18 June 2011

Keputusan hari pertama KFC - Utusan 2011

Tepat jam 10.35 malam, pusingan suku akhir bagi semua kategori berjaya di tamatkan pada hari ini. Dengan perlawanan yang hebat, mencemaskan serta terdapat juga keputusan kontorversi, kejohanan bagi Zon Selatan nampaknya memperlihatkan hanya 1 regu dari Johor yang berjaya melayakkan diri ke pusingan separuh akhir kategori terbuka. 

SSTMI (F),  MPPG (F), SMK Seksyen 11 dan SSMTI D pula membarisi regu kategori IPTA/S & Bawah 19 tahun manakala bagi kategori Bawah 15, SMK Seksyen 11 A SSTMI A, B dan C pula memenuhi kuota separuh akhir.

PKNS A dan C, UTM  B serta PESTANS A pula bakal bergasak di saingan separuh akhir kategori Terbuka.

Hedir, Zamzee dan Saifulrudin berjaya mengecewakan Hafiz Rahman yang mewakili Skudai A. Aksi hebat Hafiz Rahman masih tidak mampu menggugat regu PKNS A yang memiliki kawalan gelanggang yang lebih baik. Taktik Hedir melengah - lengahkan permain berjaya mengubah keadaan.

Normanizam yang mengambil risiko bermain dengan pemain muda dari Negeri Sembilan, Suhairi dan Khairul Zaman melalui laluan berliku sebelum tiba ke peringkat separuh akhir. Servis kuda Normanizam nampaknya masih ampuh dan berkesan selain dibantu kawalan baik Suhairi dan rejaman Khairul. 

Putra, teman seregu Normanizam di Guang Zhou telah ditunjukkan jalan keluar di pusingan kedua. Selain mereka berdua, tiada kelibat bekas pemain Malaysia yang beraksi. 

PKNS D, yang dibarisi oleh Hafiz Jaafar, bekas tekong kuda UITM ini di apit oleh Jaafar dan Mukhriz telah membuatkan Metaforce menggigit jari dan kontorversi berlaku apabila pengadil membuat keputusan yang diragui. Namun, adat perlawanan, drama sebegini menyedapkan lagi jalan cerita.

UTM B - yang dikemudi oleh Cikgu Ali dan dibantu oleh Khairulhasyidi dan Putera Aidil menunjukkan pengalaman Cikgu Ali berjaya menguatkan semangat apit - apitnya. Kharulhasyidi menunjukkan permainan yang cukup baik dan Bolarotan.com telah menemuramahnya bagi segmen pemain harapan.

Naib juara tahun lalu iaitu JLJ nampaknya tidak berjaya bagi zon selatan ini. Tiada satu pun regu mereka layak ke peringkat suku akhir.

Esok perlawanan bakal bersambung pada jam 10 pagi dengan siaran langsung di Astro Arena. Lokasi kejohanan juga berubah ke pusat membeli belah Uda Ocean Pasir Gudang. 

Mungkin ada yang tertanya - tanya kenapa Bolarotan lambat melaporkan berita dari sini. Ini adalah kerana kemampuan internet jalur lebar di sini agak terhad. Maka kami terpaksa melakukannnya hanya sesudah tiba di hotel.

Nantikan update lanjut dari kami

1 comment:

  1. penggunaan nombor lekat dibaju yang di-liminate dilihat tidak sesuai. sedikit membataskan keselesaan pemaian yang tiada nombor jersey di bahagian depan baju.beberapa regu juga dilihat terpaksa membetulkan nombor yang sering tercabut dari jarum pinnya

    ReplyDelete