13 July 2011

Piala Raja Libas

Ramai yang bertanya, Bolarotan tidak membuat liputan kah untuk kejohanan ini? Kepada pembaca sekelian, malangnya say adan krew Bolarotan sedang berhadapan dengan jadual yang padat. Selain dari Kejohanan KFC - Utusan hujung minggu ini, kami juga dipenuhi dengan aktiviti perniagaan yang lain.

Menurut Pak Engku ketika kami bermesyuarat tadi, hanya 21 regu sahaja yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Meskipun hadiah yang ditawarkan lumayan, namun pemilihan hari nampaknya agak kurang sesuai kerana ia berlangsung di waktu hari bekerja. 

Khabarnya Normanizam bergandingan dengan regu lamanya iaitu Putra dan Ariff. Mereka layak ke pusingan seterusnya yang dijangka berlangsung petang esok. Antara pasukan yang ditumbangkan oleh bekas regu elit negara ini ialah regu PESTANS. 

Diberitakan juga Azlan Mubin turut beraksi. Begitu juga bekas tekong negara Ahmad Ezzat Zaki. Pemain - pemain yang pernah mewakili PKNS juga diberitakan menyertai kejohanan ini, tetapi tidak menggunakan nama PKNS. 

Buat semua pasukan yang bertanding, selamat berjaya saya ucapkan. Insyallah sekiranya ada kesempatan saya akan ke sana

No comments:

Post a Comment