17 July 2011

Update Zon Timur

Capaian Internet sangat perlahan. Sama ada menggunakan 3G mahupun LAN, kami hanya mampu mengeluh kerana tidak dapat berbuat apa - apa. Tetapi ia tidak mematahkan semangat kami melaporkan maklumat terkini mengenai KFC - Utusan 2011!

Jai (TKP) bermain untuk KEME Caterer melakukan libasan

Bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 9.35 malam. 112 regu dari 3 kategori berentap untuk mendapatkan tempat ke saingan separuh akhir. Suasana yang hampir sama berlaku di Alor Setar berulang kembali di UMP ini. Oh..bukan mengenai protes seluar yang tidak sama! Tetapi suasana perlawanannya. Isu seluar dapat kami tangani dengan baik kali ini. Saya telah cuba mendapatkan beberapa set seluar untuk dijual kepada pasukan yang mempunyai masalah seluar tidak seragam. Bayangkan anda pergi bermain bowling tetapi tidak membawa stokin, maka anda akan membelinya di kaunter bukan? Ya...begitulah yang dilakukan tadi.

GPMS A yang di wakili Berong (blocking) dan adiknya

Senario yang hampir sama maksud saya ialah bunyi sepakan bertalu - talu servis kuda hampir disetiap penjuru. Dari kategori bawah 15 sehingga kategori terbuka, serivs kuda di lihat di mana - mana sahaja malah seolah - olah servis ini mendominasi permainan. Namun kebanyakan kuda pulang awal. Hahahaa..maksud saya pemain berservis kuda pulang awal! Servis hentakan kekura dalam kaki dan drop menjadi pilihan kebanyakan pemain senior masih utuh mencapai kemenangan. 

PESTANS A (Kategori Bawah 19) ini antara pilihan juara

Bagi kategori terbuka, nama - nama seperti Shafiq, Berong , Panjang ATM, Koyo, Hasrul PDRM, Kaz Otto, Rahman Perak, Hamiekhairi dan beberapa lagi terpaksa menggigit jari apabila ditewaskan lawan masing - masing. Putra dan Suhaimi serta Seli (PKNS C) terpaksa berputih mata apabila tumpas kepada Belia Kuala Terengganu yang meletakkan tekong kuda berusia 18 tahun sebagai taruhan. Hasrul PDRM tewas pada pusingan pertama apabila mewakili GPMS B. Mereka di tundukkan pemain veteran Yusof Chik - tetapi Yusof Chik kali ni bertindak sebagai tekong. 

Koyo yang bergandingan dengan Nana dan Seli (kidal) pada mulanya antara regu pilihan untuk meletakkan 2 regu MPSJ di kotak separuh akhir. Namun dikecewakan regu yang sama menewaskan Putra. Kelibat Narong juga ada di sini tetapi hanya mampu layak ke pusingan ke 2 apabila ditunjukkan jalan keluar oleh regu Pengkalan Chepa. Regu ini kemudiannya menumpaskan Keme Caterer yang diwakili oleh Jai (TKP), Kuak dan Rahman Perak. Abang kepada Rahman, Hamid juga beraksi dengan UMNO Taiping tetapi tewas kepada regu R10 - yang dikuatkan oleh Mat Meriah, Saiful (PDRM) dan Bagan.Regu Mat Meriah terpaksa berhadapan dengan laluan berliku sebelum layak ke separuh akhir. 

Jamery Idris atau dikenali sebagai Beatles yang pernah mewakili negara satu ketika dulu berjaya mengisi satu lagi slot separuh akhir. Beraksi atas nama GASTEP, Beatles yang menjadi ketua regu di bantu oleh 2 pemain muda yang cukup mantap. Manakala satu lagi slot separuh akhir dilengkapkan dengan MPSJ C yang di wakili oleh Saiful P.Ramlee, Atan (TKP) dan bakat baru iaitu Kemong. Kemong yang baru sahaja di bawa pulang oleh PENSTANS untuk beraksi untuk skuad Negeri Sembilan menunjukkan kematangan permainan yang cukup baik. Selain servis kudanya yang deras, bola drop ala air terjunnya juga kerap memerangkap lawan.


<iframe width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/embed/WKnbprPfKp8" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Paling menarik apabila Kemong berdepan dengan seteru utamanya sejak dibangku persekolahan lagi. Siapa lagi kalau bukan tekong sensasi Terengganu iaitu Sobey. Bermain atas nama majikannya iaitu Majlis Perbandaran Kemaman, SObey mencuri tumpuan penonton dengan servis derasnya. Namun Kemong membuktikan dia lebih layak mara ke separuh akhir menumpaskan regu MPK dengan 2 - 0.
   

No comments:

Post a Comment