27 June 2011

Video Sepaktakraw Terhangat ketika ini - Ahmad Ezzat Zaki vs Normanizam!

Dua nama besar dalam arena sepaktakraw negara ini di samping nama - nama lain  - Normanizam dan Ahmad Ezzat Zaki adalah antara tekong yang menyinari skuad negara dan bakal dikenang sampai bila - bila. Selain nama seperti Adnan Saidin, Rehan Mat Din, Ku Musa, Zabidi Sharif , Nordin Sabarudin dan yang lain - lain nya, kedua - dua insan ini memiliki kisah menarik dalam perjalanan sukan ini sebelum mereka berakhir dengan cara yang hampir sama - bermasalah di mata PSM.

Kedua - duanya saya kenali secara 4 mata setelah bolarotan.com wujud, kisah kedua - dua tekong yang berbeza gaya dan kaki menyepak ini penuh dengan drama dan motivasinya. Ezzat dengan servis hentak, drop, pisau dan bola lemas kaki kidalnya manakala Normanizam dengan kekuatan kaki kanan menghayun servis kuda ke sisi - sisi sukar.

Setahu saya, mereka pernah bertemu beberapa kali sebelum ini di pelbagai kejohanan namun ini kali pertama saya berpeluang menyaksikan sendiri di hadapan mata saya. Dan yang bagusnya saya berpeluang merakamkan aksi ini sebagai salah satu bahan sejarah sukan ini. 

Untuk kejohanan LSUS Bukit Bintang ini, mereka bertemu di pusingan suku akhir. Regu seimbang untuk keduanya; Ezzat di apit Koyo yang pernah beraksi dipelbagai peringkat kejohanan sama ada dalam atau luar negara, juga Akmal Firdaus mengapit Normanizam. Nana selaku apit kanan Ezzat saya kira hampir setaraf dengan Majid apit kiri Normanizam. Cuma Nana memiliki pengalaman yang lebih saya rasa.

Berkesudahan dengan Ezzat menang 2-1, semua mata tertumpu pada perlawanan ini meskipun 3 gelanggang lagi juga tidak kurang hebatnya. 

Apa yang boleh saya katakan ialah, Ezzat kelihatan lebih tenang dalam mengendalikan permainan. Malah nyata kemampuan 'break-ball' yang lebih baik dimilikinya. INi sangat membantu Nana mengumpan bola kepada Koyo. Namun, saya merasakan Ezzat seperti belum mengeluarkan kesemua kemampuan atau kelebihan servisnya. Tidak banyak bola hentakan laju seperti zaman dia di kemuncak prestasi. Tetapi servis pelbagai buahnya kelihatan sudah memadai menjinakkan regu Gemilang D itu.

Saksikan sendiri perlawanan ini dan nilaikan sendiri gaya permainan kedua - dua bekas tekong negara ini.






No comments:

Post a Comment