23 September 2011

Bintang Baru - Ali Alhamidi Mohd Ayub



Beberapa tahun lalu, sahabat saya Nor Faizal Malek pernah menceritakan mengenai sepupunya yang berasal dari Kelang bakal menjadi bintang dalam dunia sepaktakraw satu hari kelak. Tanpa saya duga, saya ditemukan Allah dengan insan itu. Lebih menarik lagi saya berkenalan beliau tatkala beliau muncul sebagai juara! Sebelum ini juga saya sering mendengar namanya apabila Mamat (Cheras Perdana/UITM) sering bergandingan dengan susuk ini. Pun begitu saya tidak pernah menyaksikannya sendiri aksi beliau.

Aksi tap kaki kiri belaiu memukau penonton!

Sedang saya sibuk dengan lensa kamera saya di KFC-Utusan Zon Tengah, saya terpandang Kimie - pemain serba boleh yang dikenali sebagai pegawai dan pemain UNIMAP. Saya sedikit terkejut melihat Kimie yang membelasah lawan dengan servis kudanya sedangkan di Gambang beliau beraksi di posisi apit kiri. Namun mata saya terpaku melihat aksi Ali yang menjadi apit kanannya yang memukau! Back Stroke yang kemas serta libas gulung tonggeng persis Hafiz Rahman membuatkan saya tertanya siapakah pemuda ini.

Berasal dari Kelang dan merupakan pelajar tahun akhir UITM,Ali Alhamidi adalah diantara bakat yang perlu dipandang serius untuk berada di dalam skuad negara. Turut beraksi dalam Siri Super PSM dengan mewakili MASUM, Ali tidak ke Perlis untuk sirkit kedua kerana urusan Latihan Industri beliau di MBSA.

Jarang sekali saya melihat dia mensia - siakan umpanan apit kirinya sepanjang kejohanan ini. Malah dia membuatkan perlawanan akhir kategori IPTA/S & U19 tampak mudah. Beliau juga turut memiliki gaya libasan unik dan permainannya menghiburkan.



Kepada peminat diluar sana, sama - samalah kita berdoa dan menyokong Bintang Baru ini agar terus bersinar. Syabas Ali!

Saksikan video temubual saya dan beliau!


1 comment: