29 September 2011

Fauzi sah tidak beraksi di Grand Final KFC Utusan 2011

Mesyuarat telah berlangsung tadi dan antara hasilnya ialah Fauzi Ghazali tidak dibenarkan beraksi di Grand Finale KFC Utusan 2011. Saya tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana masih dalam perjalanan dari Pulau Pangkor.

Saya pasti ramai yang marah dengan keputusan ini terutamanya Fauzi sendiri dan GPMS. Saya menjangkakan isu ini akan berlanjutan dan mungkin melibatkan tindakan undang - undang.

Apakah kesudahan isu ini? Saya sendiri tidak pasti - cuma saya akin ini hanya menambahkan rasa menyampah peminat kepada PSM.

28 September 2011

Kemelut PSM v Mohd Fauzi Ghazali ; Isi surat jatuh hukum dan komen peminat

Hari ini beratus - ratus coretan di dinding Facebook Masyarakat Bola Rotan dan beberapa kumpulan Sepaktakraw lain mempersoalkan dan mendebatkan isu penggantungan bekas pemain negara Mohd Fauzi Ghazali. Terlalu ramai yang menyokong beliau dan mengutuk tindakan PSM tetapi ada juga yang meletakkan kesalahan itu kepada Fauzi sendiri.

Fauzi  (tekong) dan seluar yang menyebabkan beliau terjebak dalam kontroversi ini

Ada yang terus menghentam tindakan pengadil yang mengeluarkan kad merah dan tidak bertolak ansur malah ada juga yang terus memaki hamun PSM. Pelbagai sudut pandang diberikan termasuk mengenai soal Aurat dalam Islam dan juga perbandingan tekong regu wanita Indonesia yang menggunakan seluar sukan panjang ketika di ISTAF Piala Dunia di Titiwangsa baru - baru ini. Juga mengenai kewajaran hukuman penggantungan dari mana - mana perlawanan!

Berikut ialah kandungan isi surat yang dikemukakan oleh PSM kepada Persatuan Sepaktakraw Perak berhubung kes Mohd Fauzi Ghazali. Saya tidak menyiarkan surat asal atas sebab tidak pasti dengan isu undang - undang. Tetapi kandungan di bawah ini ialah yang saya salin dan tampal di sini. Tiada penambahan dan pengurangan yang saya lakukan. SIla komen isi surat di bawah ini.

Tarikh: 24hb September, 2011
YBrs Tuan Pengurus,
Pasukan Sepaktakraw,
Negeri Perak.

PENGGANTUNGAN TERHADAP PEMAIN MOHD FAUZI GHAZALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Di dalam perlawanan bilangan 72 di antara Pasukap Perak dan UITM pada 24hb September, 2O11 dalam Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Liga Siri Super PSM 2011 di Kangar, Perlis di mana pemain dari Negeri Perak MOHD FAUZI GHAZALI telah dikenakan KAD MERAH oleh Pengadil perlawanan berhubung dengan kesalahan di bawah 6.4 Undang - Undang ISTAF.

3. Justeru itu, mengikut undang-undang tersebut dan di baca bersama dengan 16.4.1 pemain berkenaan digantung serta merta daripada bermain dalam mana - mana perlawanan sehingga lembaga Disiplin membuat keputusan

Sekian, terima kasih.
KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN SEPAKTAKRAW NEGARA
Dato Hj Arshad Hj Yahya

27 September 2011

Krisis PSM v Fauzi Ghazali - Dendam kesumat?

Fauzi Ghazali, bekas tekong negara dan juga tekong bagi regu juara KFC Utusan Zon Utara yang mewakili GPMS kini berdepan dengan satu kemelut yang saya kira sebagai satu lagi tindakan merapu PSM. Ya saya berani katakan ia tindakan merapu kerana sememangya tidak masuk akal. Bolehkah seorang pemain diberikan kad merah sebelum masuk ke gelanggang kerana memakai seluar sukan panjang dan dihukum digantung semua kejohanan sehingga satu tarikh yang bakal diberitahu kelak?

Saya dihubungi pihak tertentu yang menceritakan perkara ini malah saya juga sudah menerima satu salinan surat yang ditandatangan oleh Pak Chad. Nyatanya nasib Fauzi bakal serupa dengan Firdaus Ghani dan Aznan. Tapi bayangkan pernyataan ini - digantung perlawanan kerana memakai seluar panjang sukan dan diberikan kad merah di Super Series Perlis.

PSM bakal ditalkinkan ...nantikan saja saat dan ketikanya

26 September 2011

LSUS WPKL - Bukit BIntang sapu bersih!

LSUS WPKL yang telah berlangsung 24 September 2011 lalu menyaksikan regu pilihan, Bukit Bintang A dan B mencapai sasaran. Bukit Bintang A yang diwakili Ahmad Ezzat Zaki, Nana dan Hafiz Rahman menepati ramalan dan diiringi regu B yang dibarisi oleh Najib Iman, Ipin Panjang Melaka dan Atan. 

Kedua - dua regu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2200. Tahniah diucapkan.
Sayangnya tahun ini tiada pertandingan  kategori kebangsaan kerana lalaun peruntukan terpaksa diberikan kepada Futsal 1 Malaysia.

Tahniah juga kepada pasukan pengurusan Bolarotan yang dikendali Pengurus baru iaitu saudara Luqman Yusuf yang berjaya menjalankan kejohanan ini dengan baik.

Berikut adalah sebahagian dari gambar yang berjaya dirakamkan.


Aksi juara Hafiz Rahman








24 September 2011

LSUS WPKL - update

Berikut adalah regu yang berjaya layak ke pusingan suku akhir dan sedang berlangsung sekarang

Seputeh B v Bukit Bintang B
Segambut A v Batu B
Lembah Pantai B v Titiwangsa B
Bukit Bintang A v Segambut B

23 September 2011

Liga Sukan Untuk Semua (LSUS) WPKL - Undian telah dijalankan...

Sebanyak 24 regu bakal bertanding esok. Dengan format liga 3 regu dalam satu kumpulan, 24 regu ini bakal berentap untuk merebut hadiah RM1500 sebagai juara!
Perlawanan pertama esok akan berlangsung jam 9 pagi. Pasukan bertanding di minta hadir awal untuk mengelakkan kesulitan. 


Perlawanan pertama adalah seperti berikut:
A1 v A2
B1 v B2
C1 v C2
D1 v D2


Berikut ialah hasil undian yang telah berjalan tadi.


Kumpulan
Regu

A
A1 – SEGAMBUT A
A2 – WANGSA MAJU A
A3 - CHERAS B

B
B1 – BANDAR TUN RAZAK B
B2 – SEPUTEH A
B3 – KEPONG A

C
C1 – SEPUTEH B
C2 – LEMBAH PANTAI B
C3 – WANGSA MAJU B

D
D1 – BUKIT BINTANG A
D2 – TITIWANGSA A
D3 – PUTRAJAYA B

E
E1 – CHERAS A
E2 – BATU B
E3 – SETIAWANGSA B

F
F1 – BANDAR TUN RAZAK A
F2 – SETIAWANGSA A
F3 – BUKIT BINTANG B

G
G1 – TITIWANGSA B
G2 – PUTRAJAYA A
G3 – BATU A

H
H1 – KEPONG B
H2 – SEGAMBUT B
H3 – LEMBAH PANTAI A

Liga Sukan Komuniti WPKL - update

Majlis undian akan berlangsung pada jam 2.30 petang ini. Kepada pengurus pasukan yang tidak dapat hadir, pastikan pendaftaran regu anda telah dikemaskini sekiranya terdapat perubahan dari senarai asal. Tiada perubahan dibenarkan selepas undian. Pastikan juga regu anda memakai jersi bernombor di belakang esok. Jadual perlawanan akan dikeluarkan malam nanti di bolarotan.com Sebarang pertanyaan sila hubungi Pengurus Bolarotan iaitu Luqman di talian 0193693841

Bintang Baru - Ali Alhamidi Mohd Ayub



Beberapa tahun lalu, sahabat saya Nor Faizal Malek pernah menceritakan mengenai sepupunya yang berasal dari Kelang bakal menjadi bintang dalam dunia sepaktakraw satu hari kelak. Tanpa saya duga, saya ditemukan Allah dengan insan itu. Lebih menarik lagi saya berkenalan beliau tatkala beliau muncul sebagai juara! Sebelum ini juga saya sering mendengar namanya apabila Mamat (Cheras Perdana/UITM) sering bergandingan dengan susuk ini. Pun begitu saya tidak pernah menyaksikannya sendiri aksi beliau.

Aksi tap kaki kiri belaiu memukau penonton!

Sedang saya sibuk dengan lensa kamera saya di KFC-Utusan Zon Tengah, saya terpandang Kimie - pemain serba boleh yang dikenali sebagai pegawai dan pemain UNIMAP. Saya sedikit terkejut melihat Kimie yang membelasah lawan dengan servis kudanya sedangkan di Gambang beliau beraksi di posisi apit kiri. Namun mata saya terpaku melihat aksi Ali yang menjadi apit kanannya yang memukau! Back Stroke yang kemas serta libas gulung tonggeng persis Hafiz Rahman membuatkan saya tertanya siapakah pemuda ini.

Berasal dari Kelang dan merupakan pelajar tahun akhir UITM,Ali Alhamidi adalah diantara bakat yang perlu dipandang serius untuk berada di dalam skuad negara. Turut beraksi dalam Siri Super PSM dengan mewakili MASUM, Ali tidak ke Perlis untuk sirkit kedua kerana urusan Latihan Industri beliau di MBSA.

Jarang sekali saya melihat dia mensia - siakan umpanan apit kirinya sepanjang kejohanan ini. Malah dia membuatkan perlawanan akhir kategori IPTA/S & U19 tampak mudah. Beliau juga turut memiliki gaya libasan unik dan permainannya menghiburkan.



Kepada peminat diluar sana, sama - samalah kita berdoa dan menyokong Bintang Baru ini agar terus bersinar. Syabas Ali!

Saksikan video temubual saya dan beliau!


20 September 2011

KFC - Utusan Zon Tengah Paroi - Pasca Kejohanan

Berikut adalah sebahagian dari gambar - gambar yang berjaya dirakamkan disepanjang aksi kejohanan. Kali ini 3 orang jurugambar bertugas untuk Bolarotan iaitu saya, Fikri dan Fadzil. Bolarotan dalam perancangan menerbitkan satu buku album kenangan KFC Utusan 2011 yang akan cuba disiapkan sebelum Grand Finale nanti.

Kontijen Majlis Perbandaran Taiping selepas layak ke separuh akhir

"Aku gigit kau!!!"

Tony kegembiraan selepas menewaskan Pemuda UMNO Jalan 6

Gaya dan aksi Mat Rock yang mencuri tumpuan penonton

Bunawan kini kembali beraksi dengan susuk badan yang lebih baik

Apit kanan RAMD dari Kelantan melakukan libasan sambil dihadang oleh Azizi

Zahir Zidane me'nyalur'kan bola short kepada Atan

Aksi Mokhtar Bomba yang masih hebat!

19 September 2011

Liga Sukan Komuniti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Semalam berakhir KFC Utusan Zon Tengah dan itu tidak bermakna tugasan Bolarotan selesai. Pagi - pagi lagi peminat sepaktakraw sudah bertanya tentang update gambar dan sebagainya. Itu satu petanda baik buat kami.

Saya ingin memaklumkan gambar2 di Paroi akan dimuat naik tidak lama lagi. Cuma bukan hari ini kerana Bolarotan perlu bersedia untuk pengurusan Kejohanan Liga Komuniti WPKL yang bakal berlangsung pada 24 September ini.

Kejohanan peringkat negeri ini merupakan kesinambungan LSUS WPKL di mana Johan dan Naib Johan setiap parlimen akan berentap Sabtu ini. Namun sayangnya tarikh kejohanan ini bertembung dengan Super Series di Perlis. Maka ramai bintang yang tidak dapat beraksi kali ini.

Anda dialukan untuk datang dan menonton kejohanan hebat i i di Kompleks Sukan Kg Pandan bermul pada jam 9 pagi

18 September 2011

KFC Utusan Zon Tengah 2011 - Akhir Kategori Terbuka

Bagai Melaka menentang Kelantan! Itu yang boleh di umpamakan pertembungan kali ini. MBMB A membariskan semua pemain yang berasal dari Melaka dan Dinamis semuanya berasal dari Kelantan. Set pertama bagai pasti menjadi milik Dinamis apabila mereka mudah mendahului 6-0. Servis Razif a.k.a Panjang kerap tersangkut dan tersasar menyebabkan MBMB A jauh ketinggalan. 

Skuad MBMB A

Regu Dinamis Bundle

Namun, sedikit demi sedikit MBMB A mula mendapat rentak dan berjaya merapatkan jurang. Kemampuan Shafiq mengawal gelanggang serta rejaman Saiful yang sangat konsisten membantu MBMB A merampas set pertama dengan mata 15-13.


Set kedua dijangka menjadi semakin hangat. Namun semuanya meleset apabila Dinamis gagal mengekang servis Panjang dan kawalan permainan Shafiq dan Saiful. Mata pertama Dinamis muncul selepas satu drop nipis Azhan yang mulanya di sambut dengan penuh bergaya oleh Shafiq berulang. Shafiq yang tidak menyangka servis itu diulangi Azhan hanya mampu memerhati bola jatuh di depan mata.

SMK Sri Kota

Walaubagaimanapun, MBMB A tidak menoleh dan terus mengasak dan hasilnya mereka berjaya menamatkan permainan dengan mata 15 - 11.  Tahniah kepada MBMB A dan begitu juga kepada Dinamis yang layak kepusingan Grand Final pada 14 Oktober ini serta membawa pulang hadiah wang tunai RM2500 dan RM2000 untuk naib johan.

Wakil KFC menyampaikan cenderemata kepada MB Negeri Sembilan

Hadiah - hadiah disampaikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu Dato Seri Muhammad Hassan. Nantikan tulisan lanjut serta pelbagai gamabr dari Bolarotan.com

KFC Utusan Zon Tengah Paroi 2011 - Update

Untuk kategori bawah 15 tahun, SMK Sri Kota A dari Melaka berjaya menundukkan pasukan mereka sendiri iaitu SMK Sri Kota B dengan 15 - 8 , 15 - 8. Pasukan yang muncul Zon Selatan ini hadir mantap dengan regu yang lebih berkeyakinan, Sekolah ini adalah projek sukan negeri dan nampaknya ramai pemain berbakat yang boleh diketengahkan.

Apit kanan SMK Sri Kota

Tekong SMK Sri Kota

Berikut adalah sebahagian dari gambar yang dapat dirakam oleh jurugambar Bolarotan - Fikri

UITM C v ADTEC Shah Alam di Separuh Akhir

Regu Port Dickson ini sebenarnya dari Tangkak

Apit kanan Port Dickson - Rizal ini mula dikenali sejak sekolah rendah

Tekong Pelapis Kelantan yang juga bekas pemain pelapis Malaysia

KFC - Utusan Zon Tengah update - Akhir IPTA / U19

Foto oleh Fadzil Daud

UITM C muncul juara! Dengan mudah regu yang di wakili oleh Ali Alhamidi Mohd Ayob, Kimi dan Fakarudin menundukkan Faiz, Nazri dan Afifudin dari Pelapis Kelantan A dengan 15 - 8 dan 15 - 7.


UITM C yang dibarisi pemain berpengalaman serta mantap tidak berdepan masalah menjinakkan regu yang pernah bergelar naib johan KFC Utusan edisi 2010 kategori bawah 18 tahun. Saksikan sedutan rakaman perlawanan mereka di bawah. 

Ali juga terpilih menjadi Bintang Baru Bolarotan dan temubual dengan beliau baka disiarkan nanti. Tahniah UITM C


Analisis perlawanan separuh akhir KFC Utusan Zon Tengah 2011

Akhirnya, perlawanan separuh akhir kategori terbuka selesai. Dinamis Bundle yang berpengkalan di Jerantut memilih pemain - pemain dari Kelantan untuk mewakili mereka. Sempat saya menemubual pemilik pasukan Dinamis Bundle iaitu Izan usaha menghantar regu ini iadalah sebagai mewakili pemain - pemain dari Pantai Timur. Peja atau nama sebenarnya Mohd Abd Malik Paisan dan regunya dipilih kerana persembahan mantap mereka di kebanyakan kejohanan tempatan. 

Suasana perlawanan separuh akhir

Menundukkan MPT dengan 2-0 adalah satu pencapaian hebat buat mereka kerana regu MPT juga memiliki pemain hebat. Servis Norshahidan yang begitu baik berjaya dipatahkan oleh Dinamis. Sebaliknya servis sepak Azhan sekali lagi menunjukkan servis sebegini masih ampuh.

Penyokong MPT yang begitu bersemangat

Ini bermaksud pertembungan akhir nanti menemukan MBMB A menggunakan khidmat Panjang - tekong kuda dengan di apit oleh bekas pemain Malaysia iaitu Shafiq dan killer berpengalaman Saiful menentang servis sepak Azhan!

Siapa bakal juara? Melaka menentang Kelantan! Saksikan di Astro Arena 801 petang nanti

Keputusan separuh akhir KFC - Utusan 2011 Zon Tengah

Berikut ialah keputusan perlawanan separuh akhir yang telah berlangsung pagi tadi


Separuh akhir Bawah 15
SMK Seksyen 11 A v SMK Sri Kota A : Sri Kota A menang 2-0
SMK THO B v SMK Sri Kota B: Sri Kota B menang 2-0


IPTA/S /U19
Pelapis Kelantan A v Port Dickson : Pelapis Kelantan A 2-0
UITM C v ADTEC Shah Alam : UITM C 2-0


Terbuka
MBMB A v MBMB B : MBMB A 2-0

KFC - Utusan 2011 Zon Tengah Paroi - Update

MBMB A dan MBMB B mengisi ruang separuh akhir pagi ini dengan pertembungan sesama sendiri. Ini bermaksud wakil Melaka sudah mempunyai satu slot di akhir. Regu Shahidan berjaya mengalahkan regu Saiful Azam manakala regu Shafiq berjaya menundukkan GASTEP. 

Pasukan MBMB


2 slot lagi menjadi milik Majlis Perbandaran Taiping dengan penantian mereka akhirnya tertunai di sini. MPT sebelum ini tumpas di peringkat suku akhir benar - benar merasai kegembiraan layak ke separuh akhir.

Regu MPT meraikan kemenangan mereka

Dinamis , satu - satunya regu dari Pantai Timur yang layak ke separuh akhir di wakili oleh Faizal selaku apit kanan yang terkenal dengan nama Peja melengkapkan kuota separuh akhir.

Peja (biru) menentang Lan Kudung di saingan pusingan ke 4

Sedang berlangsung kini separuh akhir bagi semua kategori dan bagi kategori IPTA/U19 - 2 regu dari Shah Alam berentapp di slot separuh akhir. UITM yang diwakili oleh Kimi dan Ali menentang wakil dari ADTEC Shah Alam. Satu lagi separuh akhir pertembungan di antara wakil Kelantan menentang wakil Tangkak.

Bawah 15 tahun menemukan Sekolah Sukan Seksyen 11 yang di barisi pemain berusia 13 tahun menentang wakil dari Melaka. regu dari Melaka iaitu SMK Seri Kota dan satu lagi SMK THO A.

Saksikan liputan secara langsung di ASTRO Arena. 

17 September 2011

Update : Trailer - Trailer Perlawanan Pertama Pertandingan Sepak Takraw 2011 Edisi Khas : Bola Rotan

Atas masalah-masalah yang dihadapi di sini,Kami memohon maaf atas kelewatan posting-posting baru.Kekurangan kakitangan dan sukarelawan menyebabkan kami sibuk mengendalikan sesi teknikal data perlawanan Pertandingan Sepak Takraw KFC - Utusan 2011.Oleh itu,kami sajikan anda dengan aksi-aksi serta gelagat perlawanan di antara pasukan BolaRotan B vs MBMB FC





Saya sedang berlatih tinju ni..hahaha



Ini makan dia..hah!