28 September 2011

Kemelut PSM v Mohd Fauzi Ghazali ; Isi surat jatuh hukum dan komen peminat

Hari ini beratus - ratus coretan di dinding Facebook Masyarakat Bola Rotan dan beberapa kumpulan Sepaktakraw lain mempersoalkan dan mendebatkan isu penggantungan bekas pemain negara Mohd Fauzi Ghazali. Terlalu ramai yang menyokong beliau dan mengutuk tindakan PSM tetapi ada juga yang meletakkan kesalahan itu kepada Fauzi sendiri.

Fauzi  (tekong) dan seluar yang menyebabkan beliau terjebak dalam kontroversi ini

Ada yang terus menghentam tindakan pengadil yang mengeluarkan kad merah dan tidak bertolak ansur malah ada juga yang terus memaki hamun PSM. Pelbagai sudut pandang diberikan termasuk mengenai soal Aurat dalam Islam dan juga perbandingan tekong regu wanita Indonesia yang menggunakan seluar sukan panjang ketika di ISTAF Piala Dunia di Titiwangsa baru - baru ini. Juga mengenai kewajaran hukuman penggantungan dari mana - mana perlawanan!

Berikut ialah kandungan isi surat yang dikemukakan oleh PSM kepada Persatuan Sepaktakraw Perak berhubung kes Mohd Fauzi Ghazali. Saya tidak menyiarkan surat asal atas sebab tidak pasti dengan isu undang - undang. Tetapi kandungan di bawah ini ialah yang saya salin dan tampal di sini. Tiada penambahan dan pengurangan yang saya lakukan. SIla komen isi surat di bawah ini.

Tarikh: 24hb September, 2011
YBrs Tuan Pengurus,
Pasukan Sepaktakraw,
Negeri Perak.

PENGGANTUNGAN TERHADAP PEMAIN MOHD FAUZI GHAZALI

Assalamualaikum dan salam sejahtera daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia.
Kami merujuk kepada perkara di atas.

2. Di dalam perlawanan bilangan 72 di antara Pasukap Perak dan UITM pada 24hb September, 2O11 dalam Kejohanan Sepaktakraw Kebangsaan Liga Siri Super PSM 2011 di Kangar, Perlis di mana pemain dari Negeri Perak MOHD FAUZI GHAZALI telah dikenakan KAD MERAH oleh Pengadil perlawanan berhubung dengan kesalahan di bawah 6.4 Undang - Undang ISTAF.

3. Justeru itu, mengikut undang-undang tersebut dan di baca bersama dengan 16.4.1 pemain berkenaan digantung serta merta daripada bermain dalam mana - mana perlawanan sehingga lembaga Disiplin membuat keputusan

Sekian, terima kasih.
KEARAH KECEMERLANGAN SUKAN SEPAKTAKRAW NEGARA
Dato Hj Arshad Hj Yahya

2 comments:

  1. PSM hanya membuka aib sendiri.

    ReplyDelete
  2. Dato.. Dato.. Buang le title Haji tuh.. buat malu Haji jer...

    ReplyDelete