07 July 2011

Kejohanan Terbuka Jalan Cochrane

Pusat Kecemerlangan Sukan Jalan Cohcrane meneruskan kalendar kejohanan anjuran mereka pada hujung minggu ini. Dengan hadiah yang lebih lumayan - RM1500 untuk johan, pastinya mengundang banyak regu - regu keras sekitar Lembah Kelang. Dengan syarat 1 pemain negeri, saingan pastinya menjadi hebat.

Namun, lambakan kejohanan pada hujung minggu mungkin merencatkan sedikit kehangatan perlawanan. Piala Dato' Bandar dan Piala Presiden, Tertutup Kajang Utama antara yang bakal berlangsung pada tarikh yang sama.

Bolarotan.com juga bakal menyertai salah satu kejohanan di atas. Bukan saya yang beraksi, tetapi salah satu regu yang pernah beraksi di Astro Arena baru - baru ini? Siapa dan regu mana agaknya ya? Sama - sama nantikan...

No comments:

Post a Comment