26 June 2011

Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) Bukit Bintang - Kejohanan 2 bintang , Pemain 5 bintang!

Sejak tahun 1999, LSUS Kawasan Bukit Bintang dikendalikan oleh saya. Namun, 2011 ini saya tidak berpeluang mengendalikannya kerana pegawai kawasan yang baru terlepas pandang. Maka orang lain yang mengelolakannya. Takdirnya pun saya terpaksa mengendalikan program Capability Development Program bersama KWSP sejak 25 Jun sehingga hari ini. Maka segalanya dalam rencana yang Maha Kuasa.



Banner kejohanan

Buat kali pertamanya hadiah LSUS mencecah RM1000 untuk johan dalam sejarahnya. Kementerian Belia dan Sukan menerusi Jabatan Belia & Sukan WIlayah Persekutuan Kuala Lumpur nampaknya meningkatkan peruntukan untuk LSUS - satu perkembangan yang baik.

Pengadil bertugas

Sebagaimana biasa, syarat LSUS biasanya hanya membenarkan seorang sahaja pemain bertaraf negeri dalam satu - satu regu, dengan nilaian hadiah RM1000 maka kejohanan ini bolehlah dikelaskan 2 bintang. Namun apa yang mengejutkan, penyertaan dengana hanya 19 regu ini membariskan 17 regu gred A. Hanya SMK Victoria yang tidak berada di dalam kelas ini. 

Lan Biskut menang...tapi kategori teka kacang dalam balang

Bayangkan nama - nama ini; Ariff Ramli, Kamarulzaman Satar, Hasrul Anuar, Nor Akmal Firdaus , Khairul Kaz Otto, Mohd Masran dan adiknya Shafiq, Koyo, Normanizam dan Ahmad Ezzat Zaki di bawah satu bumbung!

Itu baru senarai pemain yang pernah membarisi skuad utama atau skuad latihan pusat kebangsaan. Belum lagi nama - nama besar liga tempatan seperti Mamak, Man Put, Mat Bo, Ijoi Perak, Berong, Mat (Maybank) Sazali Saat dan beberapa yang lain lagi.

Saya pada mulanya ingin merakamkan foto dari sudut - sudut menarik seperti biasa. Tetapi memikirkan keselamatan mulut yang baru di bedah ini, saya bimbang muka saya terkena libasan atau servis padu pemain - pemain hebat di dewan yang sempit. Oh ya, lokasinya di dewan (bawah) Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan. Lantai baru hasil kerja tangan JKR ini sememangnya bagus untuk sepaktakraw cuma sayangnya jarak dinding dengan gelanggang terlalu hampir.

Oleh itu, saya hanya mampu merakamkan video - video menarik untuk tontonan pembaca semua. Dan.... pastinya kita sangat teringin menyaksikan video pertembungan 2 tekong hebat negara - Nomanizam vs Ezzat bukan??? Anda bakal saksikannya.... Teruskan bersama Bolarotan!

No comments:

Post a Comment