04 August 2011

Kegagalan Tekong melakukan servis menjadi punca utama!

Ah Seng (Syazwan) kini memikul tanggungjawab tekong nombor satu negara

Dari 106 orang yang mengundi, 33% memilih kegagalan tekong - secara lebih tepat Azman (Man Kuda) melakukan servis sebagai punca utama kekalahan Malaysia kepada Thailand pada perlawanan akhir ISTAF World Cup 2011. Perkara ini juga menjadi bualan ramai sama ada di kalangan pemain atau peminat sepaktakraw sendiri. Luahan kekecewaan ini amat di rasai ketika di dalam Stadium Titiwangsa apabila penonton menjerit - "Tukar! Tukar! Tukar!" setelah Man Kuda tidak mampu menyempurnakan servis - malah ketika melakukan cubaan ketika pemanas badan juga servisnya tidak langsung masuk.


Saya sempat menemubual beberapa orang bekas pemain negara bagi mendapatkan pandangan mereka mengenai perkara ini. Antara pandangan mereka berbunyi begini

"Man Kuda 'sejuk' kerana laluan Malaysia ke final lebih banyak menggunakan khidmat Ah Seng"
"Malaysia tak cukup panas kerana laluan mudah ke final"
"Bagaimana dia boleh gagal servis sedangkan sudah berlatih bersama untuk beberapa tahun"
"Muka Man Kuda takde darah - nampak sangat gugup"

Bukan niat saya memperlekeh Man Kuda. Petikan di atas adalah hasil temubual saya. Saya rahsiakan nama - nama mereka kerana saya rasa tidak menjadi satu keperluan saya dedahkan di sini kerana ia merupakan pandangan peribadi mereka sahaja.

Malah sekiranya kita melihat kebelakang, Man Kuda beraksi baik dalam kejohanan tempatan. Dan tidak dapat disangkal lagi dia merupakan antara yang terbaik kita miliki selain Normanizam, Ezzat dan beberapa yang lain.

23% lagi undian memilih keseluruhan regu Malaysia dalam keadaan gugup. Saya juga bersetuju dalam hal ini begitu juga dengan kebanyakan orang lain yang saya temubual. Ini juga didorong dengan kehadiran penyokong yang begitu ramai - paling ramai setakat ini sejak zaman gelap sukan sepaktakraw. Malah, bermain di perlawanan akhir dengan format baru juga tidak mudah. Tekanan bukan sahaja cukup tinggi tetapi menggalas harapan peminat juga merupakan beban yang tidak tertanggung. Bayangkan saja sekiranya kita di tempat mereka. 

Perbincangan hangat di dinding Facebook membawa kepada satu perkembangan baru - ramai rupanya yang sangat sayangkan sukan ini dan berkongi pelbagai pandangan. Ada yang membina ada juga yang skeptik. Kegagalan skuad negara di Rayong juga menambah lagi episod duka walaupun kejohanan itu sepatutnya laluan terbaik Malaysia untuk menebus kesilapan.

Wajah sugul ketika temubual pasca perlawanan

Apakah ada jalan untuk Malaysia menebus kedukaan ini? Apa pandangan anda?

2 comments:

  1. I wonder if we lack research and development not only on the game strategy and tactics but as well as the players themselves. After all this while the new evolution has always been from the Thais. The question is are we not capable enough? Can't we put some brains here and create something out of nothing? I guess the 90s players' ability are way better than those of now. Sports nowadays are about Science and Mathematics. :-)

    ReplyDelete
  2. Rhymee - Agree.. 90's players are so much better even now..

    ReplyDelete