23 July 2011

Malaysia bertemu Thailand di separuh akhir?

Ya..itu yang bakal berlaku. Ada yang menyalahkan jadual, ada yang mengatakan ia satu konspirasi mengaibkan Malaysia di laman sendiri dan ada juga mengaitkan tangan - tangan ghaib di dalam ISTAF.

Malaysia bakal berdepan Taiwan esok pada jam 8.45 pagi. Kelayakan automatik Malaysia ke pusingan ini juga menjadi perbincangan hangat kerana ia di lihat tidak perlu melainkan atas dasar menarik penonton ke stadium. Namun, jika itu asasnya mengapa pula Malaysia perlu berdepan Thailand pada pusingan separuh akhir? Dengan kemampuan regu sekarang adakah anda merasakan kita mampu menundukkan Thailand pada separuh akhir kelak?

Di atas kertas, Malaysia di lihat tidak bermasalah menewaskan Taiwan yang masih hijau. Namun yang menanti di peringkat seterusnya ialah Laos. Prestasi Laos juga di lihat cukup membimbangkan Malaysia. Andainya rezeki milik kita menumbangkan Laos, maka Thailand menanti di kotak separuh akhir. 

Di bahagian lain pula, Korea Selatan di lihat sebagai pilihan ke separuh akhir. Vietnam di lihat mampu memberi cabaran kepada Korea Selatan tetapi, Vietnam sendiri terpaksa bergelut untuk menewaskan Iran.

Saya dan peminat lain juga pastinya sangat mengharapkan pasukan negara yang di barisi oleh Man Kuda, Sinchan, Emon, Ah Seng dan Amy mampu membawa kemenangan. Kita juga tidak memandang rendah kemampuan mereka. Cuma yang agak pelik ialah, bagaimana jadual ini di susun. Oh tidak mengapa, saya tidak mahu mempertikai soal teknikal. Cuma saya berharap regu Malaysia mampu membuat kejutan dan menundukkan Siam dan ini adalah lokasi terbaik untuk mereka berbuat demikian. 
Mungkin Malaysia sudah ada jawapan untuk servis Kriangkrai!

2 comments:

  1. Pastinya terkejut. Apabila senarai perlawanan tu sampai ke tangan saya rasa macam nak menagmuk pun ada..

    ReplyDelete