22 July 2011

Kejohanan Piala Dunia ISTAF Kuala Lumpur 2011



Bolarotan.com telah dijemput untuk membuat liputan kejohanan besar ini namun kerana kekangan tugasan dan krew Bolarotan.com yang terhad, kami tidak dapat membuat liputan penuh. Namun, kami akan mencuba sebaik mungkin memberikan maklumat kepada peminat sepaktakraw sekalian.

Sebagaimana yang diketahui, kejohanan ini merupakan julung - julung kalinya di adakan dalam suasana begini. Penjenamaan baru secara besar - besaran sedang berlaku. Gelanggang berwarna merah menggantikan warna hijau yang telah diguna sekian lama. Sistem kiraan mata baru 'Best of 5' digunapakai. 5 pemain bagi setiap regu dan bebas keluar dan masuk persis Bola Tampar / Bola Keranjang serta jersi - jersi baru - sama ada berlengan atau tidak mula kelihatan. Kedudukan kamera TV yang lebih baik serta siaran langsung dan ulangan dari 2 stesen TV - RTM dan ASTRO Arena memberikan khabar gembira buat peminat yang tidak berpeluang menonton secara langsung. 

Setakat semalam, Iran memberikan kejutan terbesar apabila menundukkan skuad China dengan 3 - 0. Harus di ingat, Malaysia juga nyaris kalah dengan China ketika Sukan Asia di Guang Zhou yang lalu. Maka tidak hairanlah skuad kendalian Haris Abdul Rahman yang baru berusia tidak sampai setahun ini mudah menewaskan kami regu Media Malaysia beberapa hari yang lalu. Saya akan muat naik video kekalahan kami nanti.

Berikut ialah senarai pasukan bertanding mengikut kumpulan

Kategori Lelaki
Kumpulan A - Thailand / Filipina / Bangladesh
Kumpulan B - Vietnam  / Iran  / China
Kumpulan C - Brunei / Jepun / Australia
Kumpulan D - Singapura / German / Sri Lanka
Kumpulan E - Myanmar / Taiwan / Peranchis
Kumpulan F - Indonesia / Switzerland / USA
Kumpulan G - Korea / India / Kemboja
Kumpulan H - Laos / Pakistan / Malaysia

Kategori Wanita
Kumpulan A - China / Indonesia / Malaysia
Kumpulan B - Myanmar / Korea Selatan / Jepun
Kumpulan C - Vietnam / Filipina / India
Kumpulan D - Thailand / Kemboja / Pakistan

No comments:

Post a Comment