13 July 2011

Filem berkaitan Sepaktakraw bakal muncul?

Filem Libas yang tertangguh tayangannya untuk satu tempoh yang agak lama bakal menemui anda di pawagam seluruh negara pada 29 September 2011 ini. Walaupun ramai yang tertanya - tanya mengenai filem ini kerana sedutan dan 'teaser' nya sudah lama berada di youtube, akhirnya segala halangan menayangkannya terjawab.

Namun, Libas nampaknya akan ada pesaing. Bukan dari David Teo (Metrowealth) atau Shamsul Yusof (Skop Production). Tetapi dari tanah seberang - Indonesia. Satu penggambaran filem yang dijangka diberi tajuk RAGA 11 11 11 sudah dimulakan prosesnya. Adakah ia akan lebih baik dari Libas?

Barisan pelakon yang terdiri dari pemain - pemain sepaktakraw sendiri

Pada mulanya, saya menjangkakan Libas bakal menggunakan khidmat pemain - pemain negara bagi menjayakan filem tersebut. Tetapi sebaliknya berlaku. Rosyam Nor dan beberapa pelakon lain seperti Johan Rajalawak tidak melakukan aksi mereka sendiri, sebaliknya mendapat khidmat stunt - man. Berbeza dengan filem Raga yang bakal di siapkan ini, kebanyakkan dari mereka merupakan pemian sepaktakraw. Maka saya dapat menjangkakan pergerakan mereka jauh lebih lembut dan tangkas berbanding Rosyam Nor.

2 comments:

  1. Libas agak mengecewakan sbmrnya. Byk feedback aku dpt pasal production ni hingga mencacatkan kehebatan seni takraw. Aku dah tgk beberapa scenes.....hampa.

    ReplyDelete
  2. Fenrizian - Adakah kerana mutu teknologi atau tenaga produksi yang kurang mahir?

    ReplyDelete