17 June 2011

Salim Sports teruskan komitmen taja saingan




KUALA LUMPUR - Salim Sports meneruskan komitmen sebagai rakan strategik bagi menjayakan Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 yang dianjurkan buat kali kedua.
Ketua Pegawai Eksekutif Salim Sports Sdn. Bhd., Datuk Mohd Salim Abd. Bari berkata, pihaknya membekalkan peralatan sukan bernilai RM15,000 sepanjang kejohanan.
"Kami bangga dapat meneruskan kerjasama bagi menjayakan kejohanan ini yang mempunyai objektif cukup bagus iaitu melahirkan lebih ramai pemain muda berbakat besar," katanya.
Beliau menyerahkan penajaan Salim Sports kepada penganjur di sini, baru-baru ini.
Mohd. Salim juga berharap penganjuran kejohanan itu mampu membantu Malaysia membentuk sebuah pasukan handalan dunia pada satu hari nanti.
Katanya lagi, Malaysia pernah berada pada era kegemilangan sukan sepak takraw, namun kemerosotan yang melanda sejak lebih 10 tahun lalu, menjadikan acara tersebut semakin lesu dan kurang mendapat perhatian.
"Saya berharap melalui kejohanan ini, satu hari nanti kita mampu melahirkan jaguh dunia yang baru," ujarnya.
Beliau juga yakin kejohanan tersebut mampu berkembang dengan baik, apabila saingan kali ini melibatkan saringan peringkat zon.
"Jika tahun lalu kejohanan dianjurkan pada satu lokasi, tetapi untuk kejohanan 2011, penganjuran yang melibatkan empat zon iaitu selatan, utara, timur dan tengah telah diperkenalkan dan ia akan menambahkan kehangatan saingan," tambahnya.

No comments:

Post a Comment