26 July 2011

Video PESTANS V PKB A

Berikut ialah rakaman perlawanan akhir KFC - Utusan 2011 Zon Timur bagi kategori IPTA/S & Bawah 19 tahun. Perlawanan di antara PESTANS menentang Politeknik Kota Bharu. Sengaja saya paparkan video ini kerana untuk meredakan seketika kehangatan pasca kekalahan Malaysia kepada Thailand, malah untuk memberikan kita harapan yang sebenarnya masih ramai pemain berbakat di luar sana yang boleh diketengahkan









Lagi kisah mengenai kekalahan Malaysia

Seorang teman saya berkongsi sesuatu di dinding facebooknya. Saya rasa ia cukup menarik untuk dikongsikan di sini. Isteri kepada teman saya ini berketurunan Thailand. Maka teman saya ini berkongsi apa yang diterjemahkan oleh isterinya tatkala menonton rakaman perlawanan akhir ISTAF World Cup 2011 yang dirakamkan oleh TV Thailand. Berikut adalah pernyataannya

"Bini aku translate komen org thai dkt video youtube final tu..antara komen.."kiler nak pukul mcm org thailand tapi tulang tak kuat mcm org thailand..kene training byk tahun lg..itu pun blm tentu menang...haha pedih2"


25 July 2011

Suasana perlawanan ISTAF 2011

Saya titipkan beberapa gambar - gambar suasana


Time - out yang pertama

Alat mengesan had laju

Penonton yang membanjiri stadium

Pemain Thailand menyembah tiang dahulu sebelum masuk ke gelanggang

Penyokong yang sangat bersemangat

Tekong wanita Thailand melayan peminat

Peminat yang sangat sayangkan skuad negara


Regu Singapura gagal menjawab servis Man Kuda



Amy melakukan libasan

Syazwan (Ah Seng) melakukan servis menentang Singapura

Kedudukan terkini ISTAF

Berikut adalah kedudukan terkini dalam ranking ISTAF

Gambar perlawanan akhir

Saya dapat merakamkan banyak gambar menarik untuk tatapan anda. Namun saya agak keletihan malam ini utuk memuat naik gambar - gambar berkenaan. Tambahan pula ruang bual bicara facebook Masyarakat Bolarotan pula hangat malam ini. Jadi saya letakkan dahulu sekeping untuk tatapan anda. Esok InsyaAllah selebihnya bakal menyusul


Antara luahan peminat sukan sepaktakraw di Facebook malam ini!

Saya akan pamerkan lauahan kekecewaan peminat sukan ini yang sya petik dari dinding - dinding facebook mereka. Nama dan identiti mereka di rahsiakan

Salam...........menyesal, menyampah & meluat tgk game malaysia. saya ni bukan la pandai mcm player malaysia yg td tu. rata2 yg main td tu kalau game kat luar nama dia org je dok dlam kotak.....terutama tekong yg main di set pertama sebelum di tukar. kalau sy la yg duduk kat tmpt tu rasa menyesal dan bersalah pada diri sendiri main mcm budak baru belajar dan tak pernah training. fikir la..........tujukkan la diri tu bagus kalau nak demand harga, nak elaun tinggi. bukan main kat luar negara, main kat negara sendiri. tido pun bg hotel........psm fikir2 la harus kah player mcm ni ada dlm skuad msia. dan jurulatih buka lah mata kalau dah player dlm set pertama jer 7 kesilapan dr tekong yg memberi mata pd lawan tukar je lah tak yah lah nak tggu2 lg. kalau mcm tu baik bg saya je yg jahil dalam takraw ni main dah tentu kalah.

Kalah jer mesti soal elaun yg dipertikaikan....sorry 2 say lah der...kena terima hakikat kita ketandusan pemain yg berkaliber....kalau mcm ni lah team malaysia,3 thn lg pun kita xan mampu beat thai....


Lawan tetap lawan,
Agar mampu membawa kejayaan, 
SEA, Super Siries akan berterusan. 
Mari tenung & lihat kesimpulan Persatuan


Barisan Exco PSM pasti ada penjelasan...

kalau pelatih plkn wajib jalani latihan untuk negara,,kenapa pemain takraw pun xleh nak buat mcm tu,,ambil tindakan kepada majikan yang tidak mahu lepaskan pemain2 ,,tapi biar berbaloilah dengan pengorbanan pemain2 itu,,elaun bayar lebih sikit,,ada setuju x?

Beza sikap pemain kita dgn pemain negara lain,cth pemain jepun,korea,india dan china,mereka sendiri mempunyai inisiatif sendiri dlm memantapkan skil permainan mereka,sanggup mengeluarkan belanja sendiri utk dtg ke negara2 yg baik permainan takrawnya,dtg untuk belajar dan menguasai skil permainan,tp pemain kita.....?dimana sikap patriotik mereka,andai kalah dlm sesuatu kjohanan,adalah alasan untuk menyalahkan org lain...elaun murah lah,keje tak bagi lah,makan x ckup lah....latihan penat lah,,,,sampai bila hal yg agendanya sebegini akan berakhir...

TEKONG Msia patut dibuang ! Cari yang lebih berkualiti.

Menyirap aku tgk man kuda.. Punya ramai kaki takraw kt msia ni, xde tekong yg lg bgus dr die ke? Adik aku serve bola belon je, tp bola lps gelanggang sblah.. Sakit hati gua tgk tekong msia..

Saya ni xde le minat sgt takraw ni.. Tp klu mcm tu le msia main saya rasa pas ni PSM kena le jujur dlm buat kenyataan kat media.. Ckp je regu kita x cukup bagus lg nak lwn siam tu.. Xde le peminat sume tertipu..

hahaha...kriangkrai yg dah mng gold kat guangzhou pun trun league buh kasut dlm plastik sayoq ja, stokin bdak sek zaman dolu, yg pntg serve permainan bergaya dan berjaya...hehe..

24 July 2011

Thailand menang!

Nanti saja baru saya tulis..tengah takde mood...

Malaysia v Thailand - adakah sejarah hitam terus tertulis?

Kedua - dua set di bawah sepuluh mata. Mata yang diperoleh juga hanyalah keran servis pihak lawan yang sangkut atau terkeluar...
Apakah nasib Malaysia?

Thailand muncul juara kategori wanita!

Seperti di duga, tiada masalah buat Thailand untuk muncul juara bagi kategori ini dengan mutu permainan yang cukup baik di tunjukkan. Satu perkara yang dapat diperhatikan di sini ialah Thailand tidak hanya meletakkan segala - galanya ke atas kelajuan atau ketajaman, tetapi kemampuan membaca gerak lawan, ruang kosong serta kawalan dan tackling yang baik menjadi kunci kejayaan mereka.

Hadangan yang tinggi dan baik dari Thailand

Servis hentak yang baik dari tekong kedua Thailand ini

Kawalan gelanggang yang baik


Tahniah kepada skuad Thailand. Selain itu mereka juga kelihatan sangat 'sporting' dalam melayan peminat - peminat mereka dari Thailand mahupun dari Malaysia

Perlawanan akhir wanita : Thailand v Vietnam

Regu dari Thailand menepati ramalan apabila mudah menundukkan Vietnam pada set pertama. Gaya permainan yang setanding pemain lelaki membolehkan regu Thailand mudah mengucar - kacirkan rentak permainan regu Vietnam. Tekong kuda Vietnam nampaknya tidak berjaya membantu regunya dengan servis kerana mutu kawalan gelanggang Thailand yang sangat baik.


Tekong set pertama Vietnam

Libasan kaki kiri oleh apit kanan Vietnam

Apit kiri Vietnam yang bagus permainannya

Tekong Thailand

Thailand melakukan regangan sebelum masuk ke gelanggang - dan ya!!! Penonton bersorak!

Kini Vietnam menukar strategi, memasukkan tekong kanan yang memiliki gaya servis yang pelbagai.  Thailand nampaknya mula menghadapi rentak lain dalam permainan. Vietnam sedang mendahului 10 - 6

Thailand menepati ramalan

Thailand bagai tidak tercabar dalam saingan separuh akhir kedua menentang Myanmar. Menang 3 - 0 dengan tidak menurunkan barisan terkuatnya, Thailand mudah melangkah ke akhir menentang Malaysia lebih kurang 1 jam dari sekarang.

Penyokong Thailand bersorak untuk pasukan mereka

Pornchai melakukan libasan dari tengah gelanggang

Servis padu

Selain sokongan padu penyokong mereka, peminat sepaktakraw tempatan juga seolah mula membanding - bandingkan kemampuan Thailand dengan skuad negara. Melihat kepada kawalan gelanggang dan kemampuan menyerap tekanan, jelas pemain Thailand di lihat memiliki kelebihan dalam aksi akhir nanti.

Update - Thailand vs Myanmar

15 - 11 , 15 - 7 , Thailand sedang mendahului Myanmar. Lonjakan tinggi apit kanan - Pornchai begitu sukar di hadang oleh apit kanan Myanmar. Kriangkrai masih direhatkan dan Anuwat juga sekadar memerhati. Penyokong Thailand juga ramai di stadium ini menyorak pasukan kebangsaan mereka.


Siriwat Saka yang mirip wajahnya seperti Nabil Raja Lawak menggunakan kaki kirinya dengan pelbagai jenis servis untuk mengutip mata. Ketika di Sukan Asia GuangZhou, dia lebih banyak menggunakan servis sepak namun kini, servis kuda lebih banyak digunakan sebagai senjata. Set ketiga sedang berlangsung dengan kedudukan sekarang Thailand 6 - Myanmar 4

Malaysia layak ke akhir!

Antara penyokong Malaysia yang membanjiri stadium

Alhamdullillah! Malaysia layak ke akhir! Menewaskan Singapura dengan 3 - 0; 15 - 7, 15 - 13 dan 15 - 4 dengan kelima - lima pemain beraksi, Syazwan (Ah Seng), Nurazman (Man Kuda) Helmi (Amy) Shaharudin (SinChan) dan Farhan (Emon) menunjukkan prestasi yang baik. Walaupun sepatutnya Thailand terlebih dahulu bermain di separuh akhir tetapi perubahan jadual membolehkan peminat Malaysia bersorak lebih awal.




Myanmar dan Thailand sedang bersedia di gelanggang sekarang. Zubir akan menjadi pengadil untuk separuh akhir kedua ini. Nantikan update dari kami

LIntas langsung dari Titiwangsa

Perlawanan spearuh akhir Malaysia vs Singapura sudah memasuki set ketiga. 
Malaysia menang di kedua - dua set dengan 15 - 7 , 15 - 13.
Ah Seng, Amy dan Farhan beraksi untuk 2 set pertama. Kini Shaharudin dan Man Kuda pula beraksi. Dapatkan lintas langsung terus dari Facebook Masyarakat Bolarotan

Update ISTAF 2011 Wanita



Baru sahaja berlangsung perlawanan separuh akhir kedua kategori wanita di antara Thailand menentang China. Sekiranya anda masih ingat ketika di Guangzhou lalu, regu wanita China berhempas pulas menentang Vitenam di perlawanan akhir. Namun kini mereka ditunjukkan jalan keluar mudah dengan kuasa sepaktakraw dunia Thailand.


3 - 0, Thailand membenamkan regu China ini. Thailand mara ke akhir dan bakal bertemu Vietnam dalam aksi lewat petang ini. Regu wanita Thailand pernah tumpas kepada regu Vietnam dalam beberapa kejohanan terdahulu. Maka, dapatkah Thailand mengekang prestasi hebat regu Vietnam ini? Sama - sama nantikan.

Keputusan terkini - Wanita Malaysia tewas!

Regu wanita Malaysia akhirnya terkandas di separuh akhir. Kekalahan 1 - 3 kepada Vietnam bakal menyaksikan kemungkinan besar Vietnam bakal bertemu regu pilihan Thailand yang sedang beraksi di separuh akhir kedua.


Tahniah kepada regu wanita walaupun tidak berjaya ke akhir. kerana tetap memberikan saingan kepada Vietnam yang juga antara pilihan kejohanan ini.

Sekitar perlawanan hari kedua

Berikut adalah sekadar beberapa gambar yang dapat saya kongsikan. Saya tidak dapat hampir ke gelanggang kerana mesin pencetak pas wartawan saya (yang telah dihantar awal) tidak dapat dicetak kerana kehabisan warna..Boleh ek camtu?

Abang yang angkat tangan ini merupakan pemenang bertuah skuter Naza

Laptop bukan main banyak..tapi....

Hadangan yang baik dari apit kanan Korea

Sebahagian dari penyokong Myanmar yang hadir


Suasana stadium di luar kaca TV

Persaingan sengit


Pertembungan Malaysia dan Thailand di peringkat separuh akhir tidak menjadi!


Seperti yang saya tulis semalam, di atas kertas Malaysia di atur untuk berentap dengan Thailand di separuh akhir. Namun hasrat konspirasi ini berjaya di gagalkan pagi tadi.

Orang - orang kuat PSM masing - masing terkejut apabila melihat carta yang sudah di cetak itu sebelum jam 11 pagi tadi dan mengemukakan bantahan. Mujurlah ia berlaku sebelum borang dan maklumat perlawanan sempat diserahkan kepada pengurus perlawanan!

Wakil UFA Sports dan ISTAF mengakui 'kesilapan' itu. Maka rombakan jadual berlaku sekali lagi dan menyaksikan Malaysia yang sepatutnya bertemu Laos pada suku akhir bertukar kepada pertemuan dengan Filipina. Hasilnya Malaysia menang 3 - 0 dan layak ke separuh akhir esok menentang Singapura. Perlawanan di jangka berlangsung sekitar 4.30 atau 5 petang. 

PSM seharusnya lebih berhati - hati dengan keadaan ini. Jangan hanya lepas tangan sedangkan PSM adalah tuan rumah. Semoga kejadian ini tidak berulang dan semoga Malaysia layak ke akhir dan mampu muncul juara!

23 July 2011

Malaysia bertemu Thailand di separuh akhir?

Ya..itu yang bakal berlaku. Ada yang menyalahkan jadual, ada yang mengatakan ia satu konspirasi mengaibkan Malaysia di laman sendiri dan ada juga mengaitkan tangan - tangan ghaib di dalam ISTAF.

Malaysia bakal berdepan Taiwan esok pada jam 8.45 pagi. Kelayakan automatik Malaysia ke pusingan ini juga menjadi perbincangan hangat kerana ia di lihat tidak perlu melainkan atas dasar menarik penonton ke stadium. Namun, jika itu asasnya mengapa pula Malaysia perlu berdepan Thailand pada pusingan separuh akhir? Dengan kemampuan regu sekarang adakah anda merasakan kita mampu menundukkan Thailand pada separuh akhir kelak?

Di atas kertas, Malaysia di lihat tidak bermasalah menewaskan Taiwan yang masih hijau. Namun yang menanti di peringkat seterusnya ialah Laos. Prestasi Laos juga di lihat cukup membimbangkan Malaysia. Andainya rezeki milik kita menumbangkan Laos, maka Thailand menanti di kotak separuh akhir. 

Di bahagian lain pula, Korea Selatan di lihat sebagai pilihan ke separuh akhir. Vietnam di lihat mampu memberi cabaran kepada Korea Selatan tetapi, Vietnam sendiri terpaksa bergelut untuk menewaskan Iran.

Saya dan peminat lain juga pastinya sangat mengharapkan pasukan negara yang di barisi oleh Man Kuda, Sinchan, Emon, Ah Seng dan Amy mampu membawa kemenangan. Kita juga tidak memandang rendah kemampuan mereka. Cuma yang agak pelik ialah, bagaimana jadual ini di susun. Oh tidak mengapa, saya tidak mahu mempertikai soal teknikal. Cuma saya berharap regu Malaysia mampu membuat kejutan dan menundukkan Siam dan ini adalah lokasi terbaik untuk mereka berbuat demikian. 
Mungkin Malaysia sudah ada jawapan untuk servis Kriangkrai!

22 July 2011

Video skuad World Cup ISTAF iran vs KERIS (Media Malaysia)

Berikut ialah video rakaman perlawanan regu Iran yang menumpaskan China 3 - 0 semalam di kejohanan Piala Dunia Istaf. Mereka ketika ini baru sahaja tiba di Kuala Lumpur selepas terkandas di KLIA selama lebih 4 jam apabila tiada wakil penganjur menjemput mereka dari lapangan terbang.


Regu KERIS di wakili oleh Zubir, Azhar dan Izan


Klik di sini untuk menonton

ISTAF World Cup 2011 Kuala LUmpur - Jadual Perlawanan

Berikut adalah jadual perlawanan hari kedua


22 Julai 2011
Kategori Lelaki
0800 - 0900 - Peranchis vs Myanmar
0900 - 1000 - USA vs Indonesia
1000 - 1100 - India vs Kemboja
1100 - 1200 - Pakistan vs Laos
1200 - 1300 - Bangladesh vs Thailand
1300 - 1400 - Sri Lanka vs Singapura / Australia vs Jepun
1400 - 1500 - China vs Vietnam / Taiwan vs Peranchis
1500 - 1600 - Indonesia vs Switzerland
1700 -1800 - Korea Selatan vs India


Kategori Wanita
0900 - 1000 - Filipina vs India
1000 - 1100 - Thailand vs Kemboja
1100 - 1200 - China vs Indonesia
1600 - 1700 - India vs Vietnam
1800 - 1900 - Korea vs Myanmar 


Pasukan lelaki dan wanita Malaysia layak automatik ke pusingan suku akhir atas tiket tuan rumah

Kejohanan Piala Dunia ISTAF Kuala Lumpur 2011



Bolarotan.com telah dijemput untuk membuat liputan kejohanan besar ini namun kerana kekangan tugasan dan krew Bolarotan.com yang terhad, kami tidak dapat membuat liputan penuh. Namun, kami akan mencuba sebaik mungkin memberikan maklumat kepada peminat sepaktakraw sekalian.

Sebagaimana yang diketahui, kejohanan ini merupakan julung - julung kalinya di adakan dalam suasana begini. Penjenamaan baru secara besar - besaran sedang berlaku. Gelanggang berwarna merah menggantikan warna hijau yang telah diguna sekian lama. Sistem kiraan mata baru 'Best of 5' digunapakai. 5 pemain bagi setiap regu dan bebas keluar dan masuk persis Bola Tampar / Bola Keranjang serta jersi - jersi baru - sama ada berlengan atau tidak mula kelihatan. Kedudukan kamera TV yang lebih baik serta siaran langsung dan ulangan dari 2 stesen TV - RTM dan ASTRO Arena memberikan khabar gembira buat peminat yang tidak berpeluang menonton secara langsung. 

Setakat semalam, Iran memberikan kejutan terbesar apabila menundukkan skuad China dengan 3 - 0. Harus di ingat, Malaysia juga nyaris kalah dengan China ketika Sukan Asia di Guang Zhou yang lalu. Maka tidak hairanlah skuad kendalian Haris Abdul Rahman yang baru berusia tidak sampai setahun ini mudah menewaskan kami regu Media Malaysia beberapa hari yang lalu. Saya akan muat naik video kekalahan kami nanti.

Berikut ialah senarai pasukan bertanding mengikut kumpulan

Kategori Lelaki
Kumpulan A - Thailand / Filipina / Bangladesh
Kumpulan B - Vietnam  / Iran  / China
Kumpulan C - Brunei / Jepun / Australia
Kumpulan D - Singapura / German / Sri Lanka
Kumpulan E - Myanmar / Taiwan / Peranchis
Kumpulan F - Indonesia / Switzerland / USA
Kumpulan G - Korea / India / Kemboja
Kumpulan H - Laos / Pakistan / Malaysia

Kategori Wanita
Kumpulan A - China / Indonesia / Malaysia
Kumpulan B - Myanmar / Korea Selatan / Jepun
Kumpulan C - Vietnam / Filipina / India
Kumpulan D - Thailand / Kemboja / Pakistan

17 July 2011

KEGEMILANGAN SUASANA SEPAKTAKRAW 90an KEMBALI DI UMP!

Gema kiraan 1...2...3..!!!! kedengaran di UMP. Semua yang hadir teruja dengan gamat serta gegak gempita  kompleks sukan UMP. Suasana ini turut di kongsi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi iaitu YB Saifudin. GASTEP B berjaya menumpaskan PESTANS 13 - 15, 15 - 13 dan 15 - 10 dalam perlawanan yang sangat dramatik. Setakat 3 siri yang sudah berlangsung ini, boleh saya katakan bahawa ini merupakan perlawanan akhir yang paling menarik! 

GASTEP B merupakan satu - satunya regu dari Pantai Timur yang layak ke pusingan separuh akhir mendapat sokongan dari penonton yang rata - ratanya dari Pantai Timur. Selebihnya dari zon tengah dan mengakibatkan suasana menjadi hangat.

Subha menjadi tumpuan penonton apabila servisnya menjadi senjata utama menumpaskan PESTANS. Kamarul pula yang beberapa kali gagal memanfaatkan peluang mendapatkan mata turut menyumbang kepada kekalahan PESTANS. Kamarul yang sudah berusia mencecah 38 tahun terpaksa akur kepada kudrat Subha dan Hafizudin yang 20 tahun lebih muda darinya walaupun Beatles hampir seusia dengannya.

Kecekapan Beatles membaca bola drop dari Pi'ie membuatkan kaedah sama yang digunakan pada set pertama tidak berkesan lagi. Tahniah diucapkan kepada Gabungan Sepaktakraw Teluk Paku atau GASTEP di atas pencapaian ini.

Nantikan update gamabr dan video dari kami pada entri akan datang! Jumpa lagi di sirkit akan datang!

Perlawanan akhir - Set penentuan!

PESTANS yang kelihatan akan menang mudah nampaknya terpaksa berdepan dengan set tambahan. Set pertama segalanya kelihatan tidak menjadi buat tekong sensasi Terengganu - Subha. Rally panjang dan servis drop Pi'ie beberapa kali memeberi mata mudah walaupun di halakan kepada Beatles. 


Set kedua, PESTANS sudah meninggalkan GASTEP B agak jauh. Tetapi servis Subha mula menjadi dan hasilnya mereka berjaya mengejar dan menang 15 - 13.


Nantikan update dari kami

PENSTANS menang lagi!

PESTANS yang sejak awal menjadi pilihan untuk menang kategori IPTA/S & Bawah 19 muncul juara dengan kemenangan 2 - 0 ke atas Politeknik Kota Bharu. Servis konsisten Aizat dan kawalan gelanggang yang baik dari Ayong berjaya membuatkan gelaran juara milik mereka.


Aizat yang telah pun mencuba untuk kali ketiga di KFC - Utusan 2011 ini akhirnya berjaya dalam kategori ini. Sebelum ini Aizat muncul dalam kategori terbuka. 


PESTANS menang dengan 15 - 12 , 15  -13.

PESTANS ke akhir!!!

PESTANS mengulanginya! Kali inidengan bekas apit kanan ATM  -  Kamarul zaman Sattar serta apit kiri yang semakin popular - Budin menjinakkan R10. Mat Meriah yang mendahului 9 - 2 pada set kedua tumpas dengan 15 - 13.

Perlawanan akhir akan bermula pada jam 1 dimulakan dengan kategori IPTA/S & Bawah 19. Di ikuti pada jam 2 petang untuk kategori bawah 15. Perlawanan pertunjukkan di antara krew dan artis jemputan. Regu artis akan di barisi oleh Yazer dan Afif AF dan di kemudi oleh Suhaimi Yusop. Mereka akan menetang regu Krew teknikal dengan Pengadil terkenal Zubir sebagai tekongnya. Nantikan update dari kami.

GASTEP B ke petak akhir!

Subha, salah satu nama tekong yang digeruni di Terengganu selain Sobey membuktikan selain servis kudanya yang ampuh, servis drop nya cukup berkesan. Saiful P.Ramlee beberapa kali terperangkap dengan servis drop Subha. Namun, permainan lebih terarah kepada kekuatan kedua - dua tekong. Subha vs Kemong! Itu ungkapan paling tepat yang saya boleh katakan.

Subha dengan servis hebatnya

15 - 13 dan 15 - 11. GASTEP B tenang untuk mennag dengan di kemudi apit kiri berpengalaman Jamery Idris atau Beatles yang tidak berdepan masalah dengan servis laju Kemong. Atan, apit kanan MPSJ C terpaksa di keluarkan kerana kurang berkesan dan di gantikan dengan pemain ternama - Mat Hassan. Walaupun Mat Hassan sering di lihat bermain sebagai Tekong. Tetapi kepada yang mengenalinya, Mat Hassan sebenarnya terkenal sebagai apit kanan sewaktu beraksi dengan UMBC dan Universiti Malaya. 

Mat Hassan melakukan hadangan

Kemasukan Mat Hassan di lihat menyuntik semangat baru kepada MPSJ. Balingan konsisten Mat Hassan membolehkan Kemong melakukan servis dengan berkesan. Walaubagaimanapun nasib tidak menyebelahi mereka.

Pengulas ASTRO (Pekan Ramli)

Perlawanan seterusnya ialah di antara pemain kegemaran saya - Mat Meriah menentang Kamarul. Mat Meriah bersaing atas nama R10 dan Kamarul dengan PESTANS. Nantikan update dari kami

Pasukan IPTA/S & Bawah 19 Separuh akhir

Politeknik Kelantan B

Politeknik Kelantan A

UITM Shah Alam

PESTANS

Perlawanan Separuh Akhir Kategori Bawah 15 dan IPTA/S

Sedang bersedia di gelanggang kini ialah pertarungan separuh akhir bawah 15 dan IPTA/S. SSTBN atau Sekolah Sukan Terengganu Bukit Nenas memonopoli senarai separuh akhir apabila mengisi 3 dari 4 slot. Satu lagi di isi oleh MSS Kelantan. Pastinya semua dari mereka menggunakan servis kuda!

Bagi kategori IPTA/S & Bawah 19 pula, persaingan sengit di lihat bakal berlaku. UITM Shah Alam yang hadir bersendirian bakal berentap dengan Politeknik Kelantan; yang cemerlang dengan kedua - dua regu mereka layak ke separuh akhir. Politeknik B pula bkala berdepan tugas sukar apabila terpaksa mengadap regu pilihan PESTANS yang diperkuat oleh Aizat dan Ayong.

Bagi kategori terbuka pula MPSJ C akan berdepan GASTEP B dan R10 akan bertemu PESTANS. Siaran langsung bakal dapat disaksikan di Astro Arena pada jam 10 pagi.

Update Zon Timur

Capaian Internet sangat perlahan. Sama ada menggunakan 3G mahupun LAN, kami hanya mampu mengeluh kerana tidak dapat berbuat apa - apa. Tetapi ia tidak mematahkan semangat kami melaporkan maklumat terkini mengenai KFC - Utusan 2011!

Jai (TKP) bermain untuk KEME Caterer melakukan libasan

Bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 9.35 malam. 112 regu dari 3 kategori berentap untuk mendapatkan tempat ke saingan separuh akhir. Suasana yang hampir sama berlaku di Alor Setar berulang kembali di UMP ini. Oh..bukan mengenai protes seluar yang tidak sama! Tetapi suasana perlawanannya. Isu seluar dapat kami tangani dengan baik kali ini. Saya telah cuba mendapatkan beberapa set seluar untuk dijual kepada pasukan yang mempunyai masalah seluar tidak seragam. Bayangkan anda pergi bermain bowling tetapi tidak membawa stokin, maka anda akan membelinya di kaunter bukan? Ya...begitulah yang dilakukan tadi.

GPMS A yang di wakili Berong (blocking) dan adiknya

Senario yang hampir sama maksud saya ialah bunyi sepakan bertalu - talu servis kuda hampir disetiap penjuru. Dari kategori bawah 15 sehingga kategori terbuka, serivs kuda di lihat di mana - mana sahaja malah seolah - olah servis ini mendominasi permainan. Namun kebanyakan kuda pulang awal. Hahahaa..maksud saya pemain berservis kuda pulang awal! Servis hentakan kekura dalam kaki dan drop menjadi pilihan kebanyakan pemain senior masih utuh mencapai kemenangan. 

PESTANS A (Kategori Bawah 19) ini antara pilihan juara

Bagi kategori terbuka, nama - nama seperti Shafiq, Berong , Panjang ATM, Koyo, Hasrul PDRM, Kaz Otto, Rahman Perak, Hamiekhairi dan beberapa lagi terpaksa menggigit jari apabila ditewaskan lawan masing - masing. Putra dan Suhaimi serta Seli (PKNS C) terpaksa berputih mata apabila tumpas kepada Belia Kuala Terengganu yang meletakkan tekong kuda berusia 18 tahun sebagai taruhan. Hasrul PDRM tewas pada pusingan pertama apabila mewakili GPMS B. Mereka di tundukkan pemain veteran Yusof Chik - tetapi Yusof Chik kali ni bertindak sebagai tekong. 

Koyo yang bergandingan dengan Nana dan Seli (kidal) pada mulanya antara regu pilihan untuk meletakkan 2 regu MPSJ di kotak separuh akhir. Namun dikecewakan regu yang sama menewaskan Putra. Kelibat Narong juga ada di sini tetapi hanya mampu layak ke pusingan ke 2 apabila ditunjukkan jalan keluar oleh regu Pengkalan Chepa. Regu ini kemudiannya menumpaskan Keme Caterer yang diwakili oleh Jai (TKP), Kuak dan Rahman Perak. Abang kepada Rahman, Hamid juga beraksi dengan UMNO Taiping tetapi tewas kepada regu R10 - yang dikuatkan oleh Mat Meriah, Saiful (PDRM) dan Bagan.Regu Mat Meriah terpaksa berhadapan dengan laluan berliku sebelum layak ke separuh akhir. 

Jamery Idris atau dikenali sebagai Beatles yang pernah mewakili negara satu ketika dulu berjaya mengisi satu lagi slot separuh akhir. Beraksi atas nama GASTEP, Beatles yang menjadi ketua regu di bantu oleh 2 pemain muda yang cukup mantap. Manakala satu lagi slot separuh akhir dilengkapkan dengan MPSJ C yang di wakili oleh Saiful P.Ramlee, Atan (TKP) dan bakat baru iaitu Kemong. Kemong yang baru sahaja di bawa pulang oleh PENSTANS untuk beraksi untuk skuad Negeri Sembilan menunjukkan kematangan permainan yang cukup baik. Selain servis kudanya yang deras, bola drop ala air terjunnya juga kerap memerangkap lawan.


<iframe width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/embed/WKnbprPfKp8" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Paling menarik apabila Kemong berdepan dengan seteru utamanya sejak dibangku persekolahan lagi. Siapa lagi kalau bukan tekong sensasi Terengganu iaitu Sobey. Bermain atas nama majikannya iaitu Majlis Perbandaran Kemaman, SObey mencuri tumpuan penonton dengan servis derasnya. Namun Kemong membuktikan dia lebih layak mara ke separuh akhir menumpaskan regu MPK dengan 2 - 0.