02 July 2011

Bintang Baru - Mohd Shahir Mohd Rosdi

Baru berusia 15 tahun, tetapi ketinggiannya sudah mencecah hampir 180cm. Pelajar tingkatan 3 SMK Mutiara Impian, sebuah sekolah sukan di Pulau Pinang ini terpilih untuk menghiasi ruang Bintang Baru ini - Mohd Shahir Mohd Rosdi.

Regu Mutiara Impian Bawah 15 tahun

Dari hari pertama , susuk tinggi lampai ini mula menarik perhatian saya dan penonton lain apabila gaya melakukan servisnya persis tekong hebat Thailand - Suebsak Puensab. Berstoking tinggi putih membuatkan badannya kelihatan tinggi umpama pemain dewasa yang lain.


Servis kudanya kerap kali membuahkan mata. Kawalan gelanggang dan wajah bersahaja membuatkan pihak lawan sukar mencari kelemahannya. Sejak hari pertama lagi saya sudah menduga regunya bakal layak ke pusingan akhir. Hari ini, ia menjadi kenyataan dan bakal berentap dengan SM Gunung Rapat sebentar nanti.


Mula bermain secara serius sejak 4 tahun lalu, Cikgu Syed selaku jurulatih banyak membimbing bintang muda ini. Dengan sokongan dari pihak sekolah serta MSN Pulau Pinang, saya percaya pemain ini mampu pergi lebih jauh lagi. Saksikan temubual bolarotan.com bersama pemain ini.



5 comments:

  1. dia mmg best p0n..adik aku main dgn msn kedah p0n klah dgn dia psingan ke2

    ReplyDelete
  2. Sayangnya dia kalah perlawanan akhir tadi

    ReplyDelete
  3. Akhirnya jadi tekong Malaysia. Hebat budak ni

    ReplyDelete
  4. Akhirnya jadi tekong Malaysia. Hebat budak ni

    ReplyDelete
  5. akhirnya jadi the best tekong in the world.. hebat..!!

    ReplyDelete