02 July 2011

Keputusan KFC - Utusan 2011 Zon Utara

Regu juara - GPMS D

GPMS D Juara, JLJ C kempunan lagi. Itulah yang boleh dikatakan selepas perlawanan akhir kategori Terbuka di Stadium Sultan Abdul Halim. Servis 'drop' air terjun Fauzi menjadi senjata pemusnah utama pada petang ini. Kemampuan servis pelbagai dari Fauzi seolah - olah menidakkan berbelas - belas tekong kuda yang menyertai kejohanan kali ini.

GPMS D menang 2-1 di mana mereka kalah pada set yang pertama. Apit kanan JLJ C cedera menyebabkan dia terpaksa keluar dan di gantikan dengan Kamal yang kelihatan sedikit gugup.  Kesempatan ini digunapakai oleh Fauzi. Kawalan gelanggang yang baik dari Sam serta rejaman konsisten dari Zam yang turut menggantikan apit kanan sebelumnya membolehkan GPMS D pulang dengan RM2500.

Penyampaian hadiah dibuat oleh Datuk Bandar Alor Setar.

Nantikan lebih gambar dan video, hanya di Bolarotan.com

No comments:

Post a Comment