27 June 2011

LSUS Bukit Bintang - Part 3

Pada peringkat kumpulan, Group A boleh di katakan kumpulan maut di mana Gemilang D (Normanizam) di letakkan sekali dengan regu TKP C (Mat Bo), Bomba Hang Tuah (Berong / Hasrul) 3B (B) (Cikgu Mie / Man Put) dan Sang Merah - regu muda dari Taiping. 

Berong (kiri sekali) regu dan lawannya

Pertembungan TKP C dan Gemilang D bagai perlawanan ulangan KFC - Utusan Pasir Gudang dan kali ini Normanizam mengulangi kemenangan ke atas regu Mat Bo, Aizat dan Chukang. Walau bagaimanapun, Gemilang D tumpas kepada Bomba Hang Tuah (Berong / Hasrul). Bomba Hang Tuah mengungguli carta kumpulan A. 



Pemain - pemain TKP memanaskan badan

Akmal Firdaus bersedia melambungkan bola kepada Normanizam

Untuk Group B pula, 3B (A) - Ezzat , tidak berdepan masalah memenangi semua perlawanan. Perlawanan penentuan naib juara kumpulan di tentukan sehingga ke perlawana terakhir kumpulan dengan regu 3B (A) menentang Gemilang C. Ya..regu saya. Atas kertas, pastinya jarak kemampuan regu saya jauh ketinggalan dari reputasi hebat 3B. Ceritanya begini. Ketika itu kami sangat lapar dan pergi makan tengahari. Lan Biskut dan Ajim begitu berselera dengan nasi, saya hanya sempat menjamah 2 potong pulut panggang dan Nescafe ais. Sedang asyik menjamu selera, Majid menyuruh kami ke gelanggang dengan segera. Menurutnya regu 3B sedang warm - up. Sampai ke dewan, kami terus memakai kasut dan di arah masuk ke gelanggang. Perlawanan bermula. Ezzat menyeksa kami dengan servis drop air terjunnya. Kami tidak mampu melawan pada set pertama kerana masing - masing dalam keadaan kekenyangan lepas makan. Set kedua, skripnya berbeza. Persaingan sengit. Malah, kami mendahului 14 - 13. Servis terakhir ketika itu ditangan kami. Lan Biskut melakukan servis terakhir dan bola terkena bahagian atas jaring, saya mula bersorak gembira kerana kelihatan mata kemenangan di genggaman, Namun 3B dapat menyelamatkannya dan Koyo tidak membazirkan peluang mematikan bola. Selanjutnya, Ezzat memungut 2 mata terakhir dengan servis ampuhnya.

Untuk Group C dan D pula, Gemilang A (Masran) tidak berdepan masalah mengungguli carta manakala Group D, TKP A pula menjadi juara kumpulan.

Saksikan video Normanizam (Gemilang D) berentap dengan Sang Merah. Perhatikan servis konsisten Normanizam meraih mata demi mata.


Satu ketika dahulu, saya meminati beliau. Ketika era GP Perillys, saya tidak akan melepaskan peluang melihat beliau beraksi. Gaya libasan 'Back - Stroke' beliau menjadi ikutan saya. Beliau ialah Kamarulzaman Satar. Bekas pemain ATM ketika era Zahar dan Marzuki. Setiap kali dia akan melibas, apit kirinya akan menjerit namannya..Kamarullll... dan di ikuti lonjakan tinggi dari beliau. Hari ini saya berkesempatan berbual dengannya dan merakam sedikit aksinya. Pada usia 38 tahun(kalau tak silap), beliau masih mampu beraksi dengan baik. Sayangnya tadi, beliau terpaksa pulang awal kerana kehilangan kunci motornya. Saksikan sedutan aksinya


No comments:

Post a Comment