06 July 2011

Kejohanan Sepaktakraw Putrajaya 2011

Laporan disediakan oleh PESTAP

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW TERTUTUP DAN TERBUKA PUTRAJAYA 2011

  Kejohanan Sepak Takraw Tertutup dan Terbuka Putrajaya 2011 yang merupakan kejohanan pertama anjuran Persatuan Sepak Takraw Putrajaya (PESTAP) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya telah berjaya membawa perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat sepak takraw Putrajaya terutamanya bagi kategori terbuka. Kejohanan ini telah menghimpunkan pemain-pemain yang berada dalam skuad kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. 
 Bagi pemain Negara yang akan mewakili Malaysia dalam kejohanan dunia yang bakal tiba, ini merupakan perlawanan pemanas badan disamping menguji kemampuan mereka apabila terpaksa berdepan dengan pemain-pemain yang pernah menyarung jersi negara. Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 2000 bagi johan kategori terbuka dan RM 1500 bagi kategori tertutup telah berjaya menarik penyertaan 25 regu bagi kategori terbuka dan 28 regu bagi kategori tertutup. Dewan Pusat Kejiranan Presint 11 menjadi riuh rendah dengan sorakan peminat yang berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan terutamanya permainan dari pemain bagi kategori terbuka yang berstatus negeri dan kebangsaan. 
 Perlawanan sengit yang seolah-oleh diibaratkan sebagai perlawanan akhir adalah perlawanan separuh akhir pertama yang menyaksikan pertemuan antara antara PKNS A (Nor Azman, Nor Shahrudin dan Farhan) menentang Bkt Putra B (Ahmad Ezad, Mohd Azlan Mubin dan Mohd Syefik). Pertemuan kedua-dua regu ini menyaksikan perlawanan dibawa ke set tie break yang berkesudahan dengan kemenangan kepada PKNS A dengan kiraan mata 21-18, 18-21 dan 15-10.

KATEGORI TERBUKA
Separuh akhir pertama
PKNS A (Nor Azman, Nor Shahrudin dan Farhan) menentang Bkt Putra B (Ahmad Ezad, Mohd Azlan dan Mohd Syefik) PKNS A menang tie break 21-18, 18-21 dan 15-10.
Separuh Akhir kedua
PKNS C (Mohd Syazwan, Mohd Putra dan Arif Ramli) menentang Bkt Putra D (Saravanan, Khairul Anuar dan Khairul Bahrom) PKNS C menang 24-22 dan 21-17.
Perlawanan akhir serta penentuan tempat ketiga dan keempat tidak dijalankan memandangkan ianya melibatkan pertemuan sesama sendiri. Iaitu antara PKNS A menentang PKNS C bagi perlawanan akhir dan juga Bkt Putra B menentang Bkt Putra D bagi penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan Kategori Terbuka
Johan – PKNS C
N. Johan – PKNS A
Ketiga – BUKIT PUTRA C
Keempat – BUKIT PUTRA B


KATEGORI TERTUTUP
Separuh Akhir Pertama
Presint 14 A (suhaimi, Wafi dan Faizee) menentang PESTAP A (Halil, Hanafi dan Ridwan)
Separuh Akhir Kedua
KSP 9 C (Mohd Nadiman, Mohd Hasrul dan Zaharizat) menentang PESTAP E (Sujairi, Zaki dan Khairul Amin)

Keputusan Kategori Tertutup
Johan – PESTAP A
N. Johan – KSP 9 C
Ketiga – PRESINT 14 A
Keempat – PESTAP E

Gambar sekitar kejohanan


PKNS C (Mohd Syazwan, Mohd Putra dan Arif Ramli)


Tekong Bkt Putra B (Ahmad Ezad) masih berbisa seperti dahulu.


Regu Bkt Putra B


libasan oleh Nor Shahrudin (PKNS A) cuba dihalang oleh Mohd Azlan Mubin (Bkt Putra B)

(PKNS A)

Khairul Anuar (Bkt Putra D) cuba menghalang libasan oleh Mohd Putra (PKNS C)


Nor Azman tekong PKNS A


Johan kategori tertutup Regu PESTAP A yang dibarisi adik dan abang (tekong Halil dan abangnya Hanafi).

Bkt Putra D (Saravanan, Khairul Anuar dan Khairul Bahrom)

No comments:

Post a Comment