08 June 2011

Lokasi Kejohanan KFC Utusan 2011 Zon Selatan

Krew Bolarotan.com iaitu Harmizi telah ke lokasi Kejohanan KFC Utusan 2011 Zon Selatan bersama En. Syahrudin bagi mendapatkan butiran lengkap sekaligus mengenalpasti keadaan stadium ini. Bertempat di Pasir Gudang, lokasi yang cukup sesuai ini bakal menantikan kehadiran jaguh - jaguh sepaktakraw dari Selatan tanah air dan juga dari Singapura untuk menyaksikan edisi sulung tahun 2011 ini.




Dijangkakan 6 gelanggang akan beroperasi serentak selama 2 hari kelak dan sehingga kini penyertaan semakin rancak. Diharapkan penyertaan akan memenuhi kuota 150 regu dan acara ini mendapat sambutan dari semua pihak.

Lantai yang bagus

Bayangkan sorakan dari penyokong yang duduk di bahagian atas

Dititipkan beberapa foto untk rujukan pembaca sekalian

Mesyuarat yang berlangsung di lokasi kejohanan

No comments:

Post a Comment