17 July 2011

KEGEMILANGAN SUASANA SEPAKTAKRAW 90an KEMBALI DI UMP!

Gema kiraan 1...2...3..!!!! kedengaran di UMP. Semua yang hadir teruja dengan gamat serta gegak gempita  kompleks sukan UMP. Suasana ini turut di kongsi oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi iaitu YB Saifudin. GASTEP B berjaya menumpaskan PESTANS 13 - 15, 15 - 13 dan 15 - 10 dalam perlawanan yang sangat dramatik. Setakat 3 siri yang sudah berlangsung ini, boleh saya katakan bahawa ini merupakan perlawanan akhir yang paling menarik! 

GASTEP B merupakan satu - satunya regu dari Pantai Timur yang layak ke pusingan separuh akhir mendapat sokongan dari penonton yang rata - ratanya dari Pantai Timur. Selebihnya dari zon tengah dan mengakibatkan suasana menjadi hangat.

Subha menjadi tumpuan penonton apabila servisnya menjadi senjata utama menumpaskan PESTANS. Kamarul pula yang beberapa kali gagal memanfaatkan peluang mendapatkan mata turut menyumbang kepada kekalahan PESTANS. Kamarul yang sudah berusia mencecah 38 tahun terpaksa akur kepada kudrat Subha dan Hafizudin yang 20 tahun lebih muda darinya walaupun Beatles hampir seusia dengannya.

Kecekapan Beatles membaca bola drop dari Pi'ie membuatkan kaedah sama yang digunakan pada set pertama tidak berkesan lagi. Tahniah diucapkan kepada Gabungan Sepaktakraw Teluk Paku atau GASTEP di atas pencapaian ini.

Nantikan update gamabr dan video dari kami pada entri akan datang! Jumpa lagi di sirkit akan datang!

No comments:

Post a Comment