12 August 2011

Bintang Baru - Abdul Muhaimi mampu saingi Pornchai?

Ketika saya berjalan sambil memegang kamera di KFC - Utusan Zon Timur 2011, ekor mata saya terlihat satu gaya libasan yang menakjubkan.  Takjub dengan tingginya lonjakan badan, takjub dengan kelajuan bola dan takjub juga dengan jatuhan bersepahnya ke atas lantai! Lantas saya cuba halakan lensa saya ke arah susuk ini, tetapi saya gagal merakam gambar yang cantik kerana kemampuan kamera saya yang terbatas serta pengcahayaan yang kurang baik. 








AB MUHAIMI BIN CHE BONGSU - orang muda yang bakal meraikan ulangtahunnya yang ke 21 pada 22 Ogos ini berasal dari Kelantan. Pelajar tahun akhir Politeknik Kota Bharu ini merupakan finalis kejohanan IPT yang berlangsung beberapa bulan yang lalu. 


Gaya libasan yang hebat ini memukau ramai penonton yang hadir. Saya sempat menemubual beliau. Insyallah akan disiarkan video temubual itu nanti. Setakat ini, silah nikmati gambar - gambar aksi beliau yang sempat saya rakamkan.

Silap tengok nampak macam libas gulung!

Perhatikan bayang - bayang di bawahnya

Kalau di tanyakan kepada saya, siapa bakal apit kanan negara di masa akan datang, Muhaimi adalah di antara orangnya. Tetapi kalau PSM tak mengambil peluang dengan bakat sebegini, suruh sahaja pihak Universiti Malaya bina robot yang boleh jadi Apit Kanan!

11 comments:

  1. selang bareng.....kt singpore aku pnh tgk talent mcm ni...mmg baik

    ReplyDelete
  2. menarik2.. satu bintang telah dijumpai, hrp ad pihak yg akn terus gilap bntg ini..

    ReplyDelete
  3. killer super series perlis..

    ReplyDelete
  4. pernah tengok muhaimin maen dengan regu pkb ktika kejohanan pra sipma,, bergaya,,

    ReplyDelete
  5. bagus budak nie...main dgn aku super series baru2 nie...

    ReplyDelete
  6. PSM kena bela dia .....kalau tidak smpai bila2 pn Siam akan gelakan kita je...tp kekadang bila kita fikirkan,bukanya x ada player...tp mgkn sikap pilih kasih yg wujud dlm PSM...

    ReplyDelete
  7. bugarkan di pringkat akar umbi. lantik bekas2 pemain negara/ negri latih diperingkat akar umbi. insyaallah berjaya.

    thn 2012 berita meyedihkan sepak takraw prgkt mssm tiada. cmner nk lhir budak2 baru

    ReplyDelete
  8. dasyat ni budak.....jom men ngn saya..hahhaha

    ReplyDelete
  9. admin pegi la negeri Sembilan...
    cari killer nama gelaran nya "helicopter"
    pelik cara pukulan tapi mantap...
    pernah dengar cerita ada ahli bomba terbunuh akibat terkena bola..
    harap admin boleh upload vedio killer "helicopter"

    ReplyDelete
  10. di sbah ada s'orang pmain yg sy knli mmpunyai teknik pukulan yg sngt unik,tp syg dia sdh brumur 3thun dan kurang aktif krna bkrja dan msa yg tdk mngizinkan..insyaAllah jka brksmptan,sy upload vdeo tu..

    ReplyDelete