02 July 2011

KFC - Utusan 2011 Zon Utara update

Tepat jam 2.25 pagi, tamatlah saingan pusingan suku akhir bagi kategori Terbuka dan bermakna tamatlah keseluruhan 104 perlawanan dalam tempoh 17 jam perlawanan! Wow..inilah tempoh paling lama sepanjang hidup saya bersama sukan ini bagi satu - satu kejohanan. Pastinya pelbagai perkara suka dan duka berlaku. Begitu juga dengan keputusan yang dapat diterima dengan hati terbuka mahupun yang mengguris hati. Kecederaan dan kemalangan turut berlaku sebagai rencah dan rempah kejohanan hebat ini.

Suhairi diberi bantuan dari PBSM

Tetap meneruskan permainan walau cedera

Saya tidak mahu menulis mengenai keputusan terlebih dahulu, tetapi ingin berkongsi perasaan mengenai kejohanan ini. 110 regu berdaftar dengan kategori Terbuka berjumlah 56 regu dari pemain gred B sehingga  pemain yang pernah mewakili Malaysia.

Regu Adun Bayu Baling yang sangat sporting dan peramah

Idlan dan rakan seregu GPMSnya

PESTANS yang diketuai oleh Zahir


Masran, Norhisham Ghani, Ariffin Pawanteh, Fauzi Ghazali adalah antara nama - nama yang biasa didengari. Bakat - bakat baru juga banyak, terutama dari Perak dan Kedah. Kejohanan menjadi panjang kerana kebanyakan regu terbuka berakhir dengan berentap sehingga 3 set.

Kesian dengan tekong ini, mereka menanti dari pagi
 tetapi perlawanan pertamanya kira- kira jam 10 malam




Apit kanan regu ini mencuri tumpuan dengan gaya libas tonggengnya yang hebat

Pusing habis!

GPMS menerima anugerah khaas dari Utusan apabila muncul pasukan dengan penyertaan terbanyak. 12 regu untuk ketiga - tiga kategori, 2 regu mereka layak ke peringkat separuh akhir kategori Terbuka, Seharusnya regu bawah 19 tahun mereka iaitu Singa GPMS layak ke pusingan separuh akhir, tetapi nampaknya semangat kesukanan diketepikan apabila regu mereka di 'protes' atas perkara yang sangat menyakitkan hati walaupun telah menang 2-0. Alasan mereka di protes ialah SELUAR MEREKA TIDAK SERAGAM. Sekiranya mahu tahu apa yang berlaku, email kepada saya....

Kimie mengumpan bola kepada apit kanannya


Idlan mewakili regu nya untuk undian

Tekong ini harus di beri perhatian di masa akan datang

Seorang pemain nyaris patah tangannya, apit kanan SMK Tatar terselamat apabila hanya mengalami kerosakan tisu dan boleh bermain semula selepasnya. Jurulatih SMK Gunung Rapat iaitu Suhairi Aziz yang juga beraksi dalam kategori terbuka mengalami luka di hidung akibat libasan padu Masran. Tetapi kecederaannya tidak serius.

JLJ C, yang di barisi naib johan tahun lalu berjaya layak ke pusingan separuh akhir apabila menundukkan regu pilihan Norhisham Ghani, Deris dan Ijat (Langkawi) dengan straight set. Majlis Daerah Taiping pula dikecewakan 2 kali di saat akhir apabila tunduk kepada PKNS dan GPMS D. Regu Fauzi Ghazali layak dengan menang 1 mata ke atas MDT.

Adun Bayu Baling tumpas kepada UNIMAP A

USM A yang diwakili oleh KE, Shahir dan Taufik layak ke separuh akhir selepas berhempas pulas menewaskan UNIMAP A yang dikemudi oleh Kimie. Maka hasilnya, esok USM A bakal bertemu GPMS D dan JLJ C menentang GPMS H di pusingan separuh akhir.

PESTANS menentang JPS


Bagi kategori IPTA / & Bawah 19, UITM Perlis menjadi satu - satunya wakil IPTA/S yang layak ke pusingan separuh akhir. Selebihnya di isi oleh SMK Guar Chempedak dan MSNK Utara serta MSNK B. Esok MSNK Utara menentang UITM Perlis B dan SMKGC menentang MSNK B.

Rahman melakukan hadangan sewaktu menentang JLJ

Aksi mantap Rahman masih tidak mencukupi membantu regunya ke pusingan separuh akhir apbila tumpas kepada USM A pada pusingan ketiga


Bawah 15 pula menyaksikan skuad Mutiara Impian B yang diwakili tekong kuda tinggi lampai bakal bertemu SMK Tatar C. Manakala SM Gunung Rapat bakal bertemu ASTAB.

Perlawanan akan bermula pada jam 9 pagi esok

No comments:

Post a Comment