02 July 2011

Saingan separuh akhir KFC - Utusan 2011 Zon Utara

Perlawanan separuh akhir bermula agak lambat kerana beberapa perkara teknikal. Perlawanan ini juga disiarkan secara langsung di Astro Arena dan telah berlangsung tadi USM A menentang GPMS D dengan berkesudahan GPMS D yang dikemudi oleh Fauzi Ghazali menang dengan 2-1. Perlawanan sengit itu bagaimana pun hanya di saksikan kurang dari 300 orang penonton di stadium ini.

Sam - adik kepada Azlan Mubin sempat 'pose' sebelum melangkah masuk ke gelanggang

Kini, GPMS H dan JLJ D bakal bergasak. Reputasi naib johan tahun lalu di galas oleh JLJ D. Manakala Masran menjadi sandaran utama GPMS H. Adakah pertembungan sesama sendiri berlaku di perlawanan akhir nanti?

USM A - Shahir (kiri) Taufik dan K.E

SM Gunung Rapat menepati ramalan melayakkan diri ke perlawanan akhir setelah menundukkan Akademi Sepaktakraw Batu Kurau. Akademi adalah usaha persendirian membangunkan sukan ini dan seharusnya usaha murni ini terus dibantu.

SM Gunung Rapat (merah) dan ASTAB

MSN K dan SMK Guar Chempedak (duduk)

Mutiara Impian (kuning) dan SMK Tatar

UNIMAP A (kuning) dan MSN K

Manakala Mutiara Impian juga melengkapkan senarai regu akhir dengan menundukkan SMK Tatar.
UNIMAP A melangkah hebat ke akhir bagi kategori IPTA/S selepas menumpaskan MSNK. Juga di satu kerusi lagi di isi SMK Guar Chempedak.


Pengulas ASTRO Arena


No comments:

Post a Comment