02 July 2011

Keputusan Bawah 15

SM Gunung Rapat berjaya membuktikan mereka lebih berhak menang apabila menundukkan Mutiara Impian dengan 2 - 0. Servis kuda Shahir, tekong Mutiara Impian nampaknya gagal membantu pasukannya menang berbanding dengan perlawanan - perlawanan terdahulu. Servis hentak dari tekong SM Gunung Rapat berfungsii sempurna dalam membantu mereka menang selesa.

Jurulatih SM Gunung Rapat, Suhairi Aziz sejak awal lagi meminta saya melakukan pemerhatian terhadap perbezaan 2 gaya servis ini. Dia yakin servis hentak mirip Nordin Sabarudin, Saravanan atau Ahmad Jais merupakan senjata terbaik dalam menjinakkan lawan. Ini disokong lagi dengan Fauzi Ghazali dengan gaya servis sama menjinakkan lawan mereka.

Saksikan video perlawanan di antara kedua pasukan ini.


No comments:

Post a Comment