11 July 2011

PKNS tunjuk belang! Piala Presiden 2011 milik mereka!

Masih segar dengan kemenangan Johan dan naib johan di Putrajaya minggu lalu, PKNS di bawah teraju Suhaimi Yusop mengganas lagi! Kali ini Piala Presiden yang berlangsung di Shah Alam milik mereka. Kalau minggu lalu 2 regu mereka ke perlawanan akhir, kali ini skripnya hampir sama. Cuma senarai pemainnya berbeza.

Azlan Mubin yang membuat kemunculan semula beraksi hebat dengan mara ke akhir bersama rakan seregunya Hafiz (MPS) dan Kecik sebagai apit kiri. Regu ini turut mengecewakan tekong sensasi Bro M atau nama sebenarnya Mohd Khaizir yang di apit oleh Kamaruzzaman Satar dan Budin sebagi apit kiri. Mereka tumpas di peringkat suku akhir.

Satu lagi regu PKNS yang mara ke akhir ialah regu Saiful Azam. Tekong yang menjaditumpuan ketika di Alor Setar lalu kerana bertindak sebagai super - sub ketika menundukkan Majlis Perbandaran Taiping dengan servis padunya ini membuktikan kemampuan dengan menumpaskan pencabar lain dan membawa PKNS yang di bantu oleh Mat Pan sebagai apit kiri.

Di satu kejohanan lain, Pusat Kecemerlangan Sukan Jalan Cohcrane hari ini menerima tamparan hebat apabila sehingga jam 10.30 pagi, hanya 7 regu sahaja yang mendaftar. Hadiah yang pada mulanya bernilai RM1500 untuk johan terpaksa di pinda kepada RM500 sahaja. Tekong kuda muda sensasi kini - Aizat bersama Ayong sebagai apit kiri dan seorang apit kanan dari Terengganu berjaya muncul juara dengan menundukkan regu Bolarotan.com dengan 2-0. Bolarotan.com diwakili oleh Shahir, Ijoi Perak dan K.E, tekong USM A yang beraksi di Alor Setar baru  - baru ini. 

Kejohanan yang bermula lewat ini hanya berjaya menarik 11 regu sahaja. Saya berpandangan ini mungkin berlaku kerana lambakan kejohanan pada hujung minggu sejak akhir - akhir ini. 

Esok. bertempat di Stadium Titiwangsa, Piala Raja Libas bakal berlangsung. Kejohanan secara liga selama 4 hari ini dijangka bakal menampilkan pasukan - pasukan dari unit beruniform seperti PDRM dan ATM malah kemungkinan besar skuad negeri yang beraksi di Super Series. Jangan lepaskan peluang menonotn kejohanan yang menawarkan RM10,000 sebagai hadiah utamanya.

Disebalik pelbagai berita kejohanan ini, Apit Kanan PKNS iaitu Hider khabarnya terpaksa berehat panjang kerana kecederaan. Kecelakaan yang berlaku ketika kejohanan di Putrajaya minggu lalu menyaksikan kaki Hider tersangkut di jaring ketika cuba melakukan libasan. Diberitakan lutut beliau mengalami kecederaan yang agak teruk. Semoga cepat sembuh!

2 comments:

  1. Kejohanan piala raja libas yang menawarkan hadiah besar nampaknya hanya berjaya menarik 24 regu sahaja untuk berantap..jika di perhatikan muka-muka pemain yang sering memeriahkan kejohanan sekitar lembah kelang sahaja memeriahkan kejohanan ini...sepatutnya kejohanan seperti ini mendapat sambutan dari persatuan sepak takraw negeri... sambutan yang kurang memberangsangkan ini mungkin disebabkan yuran penyertaan yang agak tinggi ataupun disebabkan jadual perlawanan yang diadakan pada hari bekerja...

    ReplyDelete
  2. Perancangan yang kurang teliti nampaknya. Rugi sebab wang yang dilaburkan utk menjalankan kejohanan ini cukup banyak

    ReplyDelete