01 July 2011

Fauzi Ghazali kembali menggegarkan arena sepaktakraw


Fauzi Ghazali, satu nama yang pernah membarisi pemain Malaysia bersama - sama Firdaus, Hanif, Ariffin Pawanteh, Aznan, di mana insiden prestasi negara merudum dan isu penyalah gunaan dadah dan disiplin. Saya sendiri pernah merasai pengalaman berentap dengan beliau ketika Kejohanan Antara Kakitangan Universiti Malaysia. Diwaktu itu beliau berada di kemuncak prestasi dan UIAM menjadi gelanggang saksi UUM menjulang kejayaaan.

Kali ini, selepas hampir 10 tahun, susk tubuh Fauzi Ghazali hampir saya tidak kenali. Dengan berjambang dan gaya santai, beliau hanya mengenakan seluar 'track' umpama pemain amatur biasa ketika di gelanggang. Saya hanya mula sedar apabila memerhatikan gaya hentakkan hujung kaki kanannya ke lantai sewaktu melakukan servis.

Servis yang masih mampu membawa mata kepada regunya

Masih ampuh dan berbisa servisnya. Bola drop dan ke sasaran 5 dan 7 masih menjadi senjata utama. Di apit oleh Zam, bekas pemain Pulau Pinang dan adik Azaln Mubin, Sam menentang regu JPS yang bagi saya cukup baik mutu permainannya. Tetapi jelas, pengalaman regu muda JPS tidak mampu menyaingi Fauzi. Saksikan video GPMS yang diwakili oleh Fauzi menentang JPS. Untuk pengetahuan pembaca, JPS di latih oleh bekas pemain negara iaitu Abdul Malek Samsudin 


Lagi video perlawanan Fauzi dalam entri seterusnya...

1 comment:

  1. Hari ini fauzi ghazali telah pergi meninggalkan kita...al fatihah

    ReplyDelete