30 June 2011

Kejohanan Sepaktakraw Sekolah - sekolah ASEAN 2011

Sebentar tadi telah berlangsung perlawanan persahabatan / pemanas badan di antara skuad Sekolah ASEAN Malaysia menentang KERIS. Perlawanan yang berlangsung di Gimnasium 2 MSN Bukit Jalil ini menemukan 5 regu sebagai persediaan terakhir pasukan remaja ini sebelum berangkat ke Singapura esok bagi bersaing dalam kategori berpasukan dan antara regu.

Barisan pemain muda dan jurulatih mereka

Saya sendiri sempat bermain sebanyak 2 kali. Pada perlawanan pertama di posisi tekong menentang regu Juara KFC - Utusan Zon Selatan - kecuali tekongnya bukan Normanizam dan kali kedua sebagai Apit Kanan menentang regu yang memiliki Apit kanan dari Kelantan yang bertubuh agak kecil, tetapi kepantasannya agak menakjubkan.

Pemain - pemain ini kebanyakkannya datang dari Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. Pemain yang pernah di angkat di Bolarotan ketika KFC Utusan Zon Selatan yang lalu iaitu The Next Wonder Kid juga berada di dalam skuad ini.

Apa yang dapat diperhatikan ialah, kemampuan mereka sebagai individu nampaknya baik sekali. Kemahiran yang ditunjukkan juga boleh dibanggakan, Namun keserasian di dalam gelanggang serta pengalaman bermain perlu dipertingkatkan lagi. Ini dapat dibayangkan dengan keputusan setiap perlawanan yang berlangsung tadi. Keris tewas di semua set, tetapi dengan mata yang agak rapat. Saya sendiri ketika berdepan regu Juara KFC Utusan nyaris menang pada set pertama apabila kami hanya tewas 14 - 16. 

Namun, jauh disudut hati kami, rasa bangga dengan pencapaian mereka itu tetap ada. Malah kami mendoakan agar pemergian mereka ke Singapura kali ini, bakal membawa pulang pingat Perak sekurang - kurangnya. Selamat berjuang adik - adik!

1 comment: