03 June 2011

Siri Jelajah Gelanggang Langkawi - Hari pertama GAGAL

Saya meronda sejak jam 4 petang tadi untuk mencari gelanggang yang aktif bermain di Langkawi ini, namun kecewa kerana tidak berjaya. Dari Awanan Porto Malai ke Kuah, saya hanya terjumpa 4 gelanggang sepaktakraw dengan jaring tergantung tetapi tiada kelibat pemain. Paling hampir cubaan saya ialah di Jabatan Pengangkutan Jalan Langkawi di mana gelanggang sana aktif tetapi sayangnya kebanyakan pemainnya terpaksa bertugas hari ini.

Chandek Kura yang satu ketika dahulu aktif juga kini telah pupus. Gelanggang lantai merahnya sudah menjadi tapak kedai makan. 


Rupa - rupanya dewan serbaguna Awana Porto Malai ini pernah menjadi gelanggang kejohanan anjuran pusat pelancongan ini. Saya sempat menjenguk ke dalam melihat dan rasanya masih sesuai menjadi lokasi pertandingan yang elok. Gambar kejohanan lalu juga terpampang di bahagian lobi hotel ini.

Apa pun jua - misi hari ini GAGAL!

1 comment:

  1. setahu saya,dulu kat langkawi sepak raga tuju yang dapat sambutan, tp la ni tak pasti la pulak..

    ReplyDelete