19 June 2011

Akhir Zon Selatan jam 1 petang ini!

Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) atau kini dikenali dengan nama SSTMI membuktikan barisan pemain yang di miliki mereka adalah antara yang terbaik dalam kelas mereka. Pemain - pemain terbaik dari seluruh negara dikumpulkan dan dilatih menumpaskan semua pesaing mereka sama ada dalam kategori Bawah 15 atau IPTA / S & Bawah 19 tahun.

Kedua - dua slot akhir untuk 2 kategori ini di isi oleh SSTMI.  Ini membolehkan mereka pasti pulang dengan RM6,000.00 secara keseluruhan. Satu pulangan lumayan yang membuatkan mereka tersenyum lebar.

PKNS menerusi 2 regu mereka iaitu A dan D pula hanya mendapat satu slot ke akhir menerusi PKNS A yang cukup mantap - servis mengelirukan dari Zamzee serta kawalannnya memudahkan Hider melunaskan tugas merejam. Normanizam pula bakal menjadi sandaran persatuan sepaktakraw Negeri Sembilan yang baru ditubuhkan ini.

Saksikan secara langsung ASTRO Arena sebentar nanti....

No comments:

Post a Comment