08 June 2011

Nasib pengadil tidak terbela di tangan PSM?

Salah satu elemen penting dalam mana - mana kejohanan sukan ialah pengadilan dan pengadil. Tugas berat pengadil dan memberikan pengadilan sebaik - baiknya dalam perlawanan yang di adili adalah merupakan tanggungjawab berat yang dipikul. Selain perlu terlalih dan bertauliah, pengadil juga seharusnya memiliki pelbagai kemahiran lain seperti pengurusan masa, ketajaman penglihatan, nada suara yang baik serta ketegasan dalam membuat keputusan. Malah, dalam kebanyakkan keadaan, pengadil harus memiliki daya tahan fizikal yang tinggi kerana terpaksa bertugas bukan sahaja di atas bangku pengadil malah sepanjang hari kejohanan.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya bukanlah seorang pengadil bertauliah dari PSM. Malah saya bukan ahli PSM pun. Namun saya di didik oleh jurulatih saya iaitu En. Zulkarnain - bekas jurulatih Tentera Udara Malaysia dan juga pengadil berdaftar dengan PSM Pahang dan Wilayah Persekutuan. Atas didikan ini, saya kerap juga diundang sebagai pengadil malah saya juga kerap menganjurkan kejohanan maka, saya tahu selok belok perkara ini.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah kebingungan saya serta luahan beberapa teman yang menjadi pengadil berdaftar. Pertamanya ialah isu bayaran. Berapakah nilai sebenar upah pengadil yang bertugas di kejohanan tempatan?

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan kejohanan, paling murah yang pernah saya berikan kepada pengadil - pengadil yang bertugas ialah RM80 sehari. Ini biasanya disebabkan peruntukan yang sedikit. Paling mahal pula yang pernah saya bayar ialah RM150. Itu merujuk kepada pertandingan dari jam 8.30 pagi sehingga Maghrib.

Saya tidak menetapkan harga sewenang - wenangnya tetapi setakat ini pengadil - pengadil yang berkhidmat di kejohanan saya tidak pernah merungut mengenai bauaran. Selain elaun pengadilan, makan dan minum mereka turut saya pastikan mencukupi.

Beberapa pengadil berdaftar pernah menceritakan kepada saya mengenai elaun yang diperolehi apabila terlibat dengan kejohanan PSM atau PSM yang dipertanggungjawabkan menyediakan barisan pengadil. Mereka meminta saya meneka berapakah agaknya elaun mereka. Saya cuba meneka dengan angka selamat iaitu RM100 sehari. Mereka hanya ketawa dan memberitahu saya hanya RM50 sehari! Bayangkan dari pagi terpacak di gelanggang dan adakalanya sehingga malam dan hanya RM50? Nampaknya nasib buruh binaan Bangladeh dan Indonesia lebih baik dari mereka.

Saya tidak mahu percaya cerita ini bulat - bulat kerana ia tidak berlaku didepan mata saya. Kebetulan saya terlibat dengan Kejohanan KFC Utusan 2011 ini. Saya akan cuba mendapatkan maklumat dari barisan pengadil mengenai cerita ini. 

Atau...

Sekiranya anda sendiri adalah pengadil yang berdaftar dan mempunyai cerita yang ingin dikongsikan, emailkan kepada saya di bolarotan@gmail.com .  Identiti anda akan dirahsiakan.

1 comment:

  1. ..maka jelas adakah tangan kita sendiri yg meletakan martabat pegadil2 ditahap yg terlalu malu utk dibongkar rahsia periuknasi mereka...tidakkah PSM terfikik utk menetapkan satu garis panduan yg lebih logik pendapatan mereka....bermaksud bukan sekadar MINAT..saadkuidamkhan

    ReplyDelete