27 June 2011

LSUS Bukit Bintang - Part 2

Dari 19 regu, 4 kumpulan di bentuk untuk menjalani perlawanan secara liga. Secara peribadi, saya merasakan kejohanan LSUS Bukit Bintang ini lebih menarik mutu permainannya berbanding KFC - Utusan Zon Selatan yang lalu. Malah ramai yang bersetuju tahap permainan perlawanan mirip kepada GP Kebangsaan.

Taman Koperasi Polis (TKP) menurunkan 4 regu. Sazali Saat, Khairul Anuar dan Zaidi Abidin (TKP A), Hazmizan (Atan), Hanif dan Shahidan TKP B, Mat Bo, Aizat dan Chukang TKP C dan Kamarulzaman Satar, Faizul, Arif dan Syamsul TKP D. 

Manakala salah seorang pemain utama TKP iaitu Razman Lut a.k.a Man Put bersaing dengan nama 3B bergandingan dengan Cikgu Mie (Norazimi Sudin) serta bekas pemain negara Ariff Ramli. 3B juga menurunkan regu utama mereka dengan meletakkan Ahmad Ezzat Zaki, Khairul Anwar (Koyo) dan Nana sebagai apit kiri. 

3B A - Dari kanan Koyo, Nana dan Ezzat

Jibrill, seorang pemain muda meningkat naik namanya juga bersaing dengan di apit oleh Zairi dan Mazlan dengan menggunakan nama MEN 3. Selain itu, Persatuan Belia Gemilang Bukit Bintang turut menghantar 4 regu dengan membariskan Masran, Shafiq dan Khairul Otto sebagai regu A, Hazli, Syafiq, Zulkefli (Ijoi) dan Bazad regu B, Lan biskut, Ajim, Rino dan saya di regu C..ehh..saya? Ya saya turut terjebak main tadi kerana Rino terpaksa pulang awal atas urusan keluarga. Regu D pula meletakkan Normanizam, Akmal Firdaus serta Majid.

Satu regu dari Taiping yang menamakan diri mereka sebagai Sang Merah turut mencuri tumpuan. 3 anak muda yang memberi saingan sengit ini bagaimana pun terpaksa akur dengan kemampuan regu lain. Namun saya percaya dengan pendedahan lebih mereka akan maju dan potensi mereka akan dapat diterokai.


Ijoi dan Mat Maybank


Saksikan video pertama - Panjang di bantu dengan servis Eddie yang cukup laju menentang Ijoi yang di apit oleh Mat Maybank

No comments:

Post a Comment