20 June 2011

Perlawanan akhir kategori terbuka KFC Utusan Zon Selatan 2011

Seperti yang disaksikan secara langsung di ASTRO Arena - PESTANS A yang di barisi oleh Normanizam , Suhairi dan Khairul menang mudah ke atas PKNS A dengan 15 - 7 dan 15 - 6. Bagai ada yang tidak kena, permainan PKNS A yang sebelum ini cukup mantap dan baik seolah tenggelam kerana servis kuda bekas pemain negara Normanizam serta libasan padu dan konsisten Khairul. Servis Zamzee ke arah Suhairi juga nampaknya mudah di patahkan oleh apit kiri muda itu.

Menerima hadiah dari Datuk Ahmad Maslan

Hider yang cukup baik permainannya selama ini mengalami kesukaran melakukan hadangan tatkala Khairul melakukan libasan. Ini adalah kerana lonjakan pemain muda Negeri Sembilan ini cukup tinggi dan 'buah selak' nya sering membuatkan rejamannya jatuh ke sebelah belakang Hider.

Regu juara

PKNS A


Pengurus merangkap Timbalan Presiden PESTANS - Zamry Fared dalam perbualan telefonnya dengan saya sehari sebelum kejohanan bermula, menceritakan mengenai kemampuan dua pemain muda yang mengiringi Normanizam ini. 2 pemain muda yang menyerlah di MSSM, Sukan Sekolah Asean dan Super Series ini membuktikan kemampuan mereka. Dengan ruang dan peluang secukupnya, pasti potensi 2 pemain ini dapat diteroka dengan lebih baik.

Zambry (kiri) dan Presiden PESTANS kegembiraan menyambut kemenangan skuad mereka

Tahniah kepada PESTANS - Persatuan Sepaktakraw baru yang ditubuhkan bagi menangani isu terdahulu di Negeri Sembilan. Kemunculan gabungan baru dan lama dalam pentadbiran persatuan ini nampaknya mula membuahkan hasil. Semoga lebih banyak pembangunan di peringkat negeri akan berlannsung dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment