27 June 2011

LSUS Bukit Bintang - Part 4

Pertarungan Gemilang D menentang 3B (B) menemukan bekas rakan seregu - Normanizam dan Ariff. Sekali lagi Normanizam menggunakan sepenuhnya servis kuda menundukkan gandingan Man Put, CIkgu Mie dan Arif.

Saksikan sedutan perlawanannya di bawah


Selain itu, pertembungan peringkat suku akhir yang berlangsung jam 4.20 petang membuatkan bola takraw bersimpang siur. Tanpa 'air board' atau apa - apa penghadang di antara satu gelanggang ke gelanggang yang lain, perlawanan kerap terganggu dengan bola melintas di antara gelanggang.

Dari 8 regu bersaing, 5 darinya menggunakan servis kuda. Hanya Mamak, Ezzat dan Hasrul menggunakan servis gaya lama. 

Hari ini juga baru saya tahu, Masran adalah abang kepada Shafiq. Begitu juga dengan Berong, turut di bermain bersama adiknya yang beraksi di posisi apit kiri. Masran pula kelihatan terpaksa bekerja keras setiap kali servis di mana dia terpaksa bertukar kedudukan untuk memudahkannya melakukan hadangan dengan kaki kiri. Ramai juga yang tertanya - tanya. Wak (Sazali Saat) telah menjadi mangsa kepada gaya hadangan kiri Masran. Seingat saya lebih dari 3 kali Masran berjaya melakukan hadangan tatkala regu Gemilang A berhadapan dengan TKP A diperingkat suku akhir. Rupa - rupanya diberitakan Masran terpaksa bertindak demikian kerana menghadapi kecederaan di kaki kirinya. Maka ia menjejaskan kemampuannya melonjakkan badan dan mendarat dengan baik ketika melakukan hadangan.

Saksikan sedutan pertarungan Gemilang A menentang Bomba Hang Tuah. Gemilang A menang 2 - 0



Video Normanizam vs Ahmad Ezzat? Apa keputusan LSUS? Nantikan entri selanjutnya...

No comments:

Post a Comment