20 June 2011

Normanizam buktikan dia masih relevan!

Sekiranya anda tidak kenal dengan nama Normanizam, bermaksud anda masih belum cukup bermain sepaktakraw lagi! Itu hakikatnya - anak kelahiran Kelantan yang kini berkhidmat dengan PDRM merupakan nama yang berada di dalam lipatan sejarah Sepaktakraw negara dan dunia.


Servisnya pernah membolehkan negara membawa pulang pingat emas setelah berbelas tahun pulang dengan tangan kosong. Servisnya juga menjulang pasukan - pasukan yang diwakilinya. Servisnya juga pernah menimbulkan rasa kecewa dikalangan peminat tatkala Sukan Asia di Guang Zhou. Krisis PSM dan pemain pula membuatkan lagi namanya disebut - sebut. Dibuang dari skuad menerusi media, di kritik kerana saiz badan dan macam - macam lagi.

Namun - segalanya dihentikan dii Pasir Gudang. Bergandingan dengan pilihannya sendiri - 2 pemain muda dari Negeri Sembilan yang di perhatikan sendiri oleh beliau di Super Series Melaka, Normanizam membuktikan kemampuan servisnya mampu mengutip mata tanpa perlu rally panjang.

15 - 7 dan 15 - 6, perlawanan yang seolah - olah tidak seimbang di antara PKNS A dan PESTANS. Mendahului dengan 6 - 0 serta 8 - 0 menunjukkan kematangan kawalan psikologi gelanggang dan diri. PKNS A bukan lawan mudah. Siapa yang tidak kenal dengan Zamzee - tekong berpengalaman dari Selangor dan Hider, anak Johor yang mengungguli kejohanan tempatan dengan prestasi konsistennya.

Normanizam merembat servisnya membuatkan pihak lawan termanggu - manggu. Keadaan ini membuatkan penonton mula memuji dan mengejek - puji servisnya dan mengejek persembahan PKNS A. Lantas ini membuatkan saya terfikir - mengapa dengan mutu servis sebegini bagus tetapi di gugurkan dari skuad negara?

Apa yang berlaku sebenarnya? Bagi saya dia masih relevan untuk mewakili skuad negara. Dia memiliki pengalaman serta kemampuan servis. Saya akui dari sudut fizikal Normanizam masih perlu memperbaikinya lagi. Bayangkan kalau dia lebih berotot - pastinya lebih mantap servis dan permainannya. 

Persoalannya sekarang ialah - adakaha Normanizam masih relevan di mata PSM?

3 comments:

  1. Normanizam masih relevan sebagai anchor kepada regu utama negara. Sayang potensi, pengalaman dan kepakarannya tidak dimanfaatkan sepenuhnya...

    ReplyDelete
  2. kalau bagus kat dalam malaysia saja,nak buat apa..selain tu mesti ada disiplin...baru boleh berjaya..

    ReplyDelete
  3. ALhaqeem - setuju bahagian disiplin... tapi bagaimana caranya kita boleh pertingkatkan mutu pemain kita yan..ada pandangan?

    ReplyDelete