15 July 2011

Presiden PSM enggan serah hadiah Piala Raja LIbas?

Di petik dari blog PESTANS



PANAS - KENAPA DATO' AHMAD???

Salam,,, Sey nak tarik perhatian sedaro smuo pasal kejadian yg berlaku di Kejohanan Piala Raja Libas semalam,,, Sey agak heran dgn tindakan presiden PSM Dato' Ahmad yang tidak turun ke bawah utk menyampaikan hadiah kepada pemenang kito sedaro Put, EJ dan cikgu Arip,,,, walhal beliau berada didalam bilik VVIP di stadium Titiwangsa,,,, yang menyampaikan hadiah semalam adalah Dato' Arshad Setiausaha Agong PSM,,,,

Kenapo camtu plak? Adokah sebab dlm aturcara tue mmg Dato' Ahmad kito ni memang tak terlibat dalam sesi penyampaian hadiah atau beliau taknak berdepan dengan pemenang kejohanan kali ni kerana isu panas antaro mereka selepas Sukan Asia Ghong Zou tempohari,,,, tepuk dada tanyo selera,,,

Sebagai peminat sepaktakraw hardcore kek Malaysia ni, sey agak tertanyo-tanyo,,, Kalau yo pun takdo dalam aturcara tu Dato' sampaikan hadiah kepada pemenang,, apo salahnya turun kebawah bermesra bersama peminat sepaktakraw Dato',,,, kito org ni smuo penyokong sukan Sepaktakraw dan seterusnya penyokong Dato' sendiri,,,, banggo kami kalau pemimpin kami turun bermesra dengan peminat sepaktakraw....

Kalau yo pun isu "Pemain Tak Berdisplin" tu masih panas lagi antaro PSM dan pemain berkenaan, apa salahnya jika kito lupokan buek sementaro pado maso tu demi peminat takraw dan kemajuan sukan ni kot.... Sey org kampung dan tak tau nak cakap pasal professionalism tapi sey raso dalam hal ni sikap professionalism antaro keduo-duo belah pihak amatlah penting,,,

Kepado Dato'... sey bukan berniat tak baik dengan Dato' tapi kitaorg sygkan sukan ni dan kito org sentiaso support Dato' atas usaha Dato' utk memajukan sukan yg kito samo-samo cintai nie,,, ini hanya pandangan dari mata kasar saya sebagai orang biasa yang meminati sukan ini,,,,

Salam 1Malaysia,,,,

No comments:

Post a Comment