30 June 2011

Jadual lengkap Kejohanan KFC Utusan Zon Utara

Klik di sini untuk senarai penuh jadual perlawanan Zon Utara

KFC - Utusan 2011 - Zon Utara

110 regu, begitulah jumlah keseluruhan penyertaaan bagi zon utara kali ini. Penyertaan hadir dari sejauh Negeri Sembilan sehinggalah dari Perlis. Nantikan update dari Bolarotan.com


Untuk jadual perlawanan pembukaan esok, sila klik di sini

Kejohanan Sepaktakraw Sekolah - sekolah ASEAN 2011

Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan / pemanas badan di antara skuad Sekolah ASEAN Malaysia menentang KERIS. Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium 2 MSN Bukit Jalil ini menemukan 5 regu sebagai persediaan terakhir pasukan remaja ini sebelum berangkat ke Singapura esok bagi bersaing dalam kategori berpasukan dan antara regu.

Barisan pemain muda dan jurulatih mereka

Saya sendiri sempat bermain sebanyak 2 kali. Pada perlawanan pertama di posisi tekong menentang regu Juara KFC - Utusan Zon Selatan - kecuali tekongnya bukan Normanizam dan kali kedua sebagai Apit Kanan menentang regu yang memiliki Apit kanan dari Kelantan yang bertubuh agak kecil, tetapi kepantasannya agak menakjubkan.

Pemain - pemain ini kebanyakkannya datang dari Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. Pemain yang pernah di angkat di Bolarotan ketika KFC Utusan Zon Selatan yang lalu iaitu The Next Wonder Kid juga berada di dalam skuad ini.

Apa yang dapat diperhatikan ialah, kemampuan mereka sebagai individu nampaknya baik sekali. Kemahiran yang ditunjukkan juga boleh dibanggakan, Namun keserasian di dalam gelanggang serta pengalaman bermain perlu dipertingkatkan lagi. Ini dapat dibayangkan dengan keputusan setiap perlawanan yang berlangsung tadi. Keris tewas di semua set, tetapi dengan mata yang agak rapat. Saya sendiri ketika berdepan regu Juara KFC Utusan nyaris menang pada set pertama apabila kami hanya tewas 14 - 16. 

Namun, jauh disudut hati kami, rasa bangga dengan pencapaian mereka itu tetap ada. Malah kami mendoakan agar pemergian mereka ke Singapura kali ini, bakal membawa pulang pingat Perak sekurang - kurangnya. Selamat berjuang adik - adik!

28 June 2011

Kejohanan 5 Bintang bakal muncul

Kosongkan kalendar anda pada 11 Julai 2011! Kejohanan bertaraf 5 bintang bakal berlangsung di Stadium Titiwangsa. Kejohanan terbuka dengan syarat 3 pemain negeri boleh berada di dalam satu regu. Hadiah utama RM10,000!

Nantikan maklumat lanjut hanya di Bolarotan.com

27 June 2011

Video Sepaktakraw Terhangat ketika ini - Ahmad Ezzat Zaki vs Normanizam!

Dua nama besar dalam arena sepaktakraw negara ini di samping nama - nama lain  - Normanizam dan Ahmad Ezzat Zaki adalah antara tekong yang menyinari skuad negara dan bakal dikenang sampai bila - bila. Selain nama seperti Adnan Saidin, Rehan Mat Din, Ku Musa, Zabidi Sharif , Nordin Sabarudin dan yang lain - lain nya, kedua - dua insan ini memiliki kisah menarik dalam perjalanan sukan ini sebelum mereka berakhir dengan cara yang hampir sama - bermasalah di mata PSM.

Kedua - duanya saya kenali secara 4 mata setelah bolarotan.com wujud, kisah kedua - dua tekong yang berbeza gaya dan kaki menyepak ini penuh dengan drama dan motivasinya. Ezzat dengan servis hentak, drop, pisau dan bola lemas kaki kidalnya manakala Normanizam dengan kekuatan kaki kanan menghayun servis kuda ke sisi - sisi sukar.

Setahu saya, mereka pernah bertemu beberapa kali sebelum ini di pelbagai kejohanan namun ini kali pertama saya berpeluang menyaksikan sendiri di hadapan mata saya. Dan yang bagusnya saya berpeluang merakamkan aksi ini sebagai salah satu bahan sejarah sukan ini. 

Untuk kejohanan LSUS Bukit Bintang ini, mereka bertemu di pusingan suku akhir. Regu seimbang untuk keduanya; Ezzat di apit Koyo yang pernah beraksi dipelbagai peringkat kejohanan sama ada dalam atau luar negara, juga Akmal Firdaus mengapit Normanizam. Nana selaku apit kanan Ezzat saya kira hampir setaraf dengan Majid apit kiri Normanizam. Cuma Nana memiliki pengalaman yang lebih saya rasa.

Berkesudahan dengan Ezzat menang 2-1, semua mata tertumpu pada perlawanan ini meskipun 3 gelanggang lagi juga tidak kurang hebatnya. 

Apa yang boleh saya katakan ialah, Ezzat kelihatan lebih tenang dalam mengendalikan permainan. Malah nyata kemampuan 'break-ball' yang lebih baik dimilikinya. INi sangat membantu Nana mengumpan bola kepada Koyo. Namun, saya merasakan Ezzat seperti belum mengeluarkan kesemua kemampuan atau kelebihan servisnya. Tidak banyak bola hentakan laju seperti zaman dia di kemuncak prestasi. Tetapi servis pelbagai buahnya kelihatan sudah memadai menjinakkan regu Gemilang D itu.

Saksikan sendiri perlawanan ini dan nilaikan sendiri gaya permainan kedua - dua bekas tekong negara ini.






Bolarotan beraksi di KFC - Utusan Zon Utara

Sah!!! Bolarotan akan menghantar 2 regu untuk bersaing di Zon Utara bagi KFC - Utusan 2011 ini. Menggabungkan pemain berpengalaman dan agak terkenal di sekitar Utara, Bolarotan A dan B akan cuba bersaing sebaik mungkin. Siapakah barisan pemainnya? Biarlah rahsia untuk ketika ini. Tetapi makluman awalnya ialah, ada di antara mereka pernah muncul dalam segmen - segmen tertentu Bolarotan. Jumpa di Alor Setar ya!!!

LSUS Bukit Bintang - Part 5

4 regu yang layak ke separuh akhir semalam ialah 3B (A)  - Ezzat, Gemilang A - Masran, Bomba Hang Tuah - Berong dan TKP A - Atan.


Pertembungan regu adik beradik, Berong & Fitri dan Masran & Shafiq memihak kepada regu Gemilang A. Manakala perlawanan tie break TKP A menentang 3B (A) memihak kepada regu Ezzat, Koyo dan Nana.


Perlawanan akhir tidak dilangsungkan. Lambungan syiling menobatkan Gemilang A sebagai juara LSUS Bukit Bintang 2011.


Saksikan sedutan video 3B (A) menentang TKP A


LSUS Bukit Bintang - Part 4

Pertarungan Gemilang D menentang 3B (B) menemukan bekas rakan seregu - Normanizam dan Ariff. Sekali lagi Normanizam menggunakan sepenuhnya servis kuda menundukkan gandingan Man Put, CIkgu Mie dan Arif.

Saksikan sedutan perlawanannya di bawah


Selain itu, pertembungan peringkat suku akhir yang berlangsung jam 4.20 petang membuatkan bola takraw bersimpang siur. Tanpa 'air board' atau apa - apa penghadang di antara satu gelanggang ke gelanggang yang lain, perlawanan kerap terganggu dengan bola melintas di antara gelanggang.

Dari 8 regu bersaing, 5 darinya menggunakan servis kuda. Hanya Mamak, Ezzat dan Hasrul menggunakan servis gaya lama. 

Hari ini juga baru saya tahu, Masran adalah abang kepada Shafiq. Begitu juga dengan Berong, turut di bermain bersama adiknya yang beraksi di posisi apit kiri. Masran pula kelihatan terpaksa bekerja keras setiap kali servis di mana dia terpaksa bertukar kedudukan untuk memudahkannya melakukan hadangan dengan kaki kiri. Ramai juga yang tertanya - tanya. Wak (Sazali Saat) telah menjadi mangsa kepada gaya hadangan kiri Masran. Seingat saya lebih dari 3 kali Masran berjaya melakukan hadangan tatkala regu Gemilang A berhadapan dengan TKP A diperingkat suku akhir. Rupa - rupanya diberitakan Masran terpaksa bertindak demikian kerana menghadapi kecederaan di kaki kirinya. Maka ia menjejaskan kemampuannya melonjakkan badan dan mendarat dengan baik ketika melakukan hadangan.

Saksikan sedutan pertarungan Gemilang A menentang Bomba Hang Tuah. Gemilang A menang 2 - 0



Video Normanizam vs Ahmad Ezzat? Apa keputusan LSUS? Nantikan entri selanjutnya...

LSUS Bukit Bintang - Part 3

Pada peringkat kumpulan, Group A boleh di katakan kumpulan maut di mana Gemilang D (Normanizam) di letakkan sekali dengan regu TKP C (Mat Bo), Bomba Hang Tuah (Berong / Hasrul) 3B (B) (Cikgu Mie / Man Put) dan Sang Merah - regu muda dari Taiping. 

Berong (kiri sekali) regu dan lawannya

Pertembungan TKP C dan Gemilang D bagai perlawanan ulangan KFC - Utusan Pasir Gudang dan kali ini Normanizam mengulangi kemenangan ke atas regu Mat Bo, Aizat dan Chukang. Walau bagaimanapun, Gemilang D tumpas kepada Bomba Hang Tuah (Berong / Hasrul). Bomba Hang Tuah mengungguli carta kumpulan A. 



Pemain - pemain TKP memanaskan badan

Akmal Firdaus bersedia melambungkan bola kepada Normanizam

Untuk Group B pula, 3B (A) - Ezzat , tidak berdepan masalah memenangi semua perlawanan. Perlawanan penentuan naib juara kumpulan di tentukan sehingga ke perlawana terakhir kumpulan dengan regu 3B (A) menentang Gemilang C. Ya..regu saya. Atas kertas, pastinya jarak kemampuan regu saya jauh ketinggalan dari reputasi hebat 3B. Ceritanya begini. Ketika itu kami sangat lapar dan pergi makan tengahari. Lan Biskut dan Ajim begitu berselera dengan nasi, saya hanya sempat menjamah 2 potong pulut panggang dan Nescafe ais. Sedang asyik menjamu selera, Majid menyuruh kami ke gelanggang dengan segera. Menurutnya regu 3B sedang warm - up. Sampai ke dewan, kami terus memakai kasut dan di arah masuk ke gelanggang. Perlawanan bermula. Ezzat menyeksa kami dengan servis drop air terjunnya. Kami tidak mampu melawan pada set pertama kerana masing - masing dalam keadaan kekenyangan lepas makan. Set kedua, skripnya berbeza. Persaingan sengit. Malah, kami mendahului 14 - 13. Servis terakhir ketika itu ditangan kami. Lan Biskut melakukan servis terakhir dan bola terkena bahagian atas jaring, saya mula bersorak gembira kerana kelihatan mata kemenangan di genggaman, Namun 3B dapat menyelamatkannya dan Koyo tidak membazirkan peluang mematikan bola. Selanjutnya, Ezzat memungut 2 mata terakhir dengan servis ampuhnya.

Untuk Group C dan D pula, Gemilang A (Masran) tidak berdepan masalah mengungguli carta manakala Group D, TKP A pula menjadi juara kumpulan.

Saksikan video Normanizam (Gemilang D) berentap dengan Sang Merah. Perhatikan servis konsisten Normanizam meraih mata demi mata.


Satu ketika dahulu, saya meminati beliau. Ketika era GP Perillys, saya tidak akan melepaskan peluang melihat beliau beraksi. Gaya libasan 'Back - Stroke' beliau menjadi ikutan saya. Beliau ialah Kamarulzaman Satar. Bekas pemain ATM ketika era Zahar dan Marzuki. Setiap kali dia akan melibas, apit kirinya akan menjerit namannya..Kamarullll... dan di ikuti lonjakan tinggi dari beliau. Hari ini saya berkesempatan berbual dengannya dan merakam sedikit aksinya. Pada usia 38 tahun(kalau tak silap), beliau masih mampu beraksi dengan baik. Sayangnya tadi, beliau terpaksa pulang awal kerana kehilangan kunci motornya. Saksikan sedutan aksinya


LSUS Bukit Bintang - Part 2

Dari 19 regu, 4 kumpulan di bentuk untuk menjalani perlawanan secara liga. Secara peribadi, saya merasakan kejohanan LSUS Bukit Bintang ini lebih menarik mutu permainannya berbanding KFC - Utusan Zon Selatan yang lalu. Malah ramai yang bersetuju tahap permainan perlawanan mirip kepada GP Kebangsaan.

Taman Koperasi Polis (TKP) menurunkan 4 regu. Sazali Saat, Khairul Anuar dan Zaidi Abidin (TKP A), Hazmizan (Atan), Hanif dan Shahidan TKP B, Mat Bo, Aizat dan Chukang TKP C dan Kamarulzaman Satar, Faizul, Arif dan Syamsul TKP D. 

Manakala salah seorang pemain utama TKP iaitu Razman Lut a.k.a Man Put bersaing dengan nama 3B bergandingan dengan Cikgu Mie (Norazimi Sudin) serta bekas pemain negara Ariff Ramli. 3B juga menurunkan regu utama mereka dengan meletakkan Ahmad Ezzat Zaki, Khairul Anwar (Koyo) dan Nana sebagai apit kiri. 

3B A - Dari kanan Koyo, Nana dan Ezzat

Jibrill, seorang pemain muda meningkat naik namanya juga bersaing dengan di apit oleh Zairi dan Mazlan dengan menggunakan nama MEN 3. Selain itu, Persatuan Belia Gemilang Bukit Bintang turut menghantar 4 regu dengan membariskan Masran, Shafiq dan Khairul Otto sebagai regu A, Hazli, Syafiq, Zulkefli (Ijoi) dan Bazad regu B, Lan biskut, Ajim, Rino dan saya di regu C..ehh..saya? Ya saya turut terjebak main tadi kerana Rino terpaksa pulang awal atas urusan keluarga. Regu D pula meletakkan Normanizam, Akmal Firdaus serta Majid.

Satu regu dari Taiping yang menamakan diri mereka sebagai Sang Merah turut mencuri tumpuan. 3 anak muda yang memberi saingan sengit ini bagaimana pun terpaksa akur dengan kemampuan regu lain. Namun saya percaya dengan pendedahan lebih mereka akan maju dan potensi mereka akan dapat diterokai.


Ijoi dan Mat Maybank


Saksikan video pertama - Panjang di bantu dengan servis Eddie yang cukup laju menentang Ijoi yang di apit oleh Mat Maybank

26 June 2011

Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Bukit Bintang - Kejohanan 2 bintang , Pemain 5 bintang!

Sejak tahun 1999, LSUS Kawasan Bukit Bintang dikendalikan oleh saya. Namun, 2011 ini saya tidak berpeluang mengendalikannya kerana pegawai kawasan yang baru terlepas pandang. Maka orang lain yang mengelolakannya. Takdirnya pun saya terpaksa mengendalikan program Capability Development Program bersama KWSP sejak 25 Jun sehingga hari ini. Maka segalanya dalam rencana yang Maha Kuasa.



Banner kejohanan

Buat kali pertamanya hadiah LSUS mencecah RM1000 untuk johan dalam sejarahnya. Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia & Sukan WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur nampaknya meningkatkan peruntukan untuk LSUS - satu perkembangan yang baik.

Pengadil bertugas

Sebagaimana biasa, syarat LSUS biasanya hanya membenarkan seorang sahaja pemain bertaraf negeri dalam satu - satu regu, dengan nilaian hadiah RM1000 maka kejohanan ini bolehlah dikelaskan 2 bintang. Namun apa yang mengejutkan, penyertaan dengana hanya 19 regu ini membariskan 17 regu gred A. Hanya SMK Victoria yang tidak berada di dalam kelas ini. 

Lan Biskut menang...tapi kategori teka kacang dalam balang

Bayangkan nama - nama ini; Ariff Ramli, Kamarulzaman Satar, Hasrul Anuar, Nor Akmal Firdaus , Khairul Kaz Otto, Mohd Masran dan adiknya Shafiq, Koyo, Normanizam dan Ahmad Ezzat Zaki di bawah satu bumbung!

Itu baru senarai pemain yang pernah membarisi skuad utama atau skuad latihan pusat kebangsaan. Belum lagi nama - nama besar liga tempatan seperti Mamak, Man Put, Mat Bo, Ijoi Perak, Berong, Mat (Maybank) Sazali Saat dan beberapa yang lain lagi.

Saya pada mulanya ingin merakamkan foto dari sudut - sudut menarik seperti biasa. Tetapi memikirkan keselamatan mulut yang baru di bedah ini, saya bimbang muka saya terkena libasan atau servis padu pemain - pemain hebat di dewan yang sempit. Oh ya, lokasinya di dewan (bawah) Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan. Lantai baru hasil kerja tangan JKR ini sememangnya bagus untuk sepaktakraw cuma sayangnya jarak dinding dengan gelanggang terlalu hampir.

Oleh itu, saya hanya mampu merakamkan video - video menarik untuk tontonan pembaca semua. Dan.... pastinya kita sangat teringin menyaksikan video pertembungan 2 tekong hebat negara - Nomanizam vs Ezzat bukan??? Anda bakal saksikannya.... Teruskan bersama Bolarotan!

24 June 2011

Selangor peneraju Siri Super PSM

Di petik dari Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR - Juara Piala Emas Khir Johari 2011, Selangor membuktikan penguasaannya di arena tempatan dengan menerajui sirkit pertama Kejohanan Sepak Takraw Kebangsaan Siri Super Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) 2011, kelmarin. Mereka mengumpul 14 mata selepas memenangi ketujuh-tujuh perlawanan mengikut format liga berpasukan ini di Dewan Sukan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal, Melaka yang bermula Khamis lalu hingga kelmarin. Membariskan bekas bintang elit seperti Mohd. Futra Abd. Ghani, Ariff Ramli dan Affandi Abdul Rahman, Selangor menewaskan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah 3-0. 

Namun, mereka terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Melaka dan Terengganu 2-1. Mengekori Selangor ialah naib juara Piala Emas di Kuching, Mac lalu - Kuala Lumpur dengan 12 mata selepas menewaskan Perak dan Pahang 3-0 selain mengatasi Kedah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pahang 2-1. Di tangga ketiga ialah Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masing-masing terikat dengan 10 mata, diikuti oleh ATM, Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSNS) dan UiTM yang turut berkongsi lapan mata. 

Siri Super yang turut menawarkan Piala Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail sebagai rebutan, berlangsung dalam tiga sirkit dengan Kangar, Perlis menjadi gelanggang sirkit keduanya dari 23 hingga 25 September ini. Sebanyak 18 pasukan termasuk kesemua ahli gabungan PSM kecuali Negeri Sembilan, Labuan, Sabah dan Sarawak menyertainya yang turut mewajibkan penyertaan sebuah regu bawah 21 tahun di samping dua regu terbuka. Skuad elit yang turut menyertainya bagaimanapun hanya akan mula beraksi dan mengharungi banyak perlawanan tertunggak pada sirkit kedua kerana sedang menyertai Kejohanan Persahabatan Antarabangsa di Beijing dan Piala Datuk Bandar Hatyai, Thailand. 

Juara Siri Super PSM selepas tiga sirkit, bakal turut mengaut RM20,000, naib juara RM15,000,tempat ketiga RM10,000, keempat RM7,000, kelima RM5,000, keenam RM3,000, ketujuh RM2,000 dan kelapan RM1,000. Malah, lapan pasukan terbaik siri ini akan bertarung sekali lagi bagi menentukan juara pusingan kemuncak, Piala Perdana Menteri, tahun depan sekali gus mengaut ganjaran lebih lumayan.

Lagi foto KFC - Utusan 2011


Regu Mat Meriah bergasak dengan PKNS A

Hadiah - hadiah untuk pemenang

Regu Raja Lawak baru tiba ke bilik urusetia untuk menyalin pakaian

Antara krew Bolarotan.com - Fikri dan Mizi

Suhaimi Yusop mengumpan bola kepada Putra


23 June 2011

Masih dengan foto KFC Utusan 2011 Zon Selatan

Bakat - bakat baru dari SSBP

Servis pemain ini cukup baik


Pengerusi pengadil

Umpama Suebsak gaya pemain ini

Krew Astro Arena yang terlibat


Bola short yang diterima Hider ini tidak disia - siakan

Pertembungan 2 generasi pemain Johor

Lagi foto KFC - Utusan 2011 Zon Selatan

Masih terdapat banyak lagi koleksi gambar yang sempat dirakamkan di Pasir Gudang. Enjoy...


Peminat sangat teruja dengan gaya pukulan Hafiz Rahman

Lonjakannya yang cukup tinggi

Kedengaran penonton menjerit - "Macam player Siam!"

Dan - panggilan tekong kuda kidal ini


Putra dengan gaya blocking botol

3 generasi - Rajoo , Suhaimi Yusop dan Putra

Regu tuan rumah (hijau) turut bersaing

Masih dengan gaya botol



Shahir (12) dari Kulim juga disambar PENSTANS





Ini baru dipanggil Maniam Baring!



Tekong kuda dari PENSTANS

Kejohanan Putrajaya

22 June 2011

Siaran Ulangan KFC Utusan Zon Selatan

Jam 12 tengahari ini, Astro Arena akan menayangkan siaran ulangan kejohanan KFC Utusan Zon Selatan. Kepada yang belum menonton, saksikan sendiri kehebatan pemain - pemain muda yang dimiliki oleh negara kita buat masa ini.

Penyertaan di zon Timur, Utara dan Tengah masih dibuka. Daftar segera!

21 June 2011

The Next Wonder Kid - Khairul Rashidi b. Nuryakin

Teks oleh Mohd Harmizi

Itulah gelaran yang amat sesuai digambarkan kepada Khairul Rashidi b. Nuryakin. Remaja yang baru berusia 17 tahun ini dikesan bakatnya semakin menyerlah ketika berlangsungnya kejohanan Sepaktakraw KFC - Utusan 2011 Zon Selatan yang diadakan di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, Johor. 


Bakat baru yang perlu diketengahkan

Bolarotan.com berpeluang mendekati dan menemuramah remaja ini nyata amat tertarik dengan aksi memukau yang di tonjolkan beliau. Bermain sebagai apit kiri yang mewakili UTM B, setiap persembahan di awal pusingan berjaya ditempuh dengan cemerlang. Setiap gerakan lawan dibaca dengan amat teliti, malah serangan pihak lawan juga dipatahkan dengan baik. Berfungsi sebagai apit kiri, umpanan kepada Apit Kanannya diterjemahkan beliau dengan amat berkesan dan teliti. 

Jarang sekali kesalahan dan kesilapan yang mengundang cemas kepada rakan sepasukan ditunjukkan oleh beliau. Justeru, Bolarotan.com tanpa ragu-ragu mengangkat Khairul Rashidi b Nuryakin sebagai sensasi baru arena sukan sepaktakraw tanah air untuk masa hadapan. 

Masih lagi dalam mood bergelar Johan Antara Regu yang mewakili Johor di Sukan MSSM berlangsung di Terengganu, penyertaan beliau bersama pasukan UTM B diharap dapat memberi saingan sengit kepada regu-regu yang bertanding. Masih diusia muda, penyertaan beliau dalam kategori terbuka di kejohanan ini merupakan pendedahan yang amat berguna dan berharga. 


Menerusi kejohanan kompetetif sebegini, beliau mampu menambah pengalaman dan mempertingkatkan mutu persembahannya. Di tanya mengenai peluangnya dalam kejohanan ini, dengan bersahaja beliau tidak meletakkan harapan yang tinggi. Hanya kerana minat yang tinggi dan semangat kecintaan terhadap sukan sepaktakraw, membuatkan beliau bersemangat menyertai kejohanan ini. Kemenangan bagi beliau adalah satu bonus. Kredit diberikan untuk guru yang membimbing dan mentor beliau, Cikgu Ali.              

Corat - coret KFC Utusan di Uda Ocean

Razlan Kristal hadir membuat persembahan

SSBP (SSTMI) menyapu bersih hadiah yang ditawarkan

Penonton

Cari jalan...

Berdoa dan berharap...

Undi

Bersalaman dengan VVIP - Datuk Ahmad Maslan

PKNS A vs UTM B

Hadangan gaya L

Menyelamatkan keadaan...

Cikgu Ali - Legend...

Hadangan Putra berjaya mengena bola

Hider terkena bola drop Cikgu Ali

Hider pula menghadang

Sedia untuk bergasak