15 July 2011

Regu buangan buktikan mereka lebih bagus! PSM terdiam?

Piala Raja Libas yang baru melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Lembah Pantai A dan B mara kepusingan separuh akhir dan bertemu sesama sendiri. Lembah Pantai A yang di wakili oleh Normanizam, Putra dan Ariff yang juga merupakan bekas pemain negara yang digugurkan dari skuad negara dalam kemelut pasca Sukan Asia GuangZhou diberi laluan oleh Lembah Pantai B yang diperkuat dengan Ahmad Ezzat Zaki, Koyo dan Sifu Rosli Abdul Rahman. Umpama peluang membalas dendam di hidangkan, PSM A yang di wakili oleh Nasuha (apit kiri), Fadil (Tekong) dan Fadzli (Apit Kanan) terpaksa menerima hakikat yang regu buangan PSM yang lebih senior dari mereka berada di tahap yang lebih tinggi.

Disaksikan sendiri oleh Datuk Arshad dari tempat duduk VIP, Normanizam dengan servis konsisten dan kawalan gelanggang yang baik di bantu dengan baik melalui umpanan kemas Ariff serta pelbagai teknik libasan Putra. Fadzli, Apit Kanan PSM A memiliki lonjakan tinggi serta kemampuan 1st ball menggunakan  kepala yang unik gagal menyaingi Putra. Libas gulung kidalnya juga kerap sangkut di jaring.

Fadil, tekong kuda dari ATM yang baru sahaja menyertai skuad negara sejak bulan Mei lalu mengagumkan penonton apabila mengutip mata demi mata di saingan separuh akhir dengan servis ampuhnya. Malah, gaya 1st ball serta kawalan gelanggangnya cukup bersahaja walaupun servis Normanizam cukup padu menerjah kakinya. Nasuha sebagai Apit Kiri juga merupakan seorang lagi pemain ATM yang menyertai skuad Malaysia kali ini. Saiz yang sangat berpadanan dengan posisinya ini  cukup tenang dalam mengendalikan gelanggang. Namun servis Normanizam jarang sekali ke arahnya.

Kemenangan bernilai RM10,000 ini ditambah dengan hadiah separuh akhir yang dikutip regu Lembah Pantai B membolehkan mereka membawa pulang sekurang - kurangnya RM12,000. Satu nilai lumayan untuk kejohanan sebegini. Malah, hadiah Super Series kendalian PSM juga tidak selumayan ini.

Saksikan video rakaman perlawanan akhir ini buat anda menilai tahap permainan kedua - dua regu. Bagi saya, jurang Thailand dan Malaysia masih sangat jauh. Fikir - fikirkan...


No comments:

Post a Comment