baru sekarang nak buat pembangunan. KENAPA. Dah 8 banglo kena jual. tapi pencapaian takraw ???????????

    ReplyDelete
  3. nampak sangat sukan sepak takraw ni dipinggirkan kerajaan berbanding dengan pembangunan yg dibuat untuk bola sepak yg byk peruntukkan disediakan..

    ReplyDelete
  4. pembangunan apa lagi...
    dari pegang presiden sampai dah 'letak jawatan' dok sembang pembanngunan...
    kejohanan gp utk state player mana?...
    kalau ada kejohanan tu, saya jamin tak perlu pun ditekan sangat pasal pembangunan...
    depa sendiri akan giat berlatih utk sarung jersi state...

    ReplyDelete