01 July 2011

KFC - Utusan Zon Utara - Update

Perlawanan kini sedang dihentikan bagi memberi laluan untuk Solat Jumaat. Berikut adalah keputusan terkini.

 Pak Engku di awal pagi di kaunter pendaftaran 

Terbuka
Bolarotan A tumpas kepada X MSNK dengan 1 - 2. AT.M JLJ A di tunjukkan jalan keluar oleh INFRATEL A yang datang dari Ipoh Perak. Apit Kanan INFRATEL ini beraksi di kejohanan sama tahun lalu dengan di apit oleh Idlan Pon - Pon. Namun tahun ini regunya kelihatan lebih mantap.


IPTA /S Bawah 19 tahun
2 sekolah sukan iaitu SMK Gunung Rapat dan SMK Guar Chempedak menunjukkan taring mereka. Masing - masing layak ke pusingan kedua tetapi IPTA seperti UNIMAP dan UITM serta MSNK juga dilihat agak kental di atas kertas.


Cikgu Suhairi memberi ransangan kepada pemain - pemain SMGR

Bawah 15
GPMS, SMK Gunung Rapat, SMK Guar Chempedak dan SMK Tatar kelihatan menonjol. Kesilapan percaturan SMK TATAR menyebabkan mereka bakal bertembung sesama sendiri di pusingan suku akhir.



Antara penonton yang hadir

No comments:

Post a Comment