09 July 2011

Piala Presiden dan Piala Dato Bandar

Setiap tahun, kejohanan ini sering mengundang banyak nama - nama besar dalam arena sepaktakraw. Piala Datuk Bandar dikhususkan untuk pemain bawah 18 tahun dan Piala Presiden pula untk kategori terbuka. Satu ketika dahulu saya pernah menyertai Piala Datuk Bandar - bersama regu saya ketika itu Lan Biskut dan Majid, saya terpaksa menipu dengan menggunakan kad pengenalan orang lain kerana usia sudah menjangkau 19 tahun. Kamki terkandas di pusingan pertama apabila tumpas kepada pemain yang meningkat naik ketika itu; Tekong dari Kelang Shahril dan apit kirinya ketika itu Faka. Saya tidak tahu di mana mereka kini.

Pada tahun ini, Piala Presiden menyaksikan 26 regu telah berdaftar. Hadiah RM3000 untuk johan dan yuran penyertaan RM150 bagi setiap regu. Azlan Mubin, Putra, Suhaimi Yusop dan beberapa nama besar lain beraksi kali ini. Sayangnya Bolarotan.com tidak berpeluang membuat liputan kerana terpaksa bergegas ke Johor Bharu atas urusan kerja.

Apa yang menarik kali ini ialah, seorang bekas tekong negara yang sudah lama tidak beraksi akan memanaskan gelanggang hari ini. Beliau yang tidak merancang untuk beraksi di yakinkan dan disuruh oleh jurulatih pasukannya kerana jurulatihnya ternampak beliau ada membawa kasut tekongnya di bonet kereta sewaktu mengeluarkan jersi pasukannya.

Siapakah dia? Berbisakah lagi? Untuk mengetahui jawapannya, silalah ke Dewan Seksyen 19 Shah Alam untuk menonton aksinya. Sekiranya anda kesana, jangan lupa rakamkan video aksi beliau dan kongskian dengan Bolarotan.com. Sekiranya rakaman anda tersiar, T-shirt eksklusif Bolatoran bakal menjadi milik anda!

No comments:

Post a Comment