08 September 2011

Keputusan ISTAF Super Series Thailand 2011 - Man Kuda temui rentak!

Pelawanan pertama skuad negara menentang Korea Selatan berlangsung dengan begitu mendebarkan. Gandingan Syazwan, Sharudin dan Faizul. Set pertama menyaksikan Malaysia menang dengan 15-13. Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Malaysia tumpas mudah dengan 4-15. Servis Syazwan dilaporkan tidak menjadi dan Azman dimasukkan bagi menggalas tugas melakukan servis. Hasilnya set ketiga, skuad negara bangkit tetapi  masih tumpas dengan 13-15. 

Keyakinan Azman dan gandingan merka mula menyinar pada set ke 4 apabila mereka berjaya menyamakan kedudukan 2 - 2 dengan menang 15-12. 

Pada set penentuan, Malaysia menampilkan penguasaan sebenar dengan mudah 15-3. 

Petang nanti Malaysia bakal bertemu dengan lawan yang lebih kuat dari Korea Selatan iaitu Laos. Kekuatan Laos kurang diketahui umum kerana mereka kurang menyertai kejohanan sejak kebelakangan ini. Namun dari sumber - sumber yang pernah menyaksikan kelibat mereka, regu Laos dikatakan setara dengan kekuatan Myanmar. 

Semoga skuad negara mampu meneruskan rentak kemenangan ini!

4 comments:

  1. ngerinye baca berita ni....blom jumpa Thailand lagi

    ReplyDelete
  2. harap2 jgn ler bungkus awal-awal

    ReplyDelete
  3. Malangnya kalah dengan Indonesia... Apapun saya tetap sokong pasukan Malaysia...

    ReplyDelete